anugerah buat pendosa

yang tinggal-tinggal sembahyang
pun puasa
yang tidak pernah sembahyang
pun puasa
yang acu-acu bertutup
pun puasa
yang telanjang terus
pun puasa
pendosa segala
pun puasa

benar ini bulan
rahmat seribu
benar ini bulan
hadiah dari tuhanku

seloka tok guru

TEKS UCAPAN YAB TUAN GURU DATO’ HJ. NIK ABD. AZIZ BIN NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN DI MAJLIS PERASMIAN KONSERT ANTARA DUNIA PADA 10 SYAABAN 1430/1 OGOS 2009 (HARI SABTU), JAM 8.00 MALAM BERTEMPAT DI STADIUM MELAWATI, SHAH ALAM, SELANGOR.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid; makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (Surah Al A’Raaf : Ayat 31).

Mari kita mengucapkan syukur yang sebanyak-banyaknya ke hadrat Allah S.W.T. diatas setiap nikmat yang telah Dia sediakan kepada kita selama ini. Di antara banyak-banyak nikmat, satu daripada nikmat ialah nikmat menghargai pelbagai keindahan yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya setiap benda yang dicipta oleh Allah penuh dengan keindahan.

Diatas nama sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud “Allah itu Maha Indah dan Dia sukakan keindahan”, izinkan saya berbicara pada malam ini menggunakan kehalusan bahasa orang Melayu melalui gugusan pantun indah sepanjang berkata-kata.

Rendang kayu kerana daunnya
Terpandang Melayu kerana pantunnya.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Kalau berladang kurang tekun
Lesap padi ditelan belukar
Kalaulah hilang tukang pantun
Senyap sunyi bandar yang besar.

Kapal belayar dari Arakan
Selit besi jadi kemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati “ambo” kerana budi

Tuan Puteri ke Tanjung Keling
Bilah mengkuang dianyam tenang
Biar isteri benci menjeling
Tetaplah abang terkenang-kenang.

Naik bertamu di Pulau Tawar
Singgah menjala di Kg. Bantal
Pahit jeling jadi penawar
Abang simpan di bawah bantal.

Ujung rusuk patah tulang
Kena tindih kayu rasak
Kalau sungguh rindukan bulan
Tunggu dulu lepas Isya’.

Tebuk kayu dengan pahat
Kelek mangkuk pakai topi
Kata mahu keluar jihad
Nampak tersangkut di kedai kopi?

Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Harap berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh.

Tiang sehasta dibuat galah
Berpanjang lengan kait melati
Berjuang kita ke jalan Allah
Biar dengan sepenuh hati.

Manis sungguh dokong tuan
Malam resah pelita mati
Payah apa sokong bulan
Mungkin susah tapi tak mati.

Apa dirisau hantu jembalang
Quran dibaca berhari-hari
Tubuh besar janggut panjang
Bunyi wisel kenapa lari?

Dayung sambil pasir kemudi
Air deras di Ulu Tersat
Jangan diambil jalan Yahudi
Itu sah menuju sesat.

Ikan belanak ditutup saji
Saji dianyam oleh Pak Mahat
Orang khianat jangan dipuji
Makin dipuji makinlah jahat.

Sejak kera masuk negeri
Anak merbah mati tersepak
Sejak ketua sibuk mencuri
Anak buah jadi perompak.

Burung punai burung kelicap
Hinggap berkawan di hujung dahan
Tiada guna lawa dan kacak
Jika melawan hukum Tuhan.

Tanam halia tumbuh lengkuas
Semak daun si api-api
Apa guna kaya rasuah
Esok dipanggang di atas api.

Terbang kunang di tengah malam
Hinggap masuk di tiang seri
Tangan kanan ajak bersalam
Apa maksud pisau di kiri.

Hujung kota patik menanti
Orang Kaya Laksamana Bentan
Tuan berkata sesuka hati
Karamlah saya tujuh lautan.

