PENAWARNYA ADALAH AL-QURAN..SUBHANALLAH..


KENAPA KITA DI UJI???

Allah kata dalam surah ankabut (ayat2-3)
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,kami beriman, sedangkan mereka tidak di uji??dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,...."

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN??

Allah kata dlm surah al-Baqarah (ayat 216)
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu..Allah mengetahui sedang kamu tdk mengetahui.."

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN NIE??

Allah kata dalam surah Al-Baqarah(ayat 286)
"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

RASA TENSION ??LEMAH ?? FRUST??

Allah kata dalam surah Al-Imran (ayat 139) "janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman"

APA YANG AKU DPT DARI SEMUA NIE...??

Allah kata dalam surah taubat(ayat 111)
"sesungguhnya Allah telah membeli dari org mukmin, diri, harta mereka dgn memberikan syurga kpd mereka"


ARGHH...AKU DAH BOSAN!!!AKU TAK TAHAN!!


Allah kata dalam surah Yusuf (ayat 12)
".....dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"

sahabat yang dirahmati Allah...kita sering lupa, apa jua yang kita rasa..sedih, putus asa dan apa saja, Al-QURAN lah yang menjadi penawarnya, panduan untuk kita walau dimana pun kita berada..maaf kalau ade yg tersalah yer...

DOSA MENGUMPAT



Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".
Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Rintihan Hati Seorang Hamba


Taubat Seorang Hamba – (Irsyadee feat Hafiz Hamidun)


Hati hiba mengenangkan…. Dosa-dosa yang ku lakukan

Oh Tuhan Maha Kuasa…Terima taubat hamba berdosa

Ku akui kelemahan diri, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah…..Terimalah..…Terimalah

Taubatku ini…


Telah aku merasakan…..Derita jiwa dan perasaan

Kerna hilang dari jalan, Menju redha Mu Ya Tuhan


Di hamparan ini ku meminta…..Moga taubatku diterima…

Ku akui kelemahan diri, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah…..Terimalah..…Terimalah

Taubatku ini…


Sesekali terdetik hati ini bertanya kepada diri sendiri, apakah amalan selama ini sudah cukup untuk menjadi bekalan di akhirat sana? Sekalipun cukup, apakah timbangan amal kebajikan itu dapat mengatasi amalan kejahatan? Bagaimana hendak disembahkan amalan-amalan ini kepada Dia…. Apakah Dia sudi menerimanya…?

Astaghfirullahal ‘aziim…, kecilnya diri insan bila menyedari bahawa kita hanya seorang hamba. Sekalipun di angkat darjat sebagai manusia yang menjadi khalifah di muka bumi ini dan dikurniakan akal fikiran, hakikatnya kita tetap kerdil di sisiNya jika kita tidak beriman. Apalah gunanya pangkat dan nama, jika kita sering menzalimi diri sendiri? Bagaimana ingin dipulangkan kembali segala apa yang dipinjamkanNya di dunia ini dalam keadaan sempurna? Malunya untuk berhadapan denganNya dengan keadaan yang penuh dengan dosa ini…..

Tangan ini dikurniakan untuk beramal bakti, tolong-menolong untuk kebajikan, memohon doa kepadaNya, kaki ini diberikan untuk melangkah ke tempat-tempat mulia yang dapat menuju ke SyurgaNya, mata pula dikurniakan untuk melihat dan menghayati segala ciptaanNya dan kemudian menginsafi akan kelemahan diri sendiri. Bibir ini dicipta untuk menyebut asma-asmaNya.Tetapi apakah semua ini digunakan tepat pada jalanNya? Jika benar, mengapa terlalu sukar untuk kita mengalirkan air mata bila melihat kebesaranNya? Mengapa pula sukar untuk tinggalkan kemaksiatan? Apakah kerana terlalu sedikit keikhlasan yang diberikan…atau mungkinkah kita terlalu ego? Mengapa kita membiarkan diri kita terus berada dalam dosa sedangkan kita tahu bahawa segala yang dijanjikanNya adalah benar yakni nikmat dan azabNya itu adalah benar?

