2010

permulaan baru dlm kehidupanku dipadatkan dgn pelbagai projek segera...
huh..penat sungguh ketika tubuh ini asyik mengejar impian namun disamping itu juga aku perlu memenuhi minat yang tak dapat ku elakkan...

jd....

selamat menyambut maal hijrah dan tahun baru buat sahabat mayaku

Ita janji tak buat lagi..Abah.. bagilah balik tangan Ita..!!

"Ita berjanji tak buat lagi..."

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,l akaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !"

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masu ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.

Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraungdia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya ...

ummi..

' sayang anak sepenuh hati...sayang harta ala kadar cukup..harta takkan mendoakan kita bila sudah tiada di dunia..'

kisah :- Khalifah Umar Bin Abdul Aziz

1. Khalifah Umar Bin Abdul Aziz Dan Lilin Negara




Pada Suatu malam datang seorang utusan dari salah satu daerah dan sampai di depan pintu rumah Khalifah menjelang malam. Setelah mengetuk pintu seorang penjaga menyambutnya. Utusan itu pun mengatakan, “Beritahu Amirul Mukminin bahwa yang datang adalah utusan gabenornya.” Penjaga itu dan memberitahu Umar yang hendak masuk tidur. Umar pun duduk dan berkata, “Izinkan dia masuk.”



Utusan itu masuk, dan Umar memerintahkan untuk menyalakan lilin yang besar. Umar bertanya kepada utusan tersebut tentang keadaan penduduk kota, dan kaum muslimin di sana, bagaimana kelakuan gabenor, bagaimana dengan harga, bagaimana dengan kanak-kanak, orang-orang muhajirin dan anshar, para ibnu sabil, orang-orang miskin. Apakah hak mereka sudah ditunaikan? Apakah ada yang mengadukan?



Utusan itu pun menyampaikan segala yang diketahuinya tentang kota tanpa ada yang disembunyikannya kepada Khalifah.



Semua pertanyaan Umar dijawab lengkap oleh utusan itu. Ketika semua pertanyaan Umar telah selesai dijawab , utusan bertanya kepada Umar.
“Ya Amirul Mukminin, bagaimana keadaan dirimu sendiri ?, Bagaimana keluargamu, seluruh pegawai dan orang-orang yang menjadi tanggung jawabmu ? . Umar pun kemudian dengan serta merta meniup lilin tersebut dan berkata, “Wahai pelayan, nyalakan lampunya!” Lalu dinyalakannlah sebuah lampu kecil yang hampir tidak boleh menerangi ruangan karana cahayanya yang teramat kecil.



Umar melanjutkan perkataanya, “Sekarang bertanyalah apa yang kamu inginkan” . Utusan itu bertanya tentang keadaannya. Umar memberitahukan tentang keadaan dirinya, anak-anaknya, isteri, dan keluarganya.



Rupanya utusan itu sangat tertarik dengan perbuatan yang telah dilakukan oleh Khalifah Umar dengan mematikan lilin. Dia bertanya, “Ya Amirul Mukminin, aku melihatmu melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan.” Umar bertanya, “Apa itu?”



“Engkau mematikan lilin ketika aku menanyakan tentang keadaanmu dan keluargamu.”
Umar berkata, “Wahai hamba Allah, lilin yang kumatikan itu adalah harta Allah, harta kaum muslimin. Ketika aku bertanya kepadamu tentang urusan mereka maka lilin itu dinyalakan demi kemaslahatan mereka. Begitu kamu membelokan pembicaraan tentang keluarga dan keadaanku, maka aku pun mematikan lilin milik kaum muslimin.”



Subhanallah, Segitu besar kesungguhan Umar dalam menjaga harta kaum muslimin.



2. Surat Khalifah Umar Kepada Gabenor Iraq

Abu Ubaid mengisahkan, Umar bin Abdul Aziz mengirim surat kepada Hamid bin Abdurrahman, yang pada waktu itu menjabat Gabenor Iraq agar membayar semua gaji dan hak-hak rutin di provinsi itu. ‘’Saya sudah membayarkan semua gaji dan hak mereka. Namun di Baitul Mal masih banyak wang”. Khalifah Umar memerintahkan. ‘’Carilah orang yang banyak hutang tetapi tidak mampu bayar hutang. Berilah ia wang untuk melunasi hutangnya.’’



Abdul Hamid kembali mengikuti kata Kalifah Umar. ‘’Saya sudah membayar hutang mereka, tetapi di Baitul Mal masih banyak wang.’’ Khalifah memerintah lagi. ‘’Kalau ada orang yang tidak memiliki harta, lalu dia ingin menikah, nikahkan dia dan bayarlah maharnya.’’ Abdul Hamid sekali lagi mengikuti kata Khalifah, ‘’Saya sudah menikahkan semua yang ingin nikah. Namun, di Baitul Mal ternyata masih banyak wang.’’





macam negeri dalam kisah dongeng rakyat .. negara yang aman, tenteram, sejahtera .. terus segala sesuatunya selalu mencerminkan ajaran agama.. inilah Kisah Teladan Umar Bin Abdul Aziz. Allahuakbar

maafkan daku

hampir 3minggu sy tak menjengok blog sy ni apatah lg nak upload sbrg posting..
asbabnya adalh skrang ni sy dok kat kmpung, internet kat pjbat dun plak no connetivity..
adus pusing kepala sy... klau nak dkira byk agenda sy nak tulis tp simpan punya simpan smpai k hari ni dah hilang plak...hehe

mohon maaf kpd smua sahabat maya

aku tak mampu pergi jauh

berpeleseran di pasir tumbuh lagi enak dari menjelajah bumi asing,
orang kata muda-muda ni kite kene keluar cari pengalaman... ahh lantaklah!!
aku lebih selesa dengan diri ini, walaupun xsegagah dulukala, namun aku tetap sayang tubuh.

sebenarnya aku takut hanyut
aku takut terjerumus,
aku takut tertimbus,
aku takut hilang akal,
aku takut sesat,
aku takut makin jauh,
aku takut melencong,

..... dari landasan ILAHI

aku dah lalui 6 bulan di bumi kl

Mempelbagai Sumbangan Sedekah

MUSLIM yang bersedekah, menderma dan menginfak harta semata-mata kerana Allah SWT akan menerima ganjaran besar di akhirat nanti. Firman Allah SWT, dalam surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya”.