Tuanku umpama emas segetus
Segak bertempat indah seorang
Hamba umpama selipar yang putus
Tiba bertempat dilupa orang

Bermamah sirih di tengah pelita
Pahit mulut sampai ke pagi
Terbit suluh batilpun pergi.

Biar bersambung bedilan ferenggi
Takku tinggal ini kota
Islam berbumbung di awan tinggi
Mengatasi segala mainan kata.

Gua Bama sungai hulu
Kuala Damak berbatu karang
Hamba umpama dagang lalu
Nasi ditanak milik orang.

Rata lapang gunung Tahan
Bukit Rapat Bukit Cekati
Kita menumpang bumi Tuhan
Jangan dibuat sesuka hati.

Daun palas ikan kelah
Mari diikat dengan tali
Niat ikhlas kerana Allah
Syirik tidak sekali-kali.

Papan tualang mari diukir
Buat tongkat sikayu jati
Siang malam hidup berzikir
Kuat ibadat sebelum mati.

Akar tersat jambu batu
Ikat kolek bertali kain
Resam ibadat niat bertentu
Bukan boleh dibuat main.

Jalan bengkok terkial-kial
Sambil mengupas limau langkap
Tengokkan songkok bagaikan kiyai
Kenapa membaca tergagap-gagap?

Apa guna berkain batik
Jika labuh berbayang-bayang
Apa guna beristeri cantik
Jika Subuh tidak sembahyang.

Teluk Rokan tempat memancing
Angkat raga berisi gelas
Jika ikan umpannya cacing
Syarat Syurga ialah ikhlas.

Tunas selasih dibuat rebung
Asah belati diasap damar
Bercerai kasih boleh disambung
Berpisah mati putuslah amal.

Putus amal jika mati
Itu muktamad dari Allah
Cuma ada 3 kecuali
Anak soleh, ilmu dan sedaqah

Lantang bersahut burung bebarau
Kayu jati dibuat sarang
Adab hidup kita bergurau
Sudah mati terguling seorang.


Dari Demak ke Mekasar
Bergalah perahu tidak berbaju
Maafkan hamba jika terkasar
Allah jua tempat dituju.

Pinang dusun kacip cekati
Sirih dibilas luar rumah
Saya berpantun dari hati
Tuan balas tiba dirumah.

Indah sungguh Tanjung Sedeli
Pulau Seratus dilambai Nyonya
Sepanjang mana seutas tali
Akan ada tirus hujungnya.

Dengan sehimpun pantun berkias yang enak dikunyah sebentar tadi, saya mengajak diri saya dan tuan-tuan sekalian untuk terus berfikir mengenai diri kita, keluarga dan negara kita; bagaimana untuk bahagia di dunia dan selamat terus menerus dari azab Allah di akhirat kelak

Akademi Pondok Sempena Ramadhan 1430H

Pondok Pasir Tumboh bercadang untuk meneruskan Akademi Pondok bagi tahun ke-2 iaitu kelas pengajian yang akan menggunakan 2 kitab pilihan di mana kelas bermula jam 9 hingga 11 pagi dan 3 hingga 4 petang bakal diadakan sempena Ramadhan nanti. Buat masa sekarang ia masih dalam proses perbincangan di peringkat Lajnah Pendidikan sebelum diiklankan secara rasmi nanti. Penyertaan bukan sahaja daripada masyarakat sekitar Pondok Pasir Tumboh tetapi turut disertai oleh masyarakat luar yang cintakan ilmu disamping pelajar sekolah pada sesi petang. Diharapkan agar dengan berjalannya program ini dapat memberi peluang terutama kepada pelancong luar untuk merasai cara pengajian tradisional semasa melawat Kelantan. Pendaftaran akan dibuka selepas segala perkara yang berkaitan terutama berkaitan kitab dan guru yang bertugas diselesaikan dalam masa terdekat.

lebih lanjut:http://epondok.wordpress.com/

TGNA mengaku tersilap guna perkataan...


MACHANG – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menjelaskan beliau bukan bermaksud untuk tidak membantah tindakan sebilangan pemimpin DAP yang menghina Islam seperti mana yang disiarkan di akhbar semalam.