Kita tahu akan dosa dan pahala, tetapi sering tidak mengendahkannya. Kita sedar akan adanya kematian, tetapi sering melupakannya. Kita juga sedar dunia ini hanya sementara tetapi hidup seolah-olah untuk selamanya. Bila mendapat kejayaan dan nikmat, jarang sekali mgucapkan syukur kepadaNya seolah-olah kita perolehnya dengan usaha kita sendiri semata-mata. Kita mengaku adanya Tuhan, tetapi sedikit sekali yang beriman.

Bukankah kita terlalu angkuh kepadaNya…..mengapa kita jadi sebegini jahil sedangkan kita ini lemah… tiada kuasa dan daya melainkan dengan pertolonganNya. Sedarlah insan, tiada apa yang membahagiakan di dunia ini melainkan hanya penderitaan semata-mata jika kita tidak beriman kepadaNya. Dekatkanlah diri kita denganNya…..rendahkanlah diri dihadapanNya dalam beribadah, basahilah pipi ini dengan air mata taubat yang sebenar-benar taubat, sinarkanlah wajah ini dengan siraman air wudhuk, bersihkan dan sucikan hati yang selama ini dikotori dosa-dosa dengan wangian keikhlasan dalam segala amal kebaikan dan…pagarilah diri ini dengan benteng keimanan yang utuh dan kukuh dengan keyakinan yang kuat bahawa Allah sentiasa bersama kita biarpun dalam suka mahupun duka.

Bagiku, dunia ini ibarat sebuah neraka kerana di dalamnya dipenuhi banyak orang yang melakukan maksiat, terlalu banyak kerosakan yang berpunca dari manusia sendiri, terlalu banyak fatamorgana yang melalaikan manusia. Tidakkah kita semua menyedarinya? Dan…berada disamping orang-orang yang beriman dan beramal soleh, baik para alim ulama atau insan yang baru hendak mendekatkan diri kepadaNya, asalkan dihatinya ada keinsafan untuk mencari jalan yang dapat menuju ke syurgaNya, hanya itulah yang dapat membahagiakan dan mententeramkan jiwaku. Mudah-mudahan aku juga dapat menjadi seperti mereka dan dapat menjadi seorang ‘Abid di sisiNya suatu masa nanti, InsyaAllah.

“Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah petunjuk kami, maka tunjukilah kami ke jalan yang Engkau redhai dan rahmati, bimbinglah kami dalam meniti perjalanan yang penuh dengan onak dan duri ini, janganlah Engkau membiarkan kami tersungkur tanpa pertolonganMu, jangan Engkau biarkan kami sesat dan terus hilang dari petunjukMu, sesungguhnya kami insan yang lemah lagi hina, tiada tempat untuk kami mengadu melainkan kepadaMu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, tunjukkanlah kami pilihan yang tepat dalam setiap tindakan dan keputusan kami dalam menegakkan agamaMu di muka bumi ini, sesungguhnya kami sedar akan kelemahan kami. Maka tetapkanlah hati kami, hati orang-orang yang beriman supaya tidak berpaling dari agamaMu dan tidak pula membiarkan orang-orang munafiq dan orang-orang yang kufur mempermainkan agamaMu.

Ya Allah Ya Razzaq, setiap nafas kami, hanya milikMu…kerna kami tahu bila-bila masa sahaja jika Engkau berkehendakkan kami kembali kepadaMu, pasti tiada apa yang dapat menghalangMu, Cuma kami memohon…..terimalah kami kembali kepadaMu dalam keadaan yang suci dan bersih dari dosa-dosa yang pernah kami lakukan di dunia ini, sesungguhnya kami sangat malu untuk bertemuMu dalam keadaan yang kotor, kami juga malu atas dosa-dosa yang pernah kami lakukan. Kami memohon perlindunganMu Ya Allah, lindungilah kami dengan perisai keimanan di hati dan seluruh anggota tubuh badan kami. Jangan Kau relakan kaki kami melangkah ke tempat-tempat maksiat, jangan kau biarkan kedua tangan kami saling membantu ke arah maksiat dan kejahatan dan jangan pula Engkau dekatkan kemaksiatan itu mengahmpiri kami, sebaliknya pimpinlah kami ke tempat-tempat yang dapat mendekatkan kami kepadaMu sama ada secara berjemaah atau hanya berduaan denganMu. Sesungguhnya kami serik akan duniaMu ini, kami serik untuk berjauhan denganMu kerana kami sedar tiada ertinya hidup ini tanpa Engkau di sisi kami.