Usaha menginfak harta bukan hanya difahami dalam konteks yang biasa dilakukan masyarakat kita, iaitu memberi sumbangan kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim, pembinaan masjid serta surau dan sebagainya. Kita boleh meluaskan ufuk pemikiran kita mengenai konsep infak ini apabila kita menyumbangkan sedikit harta kurniaan Allah SWT itu untuk pembangunan dan pembinaan minda, intelek, fizikal, sosial dan emosi umat dan masyarakat.

Ini termasuklah pembinaan institusi pendidikan, kesihatan, aktiviti penyelidikan ilmiah dan sebagainya. Melalui ayat 262, surah al-Baqarah, Allah SWT mengingatkan bahawa hasrat untuk menginfak kurniaan Allah SWT seperti yang dinyatakan dalam ayat sebelumnya itu perlu mematuhi syarat tertentu agar ia mencapai tahap dan piawaian keredaan Allah SWT.

// //

Kegiatan infak harus berlandaskan keikhlasan tanpa ada unsur riak, mengungkit-ungkit pemberian dan menyakiti perasaan serta emosi penerima. Pemberian seperti itu tidak memberi makna apa-apa dan tidak bernilai di sisi Allah, seperti yang ditegaskan, “Wahai orang yang beriman, jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir” (al Baqarah: 264).

Tuhan selamatkan aku

terima kasih Allah

weekand lps aku g jln2 rmh abang di shah alam.. ari jumaat pegi n niat nak blik ari ahad malam,

n pg ahad yg aku niat nak blik kuantan malam tu aku pegi la beli tiket kat stesen bas shah alam...
lps parking motor aku menghala kaki menuju ke kdai jual tiket

time jalan 2 aku terpijak lopak air menyebabkan kaki aku sdikit basah tp aku terus gak jalan
n lps 2 3 lgkah aku hayung kaki untuk lgkah strusnya untuk buang slipar, aku tarik balik kaki ayam aku tu n kesat bekas2 air td kat hujung sluar

dan tiba2 bas brek mengejut btul2 dpn aku, tergamam!!,mgkn sejengkal dari badan aku dan aku lihat slipar yg dibuang td btul2 kat bawah bas...


trima kasih byak Ya Allah

dezrimi son



khusus untuk khas

jimmy bionik

hihi... gua ketawa dulu deh

ptg td time gua pg main bola kat padang `gurun`(gua pkai ksut futsal je) syg weh nak pkai kasut bola maklumlah padang tu tanah keras dan penuh dgn batu..rmput pun jrang2

gua disapa oleh bbrape budak yg kebetulan tgah bermain kat situ
budak a: "eh tgk abg ni mcam jimmy la"
budak b: "ha`ah jimmy lam citer bionik kan"
gua : "ye la, abg dah la yg berlakon lam citer bionik tu" (hihi berlagak skit,apa lg gua ambik ksmpatn la)

pdahal gua xtknl pun jimmy mana.. gua xtgk tb da.. xrock tgk citer mlyu ni.. cam gampang pun ada rs.
berjalan smbil kembang lubang hidung. 00

gua: "ptg abg main bola mlm ni abg g ar kl berlakon smula..hihi"(tmbah lakonan)
budak c: "oooo... "
budak a: "nak mntak autograf bleh?"
gua: "jap, abg nak main bola ni,nnti hbis mai la"(lam hati:btul ke muka gua cam jimmy, ops slp muka jimmy cam gua la.lantak lah....)

tak berkedip diorang tgk gua..kelakar pun ada gua rs lam hati.tp xleh ketawa kuat2 nnti lakonan gua hancus

budak b: "bleh x abg guna kuasa abg untuk padamkan api tu.." (smbil jari budak c menghala kearah api di sbelah padang)

tah pakcik mana bkar smpah kat tp pdang tu.tak berfikiran green sgguh pakcik tu...ptut la dunia ni panas,pakcik ni yg bakar upenye

gua: "nnti r dulu abg nak main bola ni.mlm nnti abg padm"(msih berlakon)

budak c: "kan mlm ni abg nak pegi kl" (lam hati gua:ish budak ni btul2 percaya deh,)
kuat gak pengruh tb kat budak2 ni...

gua senyap
"pak!!" gua sepak bola smbil kontrol macho
referee tiup wisel dan sepak bermula......(xde pun sbnarnye)
.
.
.
referee tiup wisel lg, gua bengang apa ni ref!!? referee tnjuk jam.
gua: laaa dah abis masa rupenye.hihihi

dah dekat nak pkul 7

abis...

