aku tak mampu pergi jauh

berpeleseran di pasir tumbuh lagi enak dari menjelajah bumi asing,
orang kata muda-muda ni kite kene keluar cari pengalaman... ahh lantaklah!!
aku lebih selesa dengan diri ini, walaupun xsegagah dulukala, namun aku tetap sayang tubuh.

sebenarnya aku takut hanyut
aku takut terjerumus,
aku takut tertimbus,
aku takut hilang akal,
aku takut sesat,
aku takut makin jauh,
aku takut melencong,

..... dari landasan ILAHI

aku dah lalui 6 bulan di bumi kl

Mempelbagai Sumbangan Sedekah

MUSLIM yang bersedekah, menderma dan menginfak harta semata-mata kerana Allah SWT akan menerima ganjaran besar di akhirat nanti. Firman Allah SWT, dalam surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya”.

Usaha menginfak harta bukan hanya difahami dalam konteks yang biasa dilakukan masyarakat kita, iaitu memberi sumbangan kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim, pembinaan masjid serta surau dan sebagainya. Kita boleh meluaskan ufuk pemikiran kita mengenai konsep infak ini apabila kita menyumbangkan sedikit harta kurniaan Allah SWT itu untuk pembangunan dan pembinaan minda, intelek, fizikal, sosial dan emosi umat dan masyarakat.

Ini termasuklah pembinaan institusi pendidikan, kesihatan, aktiviti penyelidikan ilmiah dan sebagainya. Melalui ayat 262, surah al-Baqarah, Allah SWT mengingatkan bahawa hasrat untuk menginfak kurniaan Allah SWT seperti yang dinyatakan dalam ayat sebelumnya itu perlu mematuhi syarat tertentu agar ia mencapai tahap dan piawaian keredaan Allah SWT.

// //

Kegiatan infak harus berlandaskan keikhlasan tanpa ada unsur riak, mengungkit-ungkit pemberian dan menyakiti perasaan serta emosi penerima. Pemberian seperti itu tidak memberi makna apa-apa dan tidak bernilai di sisi Allah, seperti yang ditegaskan, “Wahai orang yang beriman, jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir” (al Baqarah: 264).

Tuhan selamatkan aku

terima kasih Allah

weekand lps aku g jln2 rmh abang di shah alam.. ari jumaat pegi n niat nak blik ari ahad malam,

n pg ahad yg aku niat nak blik kuantan malam tu aku pegi la beli tiket kat stesen bas shah alam...
lps parking motor aku menghala kaki menuju ke kdai jual tiket

time jalan 2 aku terpijak lopak air menyebabkan kaki aku sdikit basah tp aku terus gak jalan
n lps 2 3 lgkah aku hayung kaki untuk lgkah strusnya untuk buang slipar, aku tarik balik kaki ayam aku tu n kesat bekas2 air td kat hujung sluar

dan tiba2 bas brek mengejut btul2 dpn aku, tergamam!!,mgkn sejengkal dari badan aku dan aku lihat slipar yg dibuang td btul2 kat bawah bas...


trima kasih byak Ya Allah

dezrimi son



khusus untuk khas

jimmy bionik

hihi... gua ketawa dulu deh

ptg td time gua pg main bola kat padang `gurun`(gua pkai ksut futsal je) syg weh nak pkai kasut bola maklumlah padang tu tanah keras dan penuh dgn batu..rmput pun jrang2

gua disapa oleh bbrape budak yg kebetulan tgah bermain kat situ
budak a: "eh tgk abg ni mcam jimmy la"
budak b: "ha`ah jimmy lam citer bionik kan"
gua : "ye la, abg dah la yg berlakon lam citer bionik tu" (hihi berlagak skit,apa lg gua ambik ksmpatn la)

pdahal gua xtknl pun jimmy mana.. gua xtgk tb da.. xrock tgk citer mlyu ni.. cam gampang pun ada rs.
berjalan smbil kembang lubang hidung. 00

gua: "ptg abg main bola mlm ni abg g ar kl berlakon smula..hihi"(tmbah lakonan)
budak c: "oooo... "
budak a: "nak mntak autograf bleh?"
gua: "jap, abg nak main bola ni,nnti hbis mai la"(lam hati:btul ke muka gua cam jimmy, ops slp muka jimmy cam gua la.lantak lah....)