Ya Allah, dengarlah rintihan kami ini, kami merayu padamu Ya Allah, makbulkan doa kami…..kami ingin mencintai maka kurniakanlah kami perasaan cinta kepadaMu, kami juga ingin dicintai maka cintailah kami sepertimana Engkau mencintai kekasihMu yang juga Nabi utusanMu kepada kami yakni Rasulullah saw, kurniakanlah kami kemanisan iman itu, yakni nikmat dalam beribadah kepadaMu…..sesungguhnya kami pasrah akan ketentuanMu kerana kami tahu bahawa Engkau Maha Arif akan apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu, kami pusatkan segala amal kami semata-mata keranaMu, terimalah segala amal kami dan kurniakanlah kami darjat yang tinggi di sisimu, layakkan kami memiliki singgahsana syurgaMu….Amiin”

*****************************************************

“Ya Allah Ya Muhaimin, jadikanlah aku seorang insan yang bergelar ‘Abid di sisiMu, yang ikhlas ibadatnya kepadaMu, sesungguhnya aku sedar betapa manisnya beribadat kepadamu itu dan aku tidak ingin sekali untuk hilang dari merasai betapa lazatnya berdua-duaan bersamaMu di dunia ini apalagi di akhiratMu yakni di syurgaMu…..jangan Kau relakan aku terus mengkhinati segala kurniaan dan nikmatMu di dunia ini, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah dosa-dosaku, terimalah taubatku….Amiin Ya Rabbal ‘Alamin”


Posted by عابده بنت دهالن at 3:13 AM
Labels: Al-Risalah, Muhasabah Diri, Tazkirah

Makanan Genius Islam




Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

Saya menerima artikel ini melalui emel 4 tahun yang lalu. Saya hanya ingin berkongsi, kerana semua jenis makanan yang tersenarai disini memang mendapat perhatian pengkaji-pengkaji makanan masa kini. Dengan makanan-makanan inilah dijadikan sebagai penawar penyakit-penyakit tertentu. Jom kita Ikuti selanjutnya :

  • Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai ” shifa ‘” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Cara Minum : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Pantang : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!
  • Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Cara makan : i) Menghadap Kiblat ii) Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali) iii) Baca doa penerang hati iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang. v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
  • Susu Segar - Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu. Cara minum : i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam ii) Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w.
  • Telur- Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  • Halia - Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula. Cara Makan : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
  • Limau Oren - Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
  • Buah Delima - Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
  • Daging Burung Merpati -
    Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
  • Otak Ayam - Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.
  • Daging Ayam - Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang tertinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
  • Daging Biri-Biri - Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.
  • Hati - Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
  • Kekacang - Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
  • Buah Badam - Untuk meningkatkan kecerdasan.
  • Za’faran : Komkoma ( Crocos Sativus ) - Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja.
  • Kemenyan Putih ( kemenyan serani/luban/kundar ) - Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.
  • Bunga Kobis - Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
  • Bunga Cengkih - Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.
  • Labu - Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w,”Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata,”Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
  • Buah Kedekai ( Majalawi ) - Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
  • Minyak Sapi - Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan segar - Juga membantu meningkatkan akal dan memori.

Segala perkara yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad SAW dalam artikel ini tidak pasti kesahihannya. Jika sesiapa yang pernah jumpa atau mengetahui bab hadis boleh kemukakan. Atau boleh menghubungi saya. Dan cara makan atau minum mungkin dari amalan Rasulallah atau hanya daripada amalan-amalan orang terdahulu.


http://www.ahmadrushdi.com/

Mak!! Susahke Nak Kahwin??





Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta

Pada onak dan duri asmara

Entah di mana akal fikiran

Hingga sesat di jalan yang terang

Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa


Waktu engkau ku lupakan

Dalam kemarau panjang

Betapa hatimu rela

Demi melihatku bahagia


(lagu: Nash/pada syurga di wajahmu)


Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah

Yang akan membahagiakan
keluarga dan rumahtangga...

hahaha aku lupa liriklaaa!!
(inTeam)

Alamak kantoilah pula lupa lirik!!. Tapi memang aku bukan jenis suka pun dengar lagu-lagu genre macam tu. Tapi saja nak ubah citarasa katakan. "Amboi-amboi rupanya mahu kahwin yer?" Hah hah hah begitulah agaknya yang kalian fikirkan bila membaca posting ini. Itupun kalau ada yang bacalah. Kalau tiada pun biarlah aku seorang yang menatapnya. Sikit-sikit hijau!! Baju kahwin hijau semuanya hijau?? Dah nak buat macam mana aku memang suka hijau!! Tak kan pink kot? Kalau mengikut Dr. Fadilah Kamsah warna pink itu warna kegairahan.. Ish tak sesuai gitu!! Ehehehe.Aku bukanlah "desprate" sangat mahu kahwin, tapi sengaja tulis berkaitan perkahwinan. Almaklumlah sekarangni musim orang tengah mendirikan rumahtangga. Kawan-kawan aku kat Kaherah hampir 4 pasangan berjaya dan akan di satukan. Alhamdulillah berjaya mereka membina masjid indah dikelilingi taman-tamn indah nanti. Aku tangga pun tiada rumah pun tiada. Yang ada hanyalah sibantal busukku. Namun kalian mungkin tidak mengetahui aku sebenarnya sudah mempunyai "isteri dan dua orang cahayamata". Hah bagus juga akukan. Dalam diam-diam menambahkan bilangan umat di muka bumi ini.




Aku ni jujur orangnya. Memang aku ada seorang "isteri" dan "dua orang cahayamata". Tapi janganlah pula salah faham yer. "Isteri" aku maknanya sekarang ikan belaan akulah di bilik. Akulah ayah pada anak-anaknya. Bukan gituh?? Saja mahu tukar suasana yang kondisinya sedikit tegang dan panas akibat momentum kenaikkan harga minyak. Kadang-kadang hatini membuak-buak juga rasa mahu kahwin. Tapi atas sebab-sebab tertentu kena sabarlah dulu. Insyallah tak sampi peringkat wajib lagi untuk aku.

Sebenarnya mudah ke kahwin? Macam-macam jawapan kita akan dengar bila pertanyaan ini ditujukan. Ada yang kata mudah ada yang kata susah. Bagi aku. Susah kahwin ni. Ingat main-mainker? Bukan macam bela ikan kat akuarium aku. Itupun susah tau!! Tiap-tiap hari kena bagi makan, tukar air sebulan sekali, lepas tu pula kena letak ubat bagi ikan-ikan segar. Itu ikan!! Ini nak bela anak orang. Maknanya maha tinggi tanggugjawaptu. Bukan main sambil lewa. Kalau aku minta dengan mak aku nak kahwin. Sah-sah penyapu yang hinggap. Ada hati nak kahwin nak bela diri sendiripun tak mampu. Kurus "cekeding"je. Ala-ala "Cicakman" yer? Perempuan tengok pun tak yakin aku mampu. Ehehehhe nak buat macam mana dah DNA aku macam ni. Kalian tahu ker betapa payahnya kahwin. Kalau di kampung macam-macam kena buat persediaan. Kalau perempuan lagilah. Kena menghadapi bakal ibu mertua. Ish itulah saat paling mengerikan bagi seorang perempuan. Betul tak? Betul lah tu nampak anggukje.