2 3 ari yg lps ada mmber gua ckp muka gua cam jimmy bionik tp gua xpcy, mengrut sume tu ckp gua....
tp prstiwa ptg td mguatkan lg hujah mmber gua tu...

mlm ni kebetulan bionik akan mncul lam tb hahaha jd gua g kafe tuk tgk tb untk mngesahkan lg desakkan budak2 td n mmber gua....

tp hampa bru je stat cite tu lbh kurang 5mnit,mmber kolej gua masuk...sdp2 j tgn dia tukar channel...

terbkar gak hati gua, tp xla smpai bleh tgk dr luar tbuh gua(terbkar dlm je) nak je gua kuarkan api dr tngn dan hala kat mmber gua tu..,huhu biar laa dap main tenet g.... maka dgn itu terbitlah posting ini. elok gak kwn gua tukar chnnel td.

dulu

dulu aku dekat dengan tuhan,
dulu aku sanggup bersengkang mata tahajud malam,
dulu hati ini mudah tersentuh,
dulu mulut ini dibasahi zikir,
dulu kaki ini menelusuri sentiasa jln ke masjid,
dulu motor aku jd mangsa ke surau,
dulu telinga ini dibisingi ceramah agama,
dulu pelikat sentiasa baluti tubuhku,
dulu perasaan penuh gembira,
dulu kitab jawi menemani ketiakku,
dulu kopiah melindungi kepalaku,
dulu mata ku sentiasa terjaga,

dulu hidup ku sangat bermakna,

dulu
dulu
dulu.....

ya tuhan kembalikan dulu aku....... harap dengan sangat!

Atong dan Pak Mat Kastam

Atong melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakang Atong. Pak Mat Kastam menahan Atong dan bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab Atong.

"Turun dari basikal!, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, Atong di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawa Atong memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. Atong dibebaskan. Pasir kepunyaan Atong di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia.

Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya, "Apa yang kau bawak?" "Pasir" kata Atong. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg Atong tak ada benda lain selain pasir semata-mata. Atong dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama setahun. Pada suatu hari Atong tak muncul di sempadan. Pak Mat Kastam merasa pelik kerana Atong tak pernah tak melintas sempadan walaupun pada cuti umum. Suatu hari Pak Mat Kastam terjumpa Atong di sebuah pekan.

"Atong" tegur Pak Mat Kastam, "Aku tau kau ada seludup sesuatu. Aku tak boleh tidur memikirkannya. Ok lah antara kita berdua, kau dan aku, sebenarnya apa yang kau seludup?"

"Basikal", jawab Atong ringkas.


penat tapi gembira

itulah ungkapan yang paling sesuai

sabtu-majlis eidulfitri pas kawasan kubang kerian di sekolah menengah ugama arab yunusiah
-bermula lepas insyak.
gua pegi sblum ngorik sebab kene bertugas,hehe
gua bertolak dengan motor pok sdara bersama dgn adik gua,
dekat nak smpai azan ngorik kedengaran,,,xsempat da takbir ratulula,,,
nak tau nape..tersalah masuk cabang daa...

masuk je dalam balaisaf tu, kelihatan ramai `tentera merah` berada di saf belakang,, lewat jugak diorang.hehe...biasa la remaja katakan(kami disuruh pakai baju unit amal)...

gua:eh ada gak orang pakai baju briged amal
adik gua:hehe budak baru tu,

gua dan adik gua pakai baju unit amal


selesai maye tugas bermula,,,,,
orang ramai tak ramai lg,sementelah itu van pagar meluru masuk...

"angkat2,,puyok gulai dah sampai da" ni la kerja tentera merah..."

angkat puyok,susun kusi,beli air batu,ngila....,angkat sofa,tengok ore bekki lampu lilak,punggoh air,bual2 kosong,salam salaman dgn ustaz,tolong muslimat,kacau air, tuang air dalam baldi besar,jeling2 nisa`,....hehehe

itulah antara kerja pok kami pada malam tu,,, walaupun sedikit penat tp dalam hati penuh guumbira...raya katakan.hehe

tp yang paling sonok time bagi hamper
-just untuk kanak2-
nak tau nape,,ramai yang mengerumini kami tuk dptkan hmper tu,,,
-yg tak sempat ambil atas pentas td-

gua shak ada yg dah ambil tp mai lg,, gua bg je malas nak kecek banyak,

tp yg bukan kanak2 pun ramai gak mai ambil
antara hujjah yg tak dpt disangkal

"makcik nak so(satu) anak makcik kat umah nu",
"wat mai 2 hamper cucu mokcik dok drumah xleh mari",
"kat mana tandas dik? eh apa tangan adik tu,acu nak tegok" soal makcik..hehe,
"ibu! abang ni xbg!" laaa adik ni dok jegak tp tu td lg upe2nya nak hamper, xprasan plak gua..
"nah ambik ni",
"nak catu" adik kecil bersuara, gua bg tp gua shak dah banyak kali dia dapat...,

sonok!!! sonok!!! melompat hati gua macam2 ragam manusia bleh dilihat, inilah bunga2 kehidupan...

MAJLIS BERLANGSUNG PENUH KEMERIAHAN
YB KAWASAN KUBANG KERIAN SMUA DATANG

jam mnunjukkan pkul 1130...gua pun cau...ada keje lain tek.....

cerita raya

kisah dicedok daripada olahan kawan gua kamal antara kawan yang tak pernah kering gusi bercerita...

lucu, berair mata, lenguh king(gusi), ngila, dan suko kerah ado blako...


