"Jadikanlah Negeri Kami Negeri Beragama Tempat Istirehat Orang-Orang Miskin Dan Memerlukan"
Mari Buat Ayat di Manik Urai
Belum cukup bersungguh-sungguh.
petikan daripada- langit Ilahi
mereka, mempunyai kesungguhan hingga mampu merentas padang pasir... kita?
Hidup kita, adalah satu ubudiyyah(pengabdian) kepada ALLAH SWT. Bukanlah bermakna kita hanya duduk di masjid melakukan solat, zikir, baca Al-Quran semata-mata sepanjang masa, tetapi hidup sebagai ubudiyyah ini adalah menjadikan kehidupan kita, pekerjaan kita, pelajaran kita, sistem hidup kita, bergerak dan berjalan di atas landasan yang dikehendaki ALLAH SWT.
“ Dan tidak AKU ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk berubudiyyah kepadaku” Surah Adz-Dzariyat ayat 56.
Kita faham bahawa kita datang daripada ALLAH SWT, dan pulang juga kepadaNya. Kita faham bahawa setiap amalan kita akan dikira oleh ALLAH SWT. Kita juga tahu bahawa, kebahagiaan kita di akhirat nanti, adalah bergantung kepada rahmat dan kasih sayang ALLAH. Justeru, matlamat keberadaan kita di dunia ini adalah hanya sa-nya untuk mendapat keredhaan ALLAH SWT.
Namun, sejauh mana agaknya, kita telah bersungguh-sungguh dalam mencapai matlamat kehidupan kita di dunia ini?
Semasa saya bertolak dari Mudzalifah ke Makkah, saya sering memandang ke luar bas. Yang ada di kiri dan kanan jalan raya adalah tanah gersang, penuh dengan batu-batu. Kepanasan suhu di sana terasa, walaupun saya berada dalam bas yang mempunyai penghawa dingin.
Saya yang dalam perjalanan hendak mengerjakan umrah ketika itu, tiba-tiba terfikir akan Rasulullah SAW dan para sahabat.
“ Aku sekarang sedang berada di tengah-tengah perjalanan mereka”
Kata-kata itu menusuk kalbu saya.
Saya seakan-akan melihat betapa Rasulullah SAW dan para sahabat lalu, melalui tanah-tanah gersang ini, dalam keadaan suhu yang teramat panas, untuk menyebarkan ISLAM dan menjaga deen ALLAH SWT.
Dari Madinah ke Makkah, mengambil masa 8 jam perjalanan dengan menaiki bas. Saya tersenguk-senguk dan kebanyakan masa habis dengan tidur kerana keletihan. Saya teringat akan Rasulullah SAW yang berhijrah melalui arah yang bertentangan, dari Makkah ke Madinah, dengan sahabat setianya Abu Bakr RA. Mereka berdua melalui tanah gersang yang sama, tetapi mereka tidak mempunyai penghawa dingin seperti saya.
Kita manusia, hidup dalam kesenangan, penuh dengan kemudahan. Tetapi, sejauh manakah kita menggunakan kesenangan dan kemudahan kita itu untuk taat kepada ALLAH SWT? Sejauh manakah agaknya, kita telah menggunakan kesenangan dan kemudahan yang kita ada itu untuk menyebarkan agama ALLAH SWT? Sejauh manakah, kita menggunakan nikmat yang ada pada kita ini untuk mencapai makna kejadian kita di atas muka bumi ini?
Bila saya fikir-fikirkan semula, saya rasa malu dengan Rasulullah SAW dan para sahabat seangkatan dengan baginda. Kita semua tahu akan peristiwa hijrah, saban tahun kita menyambut awal Muharram, tetapi sejauh mana kah kita bersungguh-sungguh mengamalkan ajaran Rasulullah SAW dalam kehidupan kita? Sejauh manakah kita memahami ISLAM dalam kehidupan kita? Sejauh manakah kita mengenali ALLAH dalam kehidupan kita? Sejauh manakah hubungan kita dengan ALLAH SWT?
Sungguh-sungguhnya Rasulullah SAW, sehingga sanggup merentas padang pasir gersang nan panas. Adakah ketika peristiwa hijrah itu, baginda semata-mata hendak menyelamatkan dirinya sendiri?