Sebaliknya beliau berkata, beliau telah tersilap menggunakan perkataan ‘tidak salah’ dan perkataan yang sepatutnya dinyatakan ialah ‘tidak pelik’.

“Memang saya kata tidak salah pemimpin DAP menghina Islam. Tetapi maksud saya ialah tindakan pemimpin DAP itu tidak pelik kerana mereka bukan beragama Islam.

“Perkataan tidak salah yang saya sebut itu sebenarnya bermaksud tidak pelik perkara itu berlaku kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang Islam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Jambatan Konkrit Kampung Kelaweh ke Kuala Sat, di sini semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, perkara tersebut juga bertitik tolak daripada sikap umat Islam yang tidak menyebarkan Islam atau berdakwah kepada kaum lain melainkan kaum Melayu sahaja.

“Macam mana mereka nak reti (tahu) mengenai Islam kalau semua orang Islam hanya berdakwah kepada Orang Melayu sahaja dan tidak kepada kaum-kaum lain di Malaysia ini.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita (orang Islam) untuk berdakwah kepada semua tanpa mengira siapa mereka. Kita perlu rajin berhujah atau bersoal jawab dengan mereka mengenai agama seterusnya menarik minat mereka mendalami Islam,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas persiapan menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pasir, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas bertekad akan lancarkan kempen besar-besar bagi mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Permatang Pasir walaupun pada bulan Ramadan.

Beliau berkata, Ramadan tidak akan menjejaskan perjuangan Pas malah akan lebih kuat berusaha demi mengembangkan syiar Islam.

Katanya, Bulan Ramadan adalah satu kelebihan dan tidak akan menimbulkan masalah kepada Pas.

“Apa salahnya bulan Ramadan, Perang Badar pun pada bulan Puasa dan Rasulullah telah membuktikannya. Kenapa kita nak takut. Inilah peluang yang patut kita rebut bagi mendapatkan lebih pahala sempena bulan Ramadan .

“Sebab itu Allah menggalakkan kita berpuasa walaupun bukan pada Bulan Ramadhan iaitu setiap dua hari seminggu , Isnin dan Khamis untuk melatih kita sentiasa bersedia dalam apa keadaan sahaja terutamanya dalam memperjuangkan Islam,” katanya.

sumber sinarharian

seperti bidalan..terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata badan binasa...begitu juga dengan kenyataan TGNA yang lepas bila tersalah guna perkataan.. nak katakan 'tak pelik' guna 'tak salah'...apa lagi memang salah le jadinya..kenyataan yang menjadi kontrovesi kepada umat Islam...

tapi yang ummi nak highlightkan adalah pengakuan TGNA tersilap tu yang kita puji..dah tersilap ngaku tersilap..ye lah TGNA juga manusia biasa apa nak heran kalau tersilap pun..yang herannya bila dah silap tapi tak nak ngaku silap..egonya tinggi melangit sangat..

teringat dulu arwah atok ummi pesan..." kalau nak bercakap pikir dulu..apakah yang mendengar tu paham ke tak cakap kita..sakit hati ke tak bila kita bercakap..jangan ikut sedap kita je ...nanti orang marah..." ini adalah pesanan arwah atok ummi yang sampai sekarang ummi ingat dan ikut..tapi kadang 'TER'lepas gak... peringatan ini untuk ummi dan semua..

http://haninasution.blogspot.com/

Bila wanita non-muslim memakai hijab-mari temui Spencer Wall

Spencer Wall, fourth-year English and sociology major, talks about her experience wearing a hijab on Wednesday night at Kerbey Lane Cafe. Wall, a Christian from West Texas, embarked on a personal experience in which she dressed as a Muslim woman for a year, starting in April.



Apa yang dilakukan Spencer Wall, seorang perempuan AS berusia 20 tahun berasal West Texas, tergolong unik dan tidak lazim di tengah masyarakat yang majoriti sakular non-Muslim. Wall sendiri beragama Kristian, tapi sejak akhir April lalu, ia memutuskan untuk mengenakan busana muslimah lengkap dengan jilbabnya selama satu tahun ini.