tak berkedip diorang tgk gua..kelakar pun ada gua rs lam hati.tp xleh ketawa kuat2 nnti lakonan gua hancus

budak b: "bleh x abg guna kuasa abg untuk padamkan api tu.." (smbil jari budak c menghala kearah api di sbelah padang)

tah pakcik mana bkar smpah kat tp pdang tu.tak berfikiran green sgguh pakcik tu...ptut la dunia ni panas,pakcik ni yg bakar upenye

gua: "nnti r dulu abg nak main bola ni.mlm nnti abg padm"(msih berlakon)

budak c: "kan mlm ni abg nak pegi kl" (lam hati gua:ish budak ni btul2 percaya deh,)
kuat gak pengruh tb kat budak2 ni...

gua senyap
"pak!!" gua sepak bola smbil kontrol macho
referee tiup wisel dan sepak bermula......(xde pun sbnarnye)
.
.
.
referee tiup wisel lg, gua bengang apa ni ref!!? referee tnjuk jam.
gua: laaa dah abis masa rupenye.hihihi

dah dekat nak pkul 7

abis...

2 3 ari yg lps ada mmber gua ckp muka gua cam jimmy bionik tp gua xpcy, mengrut sume tu ckp gua....
tp prstiwa ptg td mguatkan lg hujah mmber gua tu...

mlm ni kebetulan bionik akan mncul lam tb hahaha jd gua g kafe tuk tgk tb untk mngesahkan lg desakkan budak2 td n mmber gua....

tp hampa bru je stat cite tu lbh kurang 5mnit,mmber kolej gua masuk...sdp2 j tgn dia tukar channel...

terbkar gak hati gua, tp xla smpai bleh tgk dr luar tbuh gua(terbkar dlm je) nak je gua kuarkan api dr tngn dan hala kat mmber gua tu..,huhu biar laa dap main tenet g.... maka dgn itu terbitlah posting ini. elok gak kwn gua tukar chnnel td.

dulu

dulu aku dekat dengan tuhan,
dulu aku sanggup bersengkang mata tahajud malam,
dulu hati ini mudah tersentuh,
dulu mulut ini dibasahi zikir,
dulu kaki ini menelusuri sentiasa jln ke masjid,
dulu motor aku jd mangsa ke surau,
dulu telinga ini dibisingi ceramah agama,
dulu pelikat sentiasa baluti tubuhku,
dulu perasaan penuh gembira,
dulu kitab jawi menemani ketiakku,
dulu kopiah melindungi kepalaku,
dulu mata ku sentiasa terjaga,

dulu hidup ku sangat bermakna,

dulu
dulu
dulu.....

ya tuhan kembalikan dulu aku....... harap dengan sangat!

Atong dan Pak Mat Kastam

Atong melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakang Atong. Pak Mat Kastam menahan Atong dan bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab Atong.

"Turun dari basikal!, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, Atong di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawa Atong memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. Atong dibebaskan. Pasir kepunyaan Atong di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia.

Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya, "Apa yang kau bawak?" "Pasir" kata Atong. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg Atong tak ada benda lain selain pasir semata-mata. Atong dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama setahun. Pada suatu hari Atong tak muncul di sempadan. Pak Mat Kastam merasa pelik kerana Atong tak pernah tak melintas sempadan walaupun pada cuti umum. Suatu hari Pak Mat Kastam terjumpa Atong di sebuah pekan.

"Atong" tegur Pak Mat Kastam, "Aku tau kau ada seludup sesuatu. Aku tak boleh tidur memikirkannya. Ok lah antara kita berdua, kau dan aku, sebenarnya apa yang kau seludup?"

"Basikal", jawab Atong ringkas.