Tidak. Sama sekali tidak. Rasulullah SAW ketika itu hendak menyelamatkan deen ISLAM dari terus ditindas, baginda ketika itu hendak menyelamatkan ISLAM dari terus disekat. Hajat baginda, baginda inginkan lebih ramai lagi manusia merasai keindahan ISLAM, hidup dalam keadilan ISLAM, hidup dalam keluasan ISLAM, hidup dalam kebahagiaan ketundukan seorang hamba kepada RABBnya.
Atas dasar cintakan ummat, inginkan agar ummatnya merasai kebahagiaan sebenar dalam kehidupan, baginda merentas padang pasir gersang lagi panas bersama sahabatnya, Abu Bakr RA. Baginda tidak pula terus bergegas ke Madinah, tetapi bergerak ke arah Yaman terlebih dahulu, kemudian bersembunyi di Gua Tsur selama 3 hari, dan kemudian baru bergerak ke utara, menuju ke arah Madinah.
Adakah ada kipas di sisi baginda? Adakah ada penghawa dingin bersama baginda? Tidak. Malah, nyawa baginda menjadi taruhan apabila Quraisy Makkah menawarkan 100 ekor unta kepada sesiapa yang berjaya membawa pulang Rasulullah SAW hidup atau mati. Tetapi, kesungguhan baginda tinggi dalam mencapai erti perutusannya, membuatkan baginda tabah, tenang, dan sabar dalam menempuh dugaan. Padang pasir yang gersang tambah panas itu, baginda rentasi dengan kekuatan.
Manusia-manusia bersama baginda, juga mempunyai rasa yang sama seperti baginda. Mereka bersungguh-sungguh dalam ketaatan mereka kepada ALLAH. Bila arahan hijrah keluar, mereka berbondong-bondong merentas padang pasir panas itu tanpa rungutan. Bila arahan perang keluar, mereka keluar merentas padang pasir panas itu tanpa sebarang alasan. Malah, dalam peperangan Dzatur Riqa’, diriwayatkan bahawa kaki-kaki para sahabat ketika itu pecah-pecah sehingga perang itu sendiri dinamakan Dzatur Riqa’(kain perca) kerana para sahabat membalut kaki-kaki mereka yang pecah dengan kain perca.
Sungguh-sungguhnya mereka dalam mencapai makna kejadian mereka di atas muka bumi ini.
Bagaimana pula kita dalam mencapai makna kejadian kita di atas muka bumi ini?
Adakah kita sudah cukup bersungguh-sungguh dalam menjadi hamba ALLAH SWT?
Adakah kita sudah cukup bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan sebagai khalifah di atas muka bumi ini?
Adakah kita sudah cukup bersungguh-sungguh dalam menyebarkan agama ALLAH SWT?
Kadang-kadang, dalam kelas pun kita tidur. Ada masa, sehari suntuk kita tidak menyentuh Al-Quran. Solat kita, sengaja dilewat-lewatkan, malah ada yang tinggal terus. Ada waktu, kita sengaja melalaikan diri daripada ALLAH SWT. Ada ketika, kita lakukan kerja kita di pejabat bermain-main. Malah, ada manusia, menjalani kehidupannya seakan-akan kehidupannya itu tidak bermakna langsung untuka akhiratnya.
Ternyata, kalau kita bandingkan diri kita dengan Rasulullah SAW dan para sahabat yang merentas padang pasir gersang lagi panas itu, kita hanya kelihatan seperti anak-anak yang bermain-main dalam kehidupan ini.
Malunya…
Kita ini, belum cukup bersungguh-sungguh lagi sebenarnya.
Wacana Ilmiah Terbuka
1. Hari ini Dewan Pemuda Pemuda PAS Pusat telah menghantar surat rasmi kepada Pergerakan Pemuda UMNO untuk mengadakan Wacana Ilmiah secara Terbuka mengenai isu : Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan Dengan Islam .Kemelut politik: Nik Aziz ajak PM berdebat secara terbuka
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno dan PAS.
Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.
"Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara PAS dan Umno," katanya kepada pemberita selepas mengimamkan Solat Sunat Dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, di sini pagi ini.