"brehi minum kopi"

ada 2 beranak iaitu ayah dan anak yang suka sgt minum air kopi,
satu hari dia pergi ke stesen keretapi untuk memulakan perjalanan jauh,
sampai je kat stesen, keretapi tu sedang berhenti,

ayah: "kita minum kopi dululah"
anak: "bleh gak"

sedang asyik minum kopi keretapi hendak bergerak

anak: "gane ni?"
ayah: "perabih kopi dulula"

keretapi bergerak

ayah:"jom kite hambat(kejar)"
anak: "jom"

2 beranak tu mengejar keretapi.....
akhir sekali si anak sempat berpaut pada keretapi,ayah tak...
maklumlah ayah seorang tua,xsempat le...

hm, xdpt nak buat apa2 si anak atas keretapi tu bleh lambai tgn je la...
-mereka berpisah- ayah kembali ke stesen

ayah termenung di bangku dan menangis..... berhenti dan ketawa pula
....penjual kedai pelik

penjual: "nape pakcik nangis?"
ayah: "sy terharu kerana itu lah kali pertama anak sy naik keretapi"
penjual: "abis nape ketawa pulak?"
ayah: "yang nak naik keretapi sebenarnya adalah saya,bukan dia, dia datang hantar je"



p/s:hehe ngila keras gua

ku tak ada duit..




"duit bukan segala-galanya,
tapi segala-galanya duit,"

demikianlah ungkapan misteri dari seorang tok guru di kelantan: nik aziz

entahlah apa kene mengena dgn gua...

RAYA!! RAYA!!

bUAT teMan AlAm mAya ini...
ku yG bErbaJu kUning

hehe tu tema raya tahun lepas...da



















I wish all Muslims, especially my friends .......

Selamat Hari Raya Aidilfitri !


hanya ada di Kelantan..tiada di tempat lain...


Alangkah sejuknya mata memandang..hati2 akan tersentuh bila melihat peringatan2 yang seperti ini..difahamkan idea datang dari TGNA sendiri untuk membuat papan iklan yang bermasej ini..
semoga TGNA sentiasa dalam rahmat Allah..




alhamdulillah

gua dah tiba di kampung kul 5pg td, sempat gak la shur kat umah dgn umi tersayang..hehe
terasa tenang bila bas memecut melepasi sempadan trengganu memasuki negri serambi mekkah yakni masuk klate da..
hati gua gembira!berbunga!

lps je solat subuh pg td gua g hantar adik d skolah maahad tino dan strusnye mmecut perlahan
(motor xleh naik laju hehe) ke airport p.chepa untuk hantar p.sdara naik kapal g umrah...

blik dari sana gua singgah d supermarket nirwana d k.kerian yg baru dibuka, cun gak la
pasar tu...

tghari!
panas!
dan
penat!!

zhor rs nana je mujur tak rebah j,,n kodho tido la pah tu.hehe

lps asar trus kena tadarus ganti abah gua kat surau pohon mesta bersama yb pasir tumbuh,
snok dgar ustaz maliki mengalunkan bacaaan ayat al quran yg d khususkn oleh kerajaan negri
siap dgn tafsir strusnya ustaz syairozi menterjemah bberapa ayat dr bacaan tersebut,,

terubat gak rindu gua kat ceramah agama dr ustaz pondok..syukur!!

slpas ustaz syairozi slsai maka yb baihaki mengmbil alih..
ni berita terkini gua dgar dr mulut beliau ketua penerangan pas nergi klate,,

"tok guru bisik ko dia : bo (berhenti) buat debat,ceramah,forum antara pok kito(islam). kita kene ubah kpd forum antara kito dgn non muslim plak,, dan tajuk cadangan tok guru adalah `dimana tidak kena dengan islam ataupun dimana kurangnya islam?`"

ps: hebat cadangan tok guru kan

KITA NANTIKAN KEMUNCULAN FORUM TERSEBUT!!

MeLAYU Islam Yang Bodoh Nak Berubah...

Kalau Islam jer rasanya tak ler bodoh.. tapi ini

MELAYU (ISLAM) YANG BODOH NAK BERUBAH..! BODOH NYA BANGSA KU SENDIRI.

Memang betul ler bodoh.. sapa suruh terima syarat semasa pi melutut kat british nak minta kemerdekaan.? nak sangat merdeka, setuju jer dengan syarat supaya orang cina dan india dikekalkan sebagai rakyat malaysia.. sapa yang bodoh tu.. melayu ler kan.. kan.. kan... Islam tapi tak macam Islam.. melayu Islam..

Bacalah sejarah dan cuba fikirkan mengapa hanya parti UMNO yang dibiarkan bebas oleh Inggeris dan parti-parti lain yang mendapat sokongan besar diharamkan dan pemimpin mereka dipenjara (ISA) oleh Inggeris.

Mengapa Tunku Abdul Rahman tergesa-gesa merundingkan kemerdekaan Malaysia dengan Inggeris pada masa yang sama Ibrahim Hj. Yaakub (pemimpin yang disenangi oleh kebanyakkan orang melayu) berada dalam penjara.

Pejuang Islam ramai yang dibunuh dan diburu oleh pihak Inggeris.. seperti Tok Gajah, Mat Kilau, Tok Janggut yang diseksa mayatnya selepas dibunuh.. Hj. Abdul Rahman Limbong, peguam yang dibuang negeri ke Mekah. Dato Bahaman.. semuanya diburu, dipenjara dan dibunuh.. lenyap seketika semangat melayu...

Semangat kemerdekaan tercetus semula sebaik Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaludin, dan Hj. Abas Taha (kesemuanya lulusan Al-Azhar).. mencetuskan pembaharuan dalam Islam dan melahirkan tokoh seperti Ibrahim Yaakub yang mendapat didikan di Maktab Perguruan Sultan Idris.

Semuanya berjalan lancar hinggalah kedatangan Jepun dan kembalinya Inggeris selepas Jepun menyerah kalah.. pihak Inggeris menyedari betapa kuatnya pengaruh Islam yang tercetus dalam pejuang kemerdekaan.. semua pemimpin yang berlatar belakang Islam ditangkap, dipenjara, dan parti mereka diharamkan.. dan diganti dengan UMNO.. hinggalah hari ini..

