Mari Buat Ayat di Manik Urai

Gettok, gertok, ghetok = Jambatan

Contoh ayat:


1. Kalau nak gettok baru, mesti pangkah BN, gertak Muhyidin separa sedar siang tadi.


2. Nak buat gertok pong gertak! Protes seorang anak muda.
.
3. Ghetok gapo lagi ? Ghetok konkrit ada, ghetok keretapi ada. Tok soh nok gertak-gertak la, ke kawe kirim balik dengan Ekspress Wau malam ni ke. Murih seorang penoreh getah yang tengah penat. Nak balik menoreh pun jem, terutama atas ghetok.
.
4. Seorang nenek berteka-teki dengan Puteri Umno yang sedang mengempennya. Kalu betul, nenek pakoh dacing, janjinya. OK jawab puteri.
Woh gapo banyak air? Soal nenek.
Woh timung cina, jawab Puteri.
Saloh.
Woh nyor, jawab puteri lagi.
Saloh.
Dah gapo dio?
Woh gettok, jawab nenek. Tak jadilah nenek nak pakos kapal layar. Kata nenek lagi sambil gelak.
Nenek 1, Puteri 0.

Belum cukup bersungguh-sungguh.

petikan daripada- langit Ilahi

mereka, mempunyai kesungguhan hingga mampu merentas padang pasir... kita?mereka, mempunyai kesungguhan hingga mampu merentas padang pasir... kita?

Hidup kita, adalah satu ubudiyyah(pengabdian) kepada ALLAH SWT. Bukanlah bermakna kita hanya duduk di masjid melakukan solat, zikir, baca Al-Quran semata-mata sepanjang masa, tetapi hidup sebagai ubudiyyah ini adalah menjadikan kehidupan kita, pekerjaan kita, pelajaran kita, sistem hidup kita, bergerak dan berjalan di atas landasan yang dikehendaki ALLAH SWT.

“ Dan tidak AKU ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk berubudiyyah kepadaku” Surah Adz-Dzariyat ayat 56.

Kita faham bahawa kita datang daripada ALLAH SWT, dan pulang juga kepadaNya. Kita faham bahawa setiap amalan kita akan dikira oleh ALLAH SWT. Kita juga tahu bahawa, kebahagiaan kita di akhirat nanti, adalah bergantung kepada rahmat dan kasih sayang ALLAH. Justeru, matlamat keberadaan kita di dunia ini adalah hanya sa-nya untuk mendapat keredhaan ALLAH SWT.

Namun, sejauh mana agaknya, kita telah bersungguh-sungguh dalam mencapai matlamat kehidupan kita di dunia ini?

Semasa saya bertolak dari Mudzalifah ke Makkah, saya sering memandang ke luar bas. Yang ada di kiri dan kanan jalan raya adalah tanah gersang, penuh dengan batu-batu. Kepanasan suhu di sana terasa, walaupun saya berada dalam bas yang mempunyai penghawa dingin.

Saya yang dalam perjalanan hendak mengerjakan umrah ketika itu, tiba-tiba terfikir akan Rasulullah SAW dan para sahabat.

“ Aku sekarang sedang berada di tengah-tengah perjalanan mereka”

Kata-kata itu menusuk kalbu saya.

Saya seakan-akan melihat betapa Rasulullah SAW dan para sahabat lalu, melalui tanah-tanah gersang ini, dalam keadaan suhu yang teramat panas, untuk menyebarkan ISLAM dan menjaga deen ALLAH SWT.

Dari Madinah ke Makkah, mengambil masa 8 jam perjalanan dengan menaiki bas. Saya tersenguk-senguk dan kebanyakan masa habis dengan tidur kerana keletihan. Saya teringat akan Rasulullah SAW yang berhijrah melalui arah yang bertentangan, dari Makkah ke Madinah, dengan sahabat setianya Abu Bakr RA. Mereka berdua melalui tanah gersang yang sama, tetapi mereka tidak mempunyai penghawa dingin seperti saya.

Kita manusia, hidup dalam kesenangan, penuh dengan kemudahan. Tetapi, sejauh manakah kita menggunakan kesenangan dan kemudahan kita itu untuk taat kepada ALLAH SWT? Sejauh manakah agaknya, kita telah menggunakan kesenangan dan kemudahan yang kita ada itu untuk menyebarkan agama ALLAH SWT? Sejauh manakah, kita menggunakan nikmat yang ada pada kita ini untuk mencapai makna kejadian kita di atas muka bumi ini?

Bila saya fikir-fikirkan semula, saya rasa malu dengan Rasulullah SAW dan para sahabat seangkatan dengan baginda. Kita semua tahu akan peristiwa hijrah, saban tahun kita menyambut awal Muharram, tetapi sejauh mana kah kita bersungguh-sungguh mengamalkan ajaran Rasulullah SAW dalam kehidupan kita? Sejauh manakah kita memahami ISLAM dalam kehidupan kita? Sejauh manakah kita mengenali ALLAH dalam kehidupan kita? Sejauh manakah hubungan kita dengan ALLAH SWT?

Sungguh-sungguhnya Rasulullah SAW, sehingga sanggup merentas padang pasir gersang nan panas. Adakah ketika peristiwa hijrah itu, baginda semata-mata hendak menyelamatkan dirinya sendiri?

Tidak. Sama sekali tidak. Rasulullah SAW ketika itu hendak menyelamatkan deen ISLAM dari terus ditindas, baginda ketika itu hendak menyelamatkan ISLAM dari terus disekat. Hajat baginda, baginda inginkan lebih ramai lagi manusia merasai keindahan ISLAM, hidup dalam keadilan ISLAM, hidup dalam keluasan ISLAM, hidup dalam kebahagiaan ketundukan seorang hamba kepada RABBnya.