Hadir sama pada majlis sempena sambutan Bulan Sembahyang itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Nik Aziz berkata, hasrat untuk mengadakan perdebatan itu dibuat berikutan tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah politik pada 21 Jun lepas, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.
Katanya, perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan.BERNAMA
KELANTAN Wujudkan DUN Organik Pertama
Salor, 3 Mei 2009. Kawasan Dewan Undangan Negeri Salor bakal menjadi DUN organik ulung di dunia. Begitulah hasrat yang terbuku di hati Ahli Dewan Undangan Negerinya, YB. Dato’ Haji Husam Musa yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan.
Dato’ Haji Husam yang menyandang portfolia sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan Negeri Kelantan melihat aktiviti pertanian secara organik mempunyai masa depan yang amat cerah kepada penduduk Salor selain daripada menjadikan Salor kawasan hijau yang dengan pencemaran yang minimum.
Berlandaskan matlamat Kebajikan dan Ekonomi, projek pertanian organik bagi DUN Salor ini diletakkan di bawah pertubuhan kebajikan SalorCare. SalorCare adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dinaungi oleh Dato’ Haji Husam sebagai platform untuk aktiviti kebajikan penduduk DUN tersebut.
Salorcare telah menubuhkan sebuah syarikat bernama Sunnah Tani Sdn Bhd (STSB) bagi mengendalikan aktiviti pertanian organik tersebut. Menurut Sdr. Mohd Nuri Mat Yaakob, Pengarah Eksekutif STSB sebanyak 20 ekar telah diperuntukan di Tunjung bagi dijadikan zon penanaman padi SRI secara organik.
Tapak yang dikendalikan oleh STSB ini, selain bertujuan komersial, ia juga bermatlamat menjadi kawah ilmu bagi penduduk Salor belajar dan memahami kaedah pertanian secara organik.
“Penanaman padi SRI secara organik adalah satu daripada kitaran dalam pelan induk Salor DUN Organik yang dirancang Haji Husam”, kata Mohd. Nuri.
Kitaran tersebut melibatkan pemeliharaan kambing, lembu dan arnab secara organik dimana najis haiwan itu akan digunakan untuk menghasilkan baja organik secara teknik kompos dengan dicampur dari bahan sisa buangan domestik.
Bagi mengetahui lembih lanjut atau menyumbangkan kepakaran kepada projek ini, anda boleh hubungi pengarah eksekutif STSB (Sdr. Mohd Nuri atau Sdr. Kamarulzaman) atau penyelia projek STSB,En Farif Othman di talian 09 701 1604.
Syam Ghaz: Berasaskan maklumat ini, Negeri Kelantan akan mengajar secara percuma mereka-mereka yang berminat untuk belajar bagaimanakah cara untuk membuat EM-1, baja bio-organik, anti-pestisid organik, pertanian organik dll. Ia adalah langkah bagi memastikan Kelantan Jelapang Makanan Negara 2015 nanti.Cukupkah Dengan Hujung Jari?

indahnya kenangan tika kecil
aku sedih
akhir2 ini perasaan sy jd xmenentu, xtentu arah, sedih n bercelaru. byk kejadian yg tidk diingini terjadi pd diri ini sejak mengharungi dunia selangor ini. maksiat sentiasa meniti d perdu mata mana pun tempt yg aku jelajahi dlm selangor ini...mood aku menjunam teruk.
aku rindukan kelantan serambi mekah, aku rindukan alunan azan yg bergema ditelingaku setiap kali waktu solat menjelang tiba, aku rindukan tok guru pd hari jumaat d sekolah atas temboknye, aku rindukan tok guru hamid d gunung,aku rindukan ayah sim, aku rindukan pengajian kitab d pondok pasir tumbuh,,,, aku rinduuuu!!!
inilah perasaan aku setiap kali maksiat datang meyelubungi segenap batang tubuh, begitu banyak dosa yg telah aku lakukan...... tp keadaan tidak mengizinkan aku pulang ke kampung, peraturan d tempat kerja begtiu keras. sepanjang 6bln praktikal ini hanya 8 hari sahja blh miss itu peraturan syarikat manakala peraturan kolejku adalah sepanjang 6bln ini hanya 2 hari shja!! blh miss.(absence).... stress, penat dan marah hadir sentiasa..........(bersambung)