UMNO sebenarnya adalah waris penjajah untuk menjaga kepentingan mereka di sini.

Sumbangan - lah68 ripen

:::Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya ::::

Salam kengkawan..ape khabar hari nie?..moga semua ok2 saje hendaknya..amin..:)
dekat bwh nie ada cerita teladan yg boleh kita kongsikan bersama..
kali nie aku janji...tak buat lawak lagi tau, cm hari tu..he3
cuma diharapkn jgn ada yg menangis pulak..nanti ngadu kat za batal puasa lak..:P
meh2 kita baca email dari seorang kwn eiza nie yer..:))


Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara..Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik, kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye?....Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama. Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian.
Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim..Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kampung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri.. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.
"Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi!... Engkau rupanya!... Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa.
"Aku tunggu kau baliklah!.. Wah!.. Orang UK!.. Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya.
"Biasa la! zaman beredar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga kebawah... Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang.
"Apa kena dengan kau ni?.. Apasal kaki kau tu?.. Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.Naim kelihatan murung.
"Aku memang ada masalah pun.. Eh!.. kau ni terus balik rumah ke?"..Naim mengubah topik.
"Cadangnya gitulah!"... " Ala! singgahlah rumah aku dulu!.. Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!".. pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim!.. Pagi esok aku balik la!
..boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh?.. Kau duduk sorang je ke?.. Mana mak ayah kau?.. Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang. "Inilah! nasib aku malang betul Iz, lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku!.. Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang. Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!".. Terkejut Raiz mendengar cerita Naim..
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!".. Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh.
Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang .
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau? Tak peduli aku makan ke, minum ke!.. sakit ke!.. matipun diorang mesti tak ambil peduli!".. Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan
"Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum.
"Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye!.. Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!
"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye.. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki..Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecildan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..
"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat- pisat Raiz bangun.
"Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya.
"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?"..Raiz memerhatikan sekelilingnya. . Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering.. Hanya daun-daun kering yang bertaburan.. Di tepinya terpacak batu nisan.. Raiz melompat bangun.. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan, ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.

"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak.... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segeramengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2008.. Raiz terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!!.. Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada!.. Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.." terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi
pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.
"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah.
"Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana!..



moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya khabar...

fastaqim kama umirta [11:112]

hasil tangan Liyana http://yeannanonikki.blogspot.com/

assalamualaikum....

dah lama saya tak update blog. tahu2 saja la. budak ausmat. sibuk memanjang. tak ada masa nak buat benda lain.


baru-baru ni saya ada test untuk setiap subjek dan markah untuk setiap satunya akan diambil kira sebagai carry mark untuk internal assassement. haih. saya sangat tak puas hati dengan markah saya. walaupun masih di tahap OK tapi markah saya dari tahun asyik menurun saja. kalau berterusan habis la saya. sebab itu saya makin takut. macam mana kalau tak dapat pergi Australia. sedihnya.

apabila difikirkan balik, ini salah saya juga. diri saya yang menjadi punca markah test makin teruk dan hidup makin terumbang-ambing. dan perkara ini la yang saya nak cerita hari ini.
sebenarnya banyak kali dah saya terfikir pasal perkara ini. dari awal tahun lagi, tapi usaha ke arah memperbaiki masih kurang.

saya banyak kali terfikir kenapa markah saya asyik berkurang dan saya selalu buat kesilapan yang saya patut tak lakukan walaupun saya dah baca, ulang kaji dan buat latihan. saya sangat pelik. biasanya kalau saya dah buat latihan dan belajar betul-betul insyaAllah saya boleh jawab latihan dengan betul. tapi ini tidak. ketika test, saya kadang-kadang boleh jadi blank atau blurr tiba-tiba. tak tahu apa yang jawapan yang sesuai untuk soalan itu walaupun bila diingatkan balik rupanya saya tahu jawapannya.

saya juga banyak kali terfikir kenapa saya selalu penat, penat yang luar biasa. tiap-tiap hari penat. ya saya mengaku. saya selalu tidur lambat. pemakanan saya tidak betul. saya tak bersukan langsung. semua ini memang menyebabkan badan saya lemah, tapi sebenarnya hidup di KISAS lebih menyeksakan daripada sekarang.

bayangkan, kelas saya dari pukul 7 pagi sampai 3 petang, kemudian ada kelas prep dari 3 30 sampai 5 00. setiap petang kena bersukan kemudian malam harinya, ada kelas prep lagi sampai pukul pkul 11. tapi bukannya pukul 11 saya dapat tidur. kerja sekolah yang bertimbun perlu disiapkan, baju perlu dibasuh, buku perlu dibaca untuk pembelajaran keesokan harinya. paling awal, saya akan tidur pukul 1 pagi dan perlu bangun selewat-lewatnya pukul 5 30 untuk solat subuh berjamaah. tambah tambah kalau hari itu berpuasa. sepatutnya lebih penat. tapi tidak juga. sekarang sangat penat. kadang-kadang nak pegang pen pun tak larat.

satu lagi, saya rasa sangat tak tenang sekarang. takut. cuak. semua perasaan itu bercampur-aduk. tak tenteram. jiwa kacau. tanpa diketahui sebab-sebabnya, saya tiba-tiba boleh rasa takut macam ada perkara buruk akan berlaku. padahal itu cuma mainan perasaan saja. tak ada apa-apa yang berlaku pun.