Mana tidaknya. Kalaulah bakal ibu mertua yang cerewet macam cerita Ibu Mertuaku tidakkah haru biru perempuan kena menghadapainya. Mahu lihat bakal menantu pandai memasaklah, berjalan bak Perempuan Melayu Terakhirlah, dan macam-macamlah perempuan kena hadapi jika, pendek dan panjang yang kata ibaratnya perempuantu kena jalan ala itik gembo-gembolah jika bakal ibu mertuanya cerewet. Jalanya pijak semut pun tak mati. Sopannya anak sapakah itu? Ingat!! amat malanglah anda jika anda tidak pandai memasak wahai perempuanku. Tak kanlah hanya telur dadarjer pandai? Resepi terbaru chef wan tak pernah cubaker? Habis tunggu apa lagi.? Sambil-sambil ada waktu ringan-ringanlah ke dapur ye!! Tapi awas!! jangan menyanyi pula di dapur. Pantang tu anak dara nyanyi kat dapur. Banyak sebenarnya pantang larang perempuan ni. Biasalah tu, bukankah perempuantu unik ciptaanya. Tapi kalau ibu mertua "sporting" alahai bertuahnya badan. Sejuk perut ibu mengandung sampi ke tali pusat.

Itu perempuan!! Ingat lelaki senangke nak hadapi kerenah ibu dan bakal bapak mertua yang cerewet. Sah-sah soalan pertama kerjanya apa? Pilot, bisnesmen, menteri, jutawan dan lain-lain. Uhh nazaknya bila soalan sebegitu hadir ke telinga. " Ya pak saya ni pilot!!. Pilotnya lori sampah bandaran". Waduh sudah tahu keputusan bakal di terima. "You fired!!". Apa kalian ingat mudahke? Seksa tau jiwa raga batin untuk menyunting bunga di taman larangan. Jikalau bunga di taman Taib Chow Kit mudah sahaja. Tidak percaya cubalah pergi anda pasti tidak akan menyesal. Silalah jika anda mampu membina dunia lain. Dunia yang tidak bisa Malaikat Maut menjemput anda untuk menemui Pencipta anda. Tapi bila di pikirkan mudahnya urusan perkahwinan di sini. Baguslah mudah. Benda baik kenapa perlu di sekat-sekat dan di payahkan. Anda pun tidak setuju jika dipayahkan. Betul? Syabas kalian bersetuju denganku rupanya.


Namun cuba kita perhatikan realiti di dalam kehidupan kita sekarang. Mengapa perkahwinan itu dikatakan susah atau payah dan sewaktu dengannya? Jika ditanya sebelah perempuan, mesti berjela-jela dijawapnya. Mahu tumpu kerjayalah, mahu bebaslah, dan macam-macam ada. Tidak kurang juga di sebelah lelaki. Malah lebih berjela-jela dari perempuan. Betul ker? Kalian jawaplah sendiri. Memang betulpun. Jika ditanya pada seorang perempuan siapa dan apakah ciri-ciri lelaki idaman? Mesti panjang lebar dihurainya, begitulah ciri-ciri wanita idaman bagi seorang lelaki sepanjang sungai Nil disyarahkan. Mahu yang sebegini, sebegitu, semelepaktu, semancungtu, seputihtu, setembamtu, setampantu, sesikohtu, dan segala macam "se..". Tidak salah dan kita berhak untuk memilih siapa pasangan kita. Aduh!! apa sangat pada kehemseman seperti Shah Rukh Khah andainya nanti seperti Sarung Khain sahaja. Apalah sangat pada harta yang bertimbun andainya nanti kain putih yang tidak berharga membalut badan. Mengapa ingin secantik Jenifer Lopez jikalau nanti hanya macam kek lapis. Woit!! kek lapis sedap apa??

