hati ku berbunga

hari jumaat yg cuti

menjelajah ketempat yg tak pernah aku lalui
itulah perkara yg aku lakukan bila tb hari cuti,hari sedih,hari boring
lari dr kebisaan hidupku dpt mencetuskan pelbagai idea segar yg tak pernah terfkir pun sblum ini...mencuci mata itulah kemestian

menjengok rumah2 yg tak pernah terfikir seni ukirnya
ada buruk,ada baru,ada usang,ada teguh,ada kayu ada batu
kwsan sekeliling rumah kmpg yg bersih,teratur,bersepah, dan bersemak

menelusuri jalan2 berliku dan berlubang
berbatu dan bertar(naik traf projek kmpg)
mengekori taliair yg entah mana penghujungny
terserempak dgn bdk2 mandi kat gate tali air yg deras
tah la bhya k tak,,dulu aku pun penagih mandi tali air jgk hihihi
blik umah msti kene rotan dek abah hehehe

meninjau aktiviti org kmpg lain
menebas lalang yg sentiasa tumbuh tak pernah sebaliknya,
mencerut rumput untuk bg mkn lmbu kesayangan,
mencantas btg2 phon senduduk yg tumbuh meliar

melihat hijaunya daun2 ciptaan yg maha Esa
sawah padi berombak dipukul angin
kdg2 terserempak dgn burung raja udang bertenggek pd pohon kering
mnunggu ikan timbul d permukaan air,,ada rezki dpt la mkn
tp sbenarnya burung itu tak pernah kelaparan
rezki tlh dtentukan oleh Ilahi yg Maha Pemurah

semua ini
membuatkn aku bersyukur panjang


ps; insyaallah lain kali aku akan kepilkan bersama gmbar

1 comment:

Cikli said...

kalau ada gambar, lagi nostalgik dan klasik tu bro