dah banyak cara saya guna untuk membuang segala kacau bilau yang berlaku dalam hidup sekarang. saya cuba untuk menjadi lebih rajin daripada biasa. saya kurangkan waktu main saya, saya kurangkan masa untuk hobi kesayangan saya -tengok movie- tapi saya juga kadang-kadang tengok move kerana gian dan melepaskan beban yang terpikul ni. saya membeli-belah dengan borosnya sebab orang kata perempuan kalau tension suka beli barang. kadang-kadang perkara yang pelik juga berlaku contohnya, melalak tak tentu pasal, menangis dengan tiba-tiba, telefon mak terus keluar air mata.

dan akhirnya, saya tahu punca utama saya. saya lupa saya ada Yang Maha Esa. saya lupa pada DIA. mungkin kerana itu Dia memberikan segala ujian ini supaya kembali rindukan Dia, supaya saya kembali berbicara dengannya, supaya saya kembali mengadu kepadaNYA. Ya Allah, betapa laghanya saya sejak kebelakangan ini.

beberapa hari ini, banyak perkara yang berlaku menyebabkan saya terfikir kembali akan keadaan diri saya sekarang dan diri saya dahulu. pendek kata, saya tidak istiqamah. banyak amalan yang dipelajari dan dilakukan di KISAS saya tinggalkan. budak-budak KISAS selalu cakap kekuatan kita adalah Allah. sebab itu ramai budak KISAS berjaya. tapi saya tak ambil endah walaupun saya sedar akan kebenarannya. ya, kalau kita menjaga hak Allah, insya Allah, Dia akan menjaga kembali hak-hak kita. tapi kalau kita abaikan tanggungjawab kita sebagai hambaNya macam mana lah Allah nak jaga hak kita.

ya segala yang wajib itu dilakukan. tapi Ustazah selalu cakap, yang wajib itu ialah tanggungjawab kita, perkara yang memang kita lakukan tanpa sebarang komplen. tapi kita juga perlu tambahkan amalan kita untuk rapatkan diri dengan Allah. dalam hadis pun ada, kalau nak dapatkan halawatul iman, salah satu caranya ialah sentiasa berqiamullail dan perbanyakkan amalan sunat. tapi,

saya dah tak jaga waktu solat wajib....
saya dah jarang baca ma'thurat...
saya dah jarang solat hajat...
saya dah jarang solat dhuha...
saya dah jarang berqiamullail...
saya dah jarang berpuasa sunat....
saya dah jarang membaca ayat suci Al-Quran...

Ya Allah, perkara ini lah yang saya lakukan dulu dan tanpa saya sedar sebenarnya memberi kekuatan pada diri saya. jujur saya katakan, saya selau berfikiran saya berjaya kerana saya belajar bersungguh-sungguh bukan kerana perkara lain. betapa takburnya saya, betapa riaknya saya tanpa memikirkan yang Allah sebenarnya memberikan segala kelebihan dan kejayaan.

dan betapa bersalahnya saya kerana meninggalkan perkara ini, kerana tidak mengamalkan apa yang sepatutnya dilakukan kerana saya dah belajar semua ini, saya sudah tahu tapi saya abaikan. saya tidak istiqamah. saya kagum dengan pelajar KISAS terutamanya kawan-kawan saya sendiri yang mampu untuk istiqamah. betapa jauhnya saya menyimpang dari jalan yang lurus.

saya mahu berubah. saya mahu kembali pada jalan yang sepatutnya saya lalui bukan seperti ini. dan sebab itu lah saya tulis pasal ini. mahu mengingatkan diri sendiri. andai kata kamu semua nampak saya lagha, tegurlah saya, nasihatlah saya.

doakanlah supaya saya boleh istiqamah melakukan semua itu. insyaAllah.



p/s: saya juga lupa akan moto KISAS
"fastaqim kama umirta"-surah hud ayat 112
istiqamahlah (atas jalan yang lurus) seperti mana yang diperintahkan

KESATLAH AIR MATAMU WAHAI WANITA...

Maksud firman Allah:

Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami kejalan yang lurus. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) yang sesat.
(Al Fatihah:1 - 7)

"Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."

Adaptasi dari sebuah artikel yang ana baca..sejenak terfikir adakah ana kuat dan tabah seperti wanita dalam kisah ini andai ditakdirkan Allah untuk ana menerima ujian seperti ini???..tepuk dada tanya imanAna ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan ana jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah. Hayatilah artikel di bawah sebagai renungan
p/s: “ain” dibwh tiada berkaitan dengan tuan empunya blog..huhuhu.mgkin hnya kbetulan

“Menjadi seorang isteri....kepada insan yang disayangi..... idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku. Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya.

"Assalamualaikum," satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika.

"Waalaikumusalam," jawabku sepatah. Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku.

"Ain buat apa dalam bilik ni ? Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi. `' Aku tersenyum mendengar bicaranya.Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan `abang' dari bibirnya. Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai `buah hati' nya. Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya. Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini. Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata.

"Ain baru je masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan ? `' ujarku.

`' Ha'ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye ? `'Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku. Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, kusalami dan kucium tangannya. Lama. Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya.

"Abang....." aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu dihadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan.Erat terasa genggamannya.

"Ya sayang..." Ahhh....bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku.
"Abang... terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain. Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah." Tutur bicaraku ku susun satu persatu.

`'Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya."

`'Insya Allah abang....Ain sayangkan abang. `'

`'Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.'' Dengan telekung yang masih tersarung, aku tenggelam dalam pelukan suamiku.

Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis. Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku. membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar kusambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan. Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami?Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira'. Lalu, kucium tangannya, kupohon ampun dan maaf. Kuhadiahkan senyuman untuknya. Katanya senyumku bila aku lepas menangis, cantik! Ahhh....dia pandai mengambil hatiku.

Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami.

`' Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu
berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu . `'

Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Kuhiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata. Makan minumnya kujaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki. Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga. Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri.

' Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.'

`' Ain baik, cantik. Abang sayang Ain. `' Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia- sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah. Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku. Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Namun, pada suatu hari, aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga.

"Ain.....abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain."

"Apa dia abang?" tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih.

`' Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri," bicaranya terhenti setakat itu.
Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan.

Takkan hanya itu?

"Abang ada masalah ke?" Aku cuba meneka.

"Tidak Ain. Sebenarnya......," bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya.

"Ain......abang.....abang nak minta izin Ain...... untuk berkahwin lagi," ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata.

"A.....Abang.....nak kahwin lagi?" aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku.

Tanpa bicara, dia mengangguk.

`' Dengan siapa abang ? `' Aku bertanya. Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi....hatiku... hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.

`' Faizah. Ain kenal dia, kan ? `'

Ya, aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku
tahu Faizah juga aktif berjemaah. Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah.

" A....Abang......Apa salah Ain abang?" nada suaraku mula bergetar. Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku.

"Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik. Abang sayang pada Ain."

"Tapi....Faizah. Abang juga sayang pada Faizah.... bermakna..... sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi."

"Ain.....sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah....Abang tak mahu wujud fitnah antara kami. Lagipun....abang lelaki Ain. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu. `'

Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak
pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku? Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.

Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan, aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya. Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu. Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya!

Selama seminggu, aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati. Oh Tuhan.....ampuni daku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu.

Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ? Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba- salah berada dalam keadaan demikian. Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini, aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak. Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata, aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi. Aku benar-benar terluka. Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya. Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru.

Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi? `Oh Tuhan...berilah aku petunjukMu.' Dalam kegelapan malam, aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku.

Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku ? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah ? Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atasku untuk menguji keimananku, ku rela Ya Allah. Aku rela.

Biarlah. Bukan cinta manusia yang kukejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin. Bukankah aku telah berazam, aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?

Dengan hati yang tercalar seguris luka, aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini, aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah. Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah.

"Ain?......Ain serius?"

"Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah. Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau...Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia," ujarku dengan senyuman tawar. Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya.

Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan segala senang hati menerima undanganku. Sememangnya aku bukanlah asing baginya. Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.

`'Izah......akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak cakapkan, `' setelah aku merasakan cukup kuat, aku memulakan bicara.

`'Apa dia, Kak Ain. Cakaplah, `' lembut nada suaranya.

"Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?"

"Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?" Ada nada kehairanan pada suaranya. Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk.

"Pernah dia cakap dia sukakan Izah?"

"Sukakan Izah? Isyyy....tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni? `'

'Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita......." Aku terdiam seketika. "Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?" Dengan amat berat hati, aku tuturkan kalimah itu.

"Kak Ain!" jelas riak kejutan terpapar di wajahnya.

`'Apa yang Kak Ain cakap ni ? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain, `' kata Faizah seakan tidak percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu.Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya.

"Tidak Izah. Akak tak bergurau......Izah sudi jadi saudara Kak Ain?" ujarku lagi. Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku.

"Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah yang......Ustaz Harris.....mahu... melamar saya?" Dari nada suaranya, aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas, aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku. Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku.

"Kak Ain.....saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka," ujarnya sebak.
Matanya kulihat berkaca-kaca.

"Izah...Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan Abang Harris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain."

"Kak...maafkan Izah." Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke dalam pelukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain.

"Jadi...Izah setuju?" Soalku apabila tangisan kami telah reda.

`'Kak Ain....ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain."

"Soal Kak Ain....Izah jangan risau, hati Kak Ain... Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah. `'

"Akak.....Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu."

"Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah." Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku.

`Ya Allah.....inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.'

Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang. Namun, aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran agama. Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua.

"Ain.....abang minta maaf sayang," ujar suamiku pada suatu hari, beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah.

"Kenapa?"

"Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi....Ain sedikit pun tidak marahkan abang. Ain terima segalanya demi untuk abang.Abang terharu. Abang....malu dengan Ain."

"Abang....syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah
pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira.Ain anggap ini semua ujian Allah abang. `'
`'Ain....Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini. Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain."

"Tapi...abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin."

"Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya." Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu. Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.

Pada hari pertama pernikahan mereka, aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya. Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi. Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sepicing pun.

Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru. Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah teman bermainku.

Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan.

`' Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?" ujarnya lembut.

"Ain rindu abang. Rindu sangat. `' Tangisku makin menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan.

`'Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain senyum pada abang ? `' Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku.

`'Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain ? `' Aku menduga keikhlasan bicaranya.

”'Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain, sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang, untuk abang. `'

Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku.

Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati. Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku. Katanya, aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya.

Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah. Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia-siakan kasih sayangku padanya. Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. Rindu itu, aku ubati dengan zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta. Soal anak-anak, aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka. Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi `ibu' mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik.Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain.Ahhh...anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah. Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.

Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain.Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa. Tapi..... ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami. Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku.Kerana sabda Rasulullah s.a.w

"Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga."
Riwayat at-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).

Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu. KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan. Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran.

Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini.

renungkanlah...
DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya,disusahkan sedikit agar insaf,namun segera disenangkan semula. Itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang, namun tidak lama kerana kasihNya. Dipanggil-panggil kepadaNya, untuk meminta itu dan ini, Tuhan amat melayani hambaNya, tapi si hamba tidak peduli langsung!


from:
http://qurratulainahmad67.blogspot.com/

BIARKAN AKU TERBANG SENDIRIAN



sebuah karya
Yusuf Fansuri

BIARKAN AKU TERBANG SENDIRIAN


embun dini

membilas

sayap-sayapku


tubuh sesekali

mengeletar disentuh

angin malam


di puncak pohon
memerhati daun-daun

jatuh jauh dari tangkai

ranting 'kan patah jua
tatkala terpijak tak sengaja
atau sudah sampai usianya


O Kekasih

biarkan aku

terbang sendirian


seorang lebih diam
dekat lebih padamu
akrab lebih mencintaimu.