Jadi orang perempuan yang ku sayangi perlu beringat sebab sekarang sudah menjadi satu fanomena macam artis pula bila wanita pakat-pakat lambat kahwin. Wah kalau di nilai kebahgiaan terletak pada paras rupa dan wang ringgit sudah tentu akal kita merasakan mustahil mereka berpisah. Namun mutkahir ini kerap berlaku alasannya mahu bina empayar kewangan yang kukuh . Bukan itu sahaja maskahwin pun mahal!, seba satu pula! kemudian tak mahu beranak pulak alasan jaga penampilan demi kerjaya Uhuhuhuhuhu azabnya bagi lelaki bila dapat perempuan sebegini. Maka hanya tinggal impian asahajalah bagi lelaki yang menginginkan binaan masjid utuh terbina. Adakah kita rela diri kita terus dipanah senjata syaitan dengan mengguhkan sesuatu yang disyariatkan. Jika sudah bersedia dan mampu ayuh bersegeralah. Kadang-kadang cinta itu buta. Sebab itulah ramai manusia yang meraba-raba. Jika dah bercinta tak ingat dunia. Alamatnya macam filem hindustanlah jadinya. Sanggup merentas lautan api, menuruni bukit, bergadai nyawa, malah sanggup lari dari keluarga demi cinta. teringat pula lagu Hindustan.

Tum passa Aii..yuu muskuraee,
tum ne najanee kiya..sappe neih dekha aii,
Apphe toll mera dill.. jaghe naah sohtha hein,
Kiyaa kahrua heih..Kuch kuch hotha hein....

Kalian pernah dengarkan lagu nih. hebat penangan cinta mereka. Sanggup segalanya demi cinta. Maka tidak mustahil akan berlaku pada kita andai kita lalai mengemudi bahtera songsang ini. Cuba renung-renungkan di bawah:-

Di Nikahi wanita itu kerana empat perkara:
Kerana Hartanya, Keturunannya, Kecantikannya, dan Agamanya. Maka pilihlah dalam hal Keagamaanya. Nescaya beruntunglah kedua-duan tanganmu.

Riwayat Bukhari&Muslim.

Nah cantik sungguh tips yang islam gariskan. Jika dipilih harta, pasti harta akan susut dek kenaikkan minyak. Mahu dipilih cantik semata-mata? Adakah cantik berkekalan. Pendek kata panjang pun kata Agamalah pilihan yang tepat. Merangkumi segalanya. Meh!! kita tengok macam mana yer ciri-ciri wanita solehah pada pandangan mata akulah?

*
Baik dengan mak(macam kawan karib)
*
Ada 1 atau lebih kawan baik.(kalau tiada memang kera sumbanglah)
*
Ada kebolehan mendengar.(suami memang cari sorang isteri yag ada ciri pendengar yg baik)
*
Org selalu puji dia(terutama adik beradik)
*
Bila bercakap dengan org tua, org tua tu rasa selesa dengan dia.(terutama dengan bakal mertua)
*
Bila ada sesuatau yg lawak, dia ketawa(kalu tak memang lembab sangatlah perempuan tu)
*
Lagi bagus mak bapak dia memang jenis tegas dan garang (macam anak tiri-jiwa kental)
*
Setuju kahwin cepat(inilah maksud berugama-kalau menolak..mmmmm)
*
Simpati yang tinggi(tengok cerita hindustan@bersamamu@full house@ dan lain-lain -nangis huhuhuhuh basah kuyup bantal, masa inilah terserlah sifat keibuan wanita. eheheh)
*
Ada sikit jual mahal(harga diri tu)

Jangan engkau harapkan impikan teman hidup sesuci Fatimah jika dirimu tidak sehebat Ali. Layakkah untukmu untuk mendambakan lelaki seperti Muhammad junjungan tercintajika dirimu tidak sekuat Khadijah