Apa sebenarnya tujuan Wall melakukan itu semua?

Wall mengatakan bahwa ia tidak sedang berkesperimen tapi ia belajar dari pengalaman. Ia ingin merasakan bagaimana rasanya menjadi bagian kumpulan miniroti-seperti komuniti Muslim- yang kehadirannya selalu dipandang sebelah mata dan dicurigai. Meski Wall sendiri mendakwa tidak suka mewakili komuniti Muslim.

"Saya bukan ingin mewakili para muslimah atau komuniti Muslim. Saya ingin tahu seperti apa rasanya menjadi seperti mereka, sebentar saja ..." ujar Wall.

Perubahan penampilan Wall tentu saja mengundang tanya teman-teman dan orang-orang di kawasan Wall. Dan Wall memang mengalami hal-hal yang tidak diharapkannya sejak mengenakan jilbab dan busana muslimah. Orang kerap memandang Wall dengan curiga, tidak mau berbicara dengannya dan ia sering menerima cemuhan. Bahkan pernah ada pengunjung di restoran tempatnya bekerja, menolak dilayani Wall. Tapi seperti kebanyakan muslimah di AS yang kerap menerima perlakuan tersebut, Wall tidak ambil peduli dan tetap melangkah.

Pertanyaan yang paling sering diterima Wall adalah pertanyaan dari mana ia berasal. Pertanyaan sempit orang-orang Amerika yang masih melihat warga Muslim sebagai pendatang haram. Awalnya, Wall menjawab pertanyaan itu dengan penjelasan soal "keinginannya belajar dari pengalaman". Tapi lama-lama, Wall bosan juga dan menjawab pertanyaan itu dengan kalimat pendek, "Saya bukan Muslim, tapi saya mengenakan jilbab karena saya menginginkannya."

Meski demikian, Wall mengakui pernyataannya itu tidak sepenuhnya benar, karana jauh di dalam hatinya ia merasa tidak boleh keluar rumah tanpa mengenakan busana muslimah. "Saya pernah mencuba tidak mengenakan jilbab sehari saja. Ternyata saya tidak mampu melakukannya," aku Wall.

Bukan hanya dalam berbusana, Wall juga mengikuti kebiasaan sebagaimana layaknya muslimah. Ia menolak hubungan seks bebas dengan lelaki. Di butik pakaian, Wall pernah meminta pelayan butik untuk menutup celah yang agak terbuka di tempat ganti pakaian, karana kakinya akan terlihat ketika mencuba pakaian.

Wall mengatakan, pengalamannya "menjadi seorang muslimah" mengajarkannya untuk menghargai dan menghormati hal-hal yang sifatnya peribadi bagi dirinya sendiri. Satu hal yang menurut Wall, tidak pernah ia rasakan dalam ajaran agama Kristian. Wall bahkan mengatakan, suatu hari nanti ia juga ingin merasakan bagaimana rasanya menjalankan solat lima waktu setiap hari.

"Seperti Anda tahu, kami hidup di tengah masyarakat yang tidak peduli dengan aktiviti peribadahan. Dengan pengalaman saya sekarang, saya merasakan diri saya lebih dekat dengan Tuhan," ungkap Wall.

"Pengalaman ini mengajarkan saya untuk menghormati perempuan yang memutuskan untuk di rumah saja menjaga dan mendidik anak-anaknya, menghormati mereka yang mengenakan jilbab dan beraktiviti di luar atau ingin menjadi seorang CEO," sambung Wall.

Meski sudah berbusana muslimah dan menyatakan ingin mencuba solat lima waktu, untuk ketika ini cahaya Islam mungkin belum menyentuh Wall. Semoga di suatu saat Allah SWT memberikan hidayah Islam padanya.

Sumber:
http://eramuslim.com

kelantan gateaway



dapatkan majalah pelancongan terunggul mengenai nageri kelantan secara percuma di sini http://kickdefella.wordpress.com.....