Puisi Hari-hari Bersama Murabbi

Oh alangkah bahagia
Oh alangkah mulia
Hari ini aku kisahkan
Aku, dan disisiku,
MURABBI.

Seperti rasul
Bersama-sama, nikmati satu santapan,
Begitu murabbiku
Duduk bersama, jamah satu hidangan.

Seperti rasul
Bersama-sama berbantalkan lengan,
Begitu murabbiku
Bersama-sama tidur atas hamparan.

Seperti rasul,
Turun bersama gali paritan
Begitu murabbiku
Sentiasa seiringku lakukan tugasan.

Seperti rasul,
Faham segala dalaman luaran
Begitu murabbiku
Segala pemikiran tekun menjelaskan.

Seperti rasul,
Membina syuhada pemuda pahlawan
Begitu murabbiku
Dibina aku lengkap perincian.

Seperti rasul,
Marah, senyum, sedih, memberi kesan
Begitu murabbiku
Memberi taujih sesuai perasaan.

Seperti rasul,
Menyucikan, memahamkan, lantas menggerakkan
Begitu murabbiku
Diasuh aku, jadi asas kebangkitan.

Seperti rasul,
Menghormati tidak memalukan
Begitu murabbiku
Di sampingnya aku, terasa dimuliakan.

Yang lahir bukan sekadar hartawan
Yang lahir bukan sekadar agamawan
Yang lahir bukan sekadar negarawan
Yang lahir bukan sekadar tokoh kemasyarakatan
Yang lahir bukan sekadar juara kebajikan
Yang lahir bukan sekadar olahragawan
Yang lahir bukan sekadar jaguh perdebatan
Tetapi RIJAL,
Dengan mereka ISLAM diagungkan

Oh alangkah bahagia
Oh alangkah mulia
Ketika itu
Aku, dan disisiku,
MURABBI.

~ Puisi ini merupakan hasil karya Sdr. Syed Ahmad Israa’, pelajar lepasan STAM Sek. Men. Islam Hidayah, Ipoh.

Ingin menjadi KAYA??

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan kepada setiap hamba-hambaNya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya. Di antaranya:


1. Menyempatkan diri beribadah, Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hambaNya, seperti firmanNya dalam hadis qudsi yang bermaksud: "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahKu maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” – Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu hurairah.


2. Memperbanyak istighfar-Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” - Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.


3. Tinggalkan perbuatan dosa - Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”- Riwayat At-tirmizi


4. Sentiasa ingat Allah - Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” – Ar-Ra’du:28.


5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa - Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah-Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.


7. Tunaikan hajat orang lain-Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri.


8. Banyak berselawat - Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.


9. Buat kebajikan banyak-banyak -Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”


10. Berpagi-pagi -Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi memulakan aktiviti.


11. Menjalin silaturrahim-Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah menghubungi sanak-saudaranya.” – Riwayat Bukhari


12. Melazimi kekal berwuduk- Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” – Riwayat Khalid al-Walid


13. Bersedekah-Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” – Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.


14. Melazimi solat malam (tahajud)-Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah s.w.t.


15. Melazimi solat Dhuha-Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanMu pada petangnya.” – Riwayat Hakim dan Thabrani


16. Bersyukur kepada Allah -Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” – ali-Imran:145


17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu-Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.


Wallahua'lam...el-faqeer ilallah

Perasmian Hanger Baru Dan Garduasi Asia Pacific Flight Traning

Rabu, 2009 Februari 18

http://rizaltahir.blogspot.com/2009/02/baru-baru-ini-aku-berkesempatan.html

Baru-baru ini aku berkesempatan mengikuti Tok Guru di dalam program graduasi dan perasmian hanger baru Asia Pacific Flight Traning (APFT), Pengkalan Chepa.
Biasanya agak payah sebagai seorang jurugambar macam aku ni nak shoot gambar di dalam hanger mana-mana syarikat penerbangan.
Apabila menerima peluang yang agak susah untuk didapati ni, apa lagi, aku pun shoot tak ingat dunialah....hukhukhukhuk.
Apa-apa pun, di sini aku ingin berkongi bersama gambar-gambar yang aku sempat shoot sewaktu majlis berkenaan.
Aku juga telah mendapat persetujuan dari CEO APFT (lupa pulak nama dia), untuk membuat rencana khas mengenai APFT.
Lepas ni bolehlah shoot 'tak ingat dunia' lagi. Antara tempat yang aku nak shoot sangat ialah simulator yang aku tak sempat masuk masa majlis hari tu.
Kita tunggu dan lihat nanti, kalau aku dah gi nanti, aku akan upload gambar berkenaan.



Aku bersama dengan salah satu kapal terbang yang digunakan untuk latihan. Kalau tak silap aku ni model Diamond 42

Antara graduan yang kegembiraan selepas menerima sayap penerbangan masing-masing. Member aku dari Utusan meminta para kadet ini untuk menunjukan emosi kegembiraan.

Pill box ataupun kubu lama sewaktu perang dunia ke 2, yang terletak di tepi landasan lapangan terbang Pengkalan Chepas, berhampiran dengan hanger APFT.

Antara pesawat yang digunakan untuk latihan.

Hanger baru APFT. Kelihatan para kadet udara bersama dengan keluarga masing-masing selepas majlis graduasi.

Sayap kebangaan tersemat di dada kadet.

Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan piala kepada kadet udara terbaik.