Atas dasar cintakan ummat, inginkan agar ummatnya merasai kebahagiaan sebenar dalam kehidupan, baginda merentas padang pasir gersang lagi panas bersama sahabatnya, Abu Bakr RA. Baginda tidak pula terus bergegas ke Madinah, tetapi bergerak ke arah Yaman terlebih dahulu, kemudian bersembunyi di Gua Tsur selama 3 hari, dan kemudian baru bergerak ke utara, menuju ke arah Madinah.

Adakah ada kipas di sisi baginda? Adakah ada penghawa dingin bersama baginda? Tidak. Malah, nyawa baginda menjadi taruhan apabila Quraisy Makkah menawarkan 100 ekor unta kepada sesiapa yang berjaya membawa pulang Rasulullah SAW hidup atau mati. Tetapi, kesungguhan baginda tinggi dalam mencapai erti perutusannya, membuatkan baginda tabah, tenang, dan sabar dalam menempuh dugaan. Padang pasir yang gersang tambah panas itu, baginda rentasi dengan kekuatan.

Manusia-manusia bersama baginda, juga mempunyai rasa yang sama seperti baginda. Mereka bersungguh-sungguh dalam ketaatan mereka kepada ALLAH. Bila arahan hijrah keluar, mereka berbondong-bondong merentas padang pasir panas itu tanpa rungutan. Bila arahan perang keluar, mereka keluar merentas padang pasir panas itu tanpa sebarang alasan. Malah, dalam peperangan Dzatur Riqa’, diriwayatkan bahawa kaki-kaki para sahabat ketika itu pecah-pecah sehingga perang itu sendiri dinamakan Dzatur Riqa’(kain perca) kerana para sahabat membalut kaki-kaki mereka yang pecah dengan kain perca.

Sungguh-sungguhnya mereka dalam mencapai makna kejadian mereka di atas muka bumi ini.

Bagaimana pula kita dalam mencapai makna kejadian kita di atas muka bumi ini?

Adakah kita sudah cukup bersungguh-sungguh dalam menjadi hamba ALLAH SWT?

Adakah kita sudah cukup bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan sebagai khalifah di atas muka bumi ini?

Adakah kita sudah cukup bersungguh-sungguh dalam menyebarkan agama ALLAH SWT?

Kadang-kadang, dalam kelas pun kita tidur. Ada masa, sehari suntuk kita tidak menyentuh Al-Quran. Solat kita, sengaja dilewat-lewatkan, malah ada yang tinggal terus. Ada waktu, kita sengaja melalaikan diri daripada ALLAH SWT. Ada ketika, kita lakukan kerja kita di pejabat bermain-main. Malah, ada manusia, menjalani kehidupannya seakan-akan kehidupannya itu tidak bermakna langsung untuka akhiratnya.

Ternyata, kalau kita bandingkan diri kita dengan Rasulullah SAW dan para sahabat yang merentas padang pasir gersang lagi panas itu, kita hanya kelihatan seperti anak-anak yang bermain-main dalam kehidupan ini.

Malunya…

Kita ini, belum cukup bersungguh-sungguh lagi sebenarnya.

Wacana Ilmiah Terbuka

1. Hari ini Dewan Pemuda Pemuda PAS Pusat telah menghantar surat rasmi kepada Pergerakan Pemuda UMNO untuk mengadakan Wacana Ilmiah secara Terbuka mengenai isu : Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan Dengan Islam .

2. Surat ini telah diterima oleh Yb. Dato' Razali Ibrahim selaku Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di Lobi Parlimen sebentar tadi bagi menggantikan Yb. Khairi Jamaludin yang tidak dapat hadhir .

3. Dewan Pemuda PAS Pusat meletakkan tempoh selama 7 hari dari tarikh penyerahan surat tersebut untuk mendapatkan jawapan dari Pergerakan Pemuda UMNO .

3. Ianya mestilah diadakan secara terbuka dan Pemuda PAS mengharapkan agar ia turut dapat disiarkan secara langsung oleh Televisyen Malaysia .

4. Insyaallah , Dewan Pemuda PAS Pusat akan mewujudkan satu Sekteriat Khas sebagai jawatankuasa pelaksana ke arah menjayakan Wacana Ilmiah tersebut . Jawatankuasa Khas ini akan membincangkan mengenai format Wacana Ilmiah tersebut demikian juga mengenai tarikh , tempat dan masa .

5. Saya sertakan kandungan surat rasmi Dewan Pemuda PAS Pusat kepada Khairi Jamaludin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di sini .

Kepada :

Yb. Sdra Khairi Jamaludin
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Ibu Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Tingkat 28 , Menara Dato' Onn
Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur .

Saudara Yb.

WACANA ILMIAH TERBUKA :
BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM

Perkara diatas adalah dirujuk

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat dengan ini mengajak Yb sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengadakan Wacana Ilmiah Terbuka mengenai isu yang tercetus mutakhir ini berkait dengan perjuangan UMNO , benarkah ia tidak bertentangan dengan Islam .

Saya mencadangkan kepada pihak Yb. untuk kita berbincang secara terbuka dengan mengemukakan 4 [ empat ] wakil daripada Pemuda UMNO dan 4 [ empat ] wakil daripada pemuda PAS .

Saya menyerahkan pemilihan tarikh , tempat dan masa yang sesuai kepada pihak Yb. dan mencadangkan supaya ianya diadakan langsung di mana - mana saluran televisyen .

Saya berharap Yb. dapat memberikan jawapan dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini .

Sekian Terima Kasih

Yang Menjalankan Amanah

Nasrudin bin Hj. Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat .

s.k ; Setiausaha Agung PAS