hidup ini wajip bertuhankan Tuhan
harta dan masyhor itu palsu kehidupan
Tuhan nan satu tidak memberi pilihan
hanya dia sebenar-benar Tuhan
selesai keputusan mahu hidup berTuhan
wajip pula ikut semua aturan
senang dan susah gigit dengan gigi garham
hidup ini memerlukan Tuhan
sultan tinggi diatas atau hamba rendah bawahan
sama rata yang dipisahkan iman
dimana-mana ada Tuhan
molekkan pekerti sopankan perbuatan
kerja jahat perlu jauhkan
bukan susah taatkan Tuhan
semua sudah nabi terangkan
hanya perlu redha lakukan
kepada diri sendiri aku berpesan
hidup dan mati kekallah berTuhan
kepada sahabat handai dan taulan
pilihan ada ditangan tuan
No comments:
Post a Comment