Malah banyak lagilah ciri-cirinya yang kalian silalah tambah. Jadi pendek kata dan panjangpun kata, kepada wanita-wanita. Secara pengalamannya jika seseorang lelaki itu kalau lelaki tu ajak anda kahwin awal-awal, memanglah lelaki tu niatnya baik, tak ingin main-main dengan anda. Memang dia ikhlas , tak nak menghampiri zina, dan takkan lah ada kaki botol nak ajak anda kahwin awal kot, yang selalu ada lelaki yg mintak tu bukan citarasa anda, miskin kot, atau rupa kurengg sikit, atau anda ingin enjoy dulu! Yerlah kadang-kadang perempuan memilih hanya yang hensem, berharta, berkedudukan. Lagi terpikat jikalau yang kehenseman yang gila khinzir. Tapi bukan hensem yang macam khinzir. kalau macam tu sah-sah dari jauh lagi perempuan dah menenolaknya. Alhamdulillah beruntungnya ada perempuan yang beragama yang tidak pandang semua itu. Tapi sayanglah jika yang beragama pun tidak menjaga ketinggian nilai dirinya. sewenang-wenangnya pamirkan pada manusia yang bukan haknya. Waduh pikirkanlah wahai perempuan. Aku sayang kalian. Kalian ibarat adik, kakak dan mahupun ibuku. Aku tidak rela kalian menjadi sebahagian senjata syaitan. Ayuh!! hindarkan diri kalian dari menjadi sebahagian senjata syaitan. Aku pun manusia yang punya nafsu. Di khuatiri aku terlemas sama. Sama-samalah membantu.


Ok kepada perempuan mahupun wanita dan sewaktu dengannya kena jaga betul-betul 3 perkara ni:

* aurat(jangan dengan melayu jer jaganya dengan arab?Di tujukan bukan semua)
* akhlak
* solat awal waktu.

Ayoh sebelum anda bangkitkan kegairahan anda untuk menggoda mata-mata lelaki renungkanlah azab siksa di neraka. Jadi kepada semua, wanita mahupun lelaki pakat-pakatlah kita bina individu muslim dan muslimah yang kental, persiapkan diri, muhasabah diri. Adakah kalian rela kepanasan api neraka menjamah dedahan aurat kalian? Usahlah dirimu hipokrit dalam hidupmu. Nescaya hipokrit dan plastiknya dirimu tidak akan kemana. Sedarlah!! Maka berhati-hatilah dalam menjejak kaki ke alam perkahwinan. Ingatlah wanita dirimu itu amatlah berharga. Usah dirimu mancalit lumpur najis pada kemuliaanmu sebagai seorang wanita. Jika ingin lelaki hormatkan anda maka anda kena hormat dengan batang tubuh mulia anda. Namun jika anda berdegil mahu melawan hukum Tuhan? Nah anda buatlah dunia yang baru yang agak-agaknya Tuhan tidak akan nampak anda, agak-agak malaikat maut gagal mengesan anda untuk mencabut nyawa dan jika berjaya menyahut cabaran tadi maka anda bebas membuka apa sahaja. Anda bebas untuk buat sesuka hati anda.


Berhati-hatilah. Jika di Malaysia kahwin pun kena berhati-hati dengan jurunikah. Akhir zaman rupanya kita . Macam-macam berlaku. Ingatlah pemuda pemudi harapan agama.

Mat rempit minah rempit sekarang bergerak dengan kerakusan bersetubuh yang dasyat, anak-anak perempuan keluar rumah dengan keinginan nafsu yang dahsyat, remaja-remaja IPT bergerak bebas dengan keinginan maksiat yang dahsyat, di mana kalian ikhwah dan akhawat, fitnah sekarang menanti penuh dahsyat, mayat anak luar nikah di sana sini tak cukup sifat, dimana kita untuk menunjuk arah kiblat, jikalau nyawa di sentap pasti tak sempat, adakah mampu kita menjawap di akhirat, mampukah kita malawan seksa yang maha hebat??

Bila aku nak kahwin? Tanya mak akulah.. Bila sampai waktunya aku pasti kahwin itulah jawapannya. Indahnya dunia dengan seri dan di sisi wanita solehah. Semoga impianku mendapat wanita seperti KhazinatulAsrar mendapat perkenan yang Esa. Impian nih!!