MERINTIH MENGUBAT KERINDUAN

jika hidup tiada dugaan dan macam macam masalah, mungkin kita akan hanyut dengan kegembiraan dunia..kita tidak akan sedar akan apa kelemahan kita, kesilapan kita , kesedaran berfikir dan juga sebagai pengajaran sebagai makhluk Allah yang khilaf….mungkin kita akan menangis smpai terduduk tersungkur kerana tidak tahan akan tohmahan dunia,tapi sedarlah, itu bermakna kita sedang diuji dengan ujian yang amat berat…

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.Setiap ujian dari tuhan membuktikan bahawa tuhan sedang mengheret kita untuk merintih dan berbicara denganNYA.

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

p/s
semakin berat ujian yang melanda..semakin rindu tuhan akan rintihan kita..sedarlah bahawa insan sedemikian merupakan insan pilihan tuhan..

new place!!!

sudah hampir 3 minggu gua duduk tempat baru ni,iaitu sejak 13rabiulawal(isnin). sementelah tempat baru ni,org baru,kawan baru,rumah baru,persekitaran baru dan semangat pun baru..alhamdulillah hidup gua pun da berubah dan insyaallah akan banyak lagi perubahan yang akn berlaku. duduk di sini da semakin tenang, jadual harian makin tersusun, da kurang bizi, solat juga da makin terjaga waktunya, x seperti dulu slalu berada di penghujung. aminn Tuhan telah makbulkan doa gua ni, hm seusai dengan perubahan ini dengan pantasnya timbul pula impian baru,huhu begitulah manusia ni bila da dapat betis teringin plak hendak memeluk paha,bezanya adalah bersyukur atau tak pada Tuhan (hmm mg mg gua dalam ketogari org yg bersyukur,aminnn),,mudah mudahan Allah juga akan merestui dan memberi peluang pada gua untuk mengecapi impian baharu ini...

dan perkara paling manis yg berlaku kat gua skang adalah,,,,bibir gua sentiasa xputus dr mngucap doa alhamdulillah dan mg ia berterusan selamanya

ya Allah jauhkan lah diri ini dari maksiat
jadikanlah hambaMu ini lebih baik dr semalam amalnya
dan bahagiaknlah daku...aminnn



katanya DR SARAH
Nota 2:
Saya yakin, setiap yang terjadi ini mesti ada hikmahnya. Kalau bukan sekarang, mesti Allah nak bagi kemudian sikit. Tapi mesti ada hikmahnya. Jadi, berbaik sangka sajalah dengan Allah. ;-)

makin jauh

Dia semakin sibuk.
Katanyalah.

Banyak perkara yang nak diselesaikan.
Ya. Banyak.
Katanyalah.

Doakan.
Dia dapat buat yang lebih baik untuk tahun baru ini.
InshaAllah.

Kekuatan

Dia tak kuat..
Dia rasa nak jatuh balik..
Dia rasa nak lari dari sini..
Dia rasa dia tak layak berada di situ..

Mereka hebat-hebat..
Dan...
Dia tak hebat pun macam mereka..
Jauh beza...
Macam langit dan bumi..

[-__-]

~1503~
~21022012~
~Teratak Lima~


Ya Allah.. Pinjamkan kekuatan untuk diri ini istiqamah di jalan-Mu...

:: ERTI MENJADI SEORANG YANG BAIK ::

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


semalam, ada seseorang tanya saya :
"macam mana nak jadi anak dan orang yang baik ye awak?"


jawapan spontan saya :
"buatlah yang baik-baik.. being friendly contohnya.. anak yang baik dengar kata ibu ayah. tak melawan. cakap baik-baik dengan diorang. orang yang baik, buat apa yang orang sekeliling suka."


hmm..


tapi, saya asyik terfikir je..
betullah, macam mana ye nak jadi seorang yang baik?


semakin saya fikir semakin serabut jadinye.
sebab apa?
sebab..
bukan mudah nak puaskan hati semua orang..


then, saya terfikir sesuatu..


walaupun kita tak tahu tentang orang,
at least kita tahu tentang diri kita kan?


jadi.


BUATLAH APA YANG KITA RASA KALAU ORANG BUAT PADA KITA, KITA RASA ITU BAIK.


e.g :


kalau kita rasa orang respect kita itu adalah tindakan yang baik, jadi kita respect la orang.


kalau kita rasa orang senyum kat kita itu perbuatan yang baik, kita senyum kat orang.


kalau kita rasa orang tolong kita itu perbuatan yang baik, kita pun kenalah tolong orang.





dan


JANGAN BUAT APA YANG KITA TAKNAK ORANG BUAT PADA KITA.


e.g :


kita taknak orang cakap kasar-kasar dengan kita, so, jangan cakap kasar-kasar dengan orang.


kita tak suka orang tipu kita, so, kita tak boleh la tipu orang.


kita tak berkenan dengan orang yang suka memaki, jadi.. kita janganlah join sekaki.


dan sebagainya.





~~~


kalau kita rasa kita tak cukup baik, itu anugerah, at least kita sedar dan tahu siapa kita dan kita boleh memperbaiki diri..


musibahnya adalah kita rasa kita cukup baik dan kita senang dengan rasa itu.


sesungguhnya,
tiada siapa yang sempurna kerana kesempurnaan itu adalah hak ALLAH semata.


kita manusia biasa, banyak lemahnya, tapi DIA kurniakan kita naluri tentang kebaikan.
fitrah kita juga sukakan kepada kebaikan.


carilah dalam diri sendiri, sebenarnya kita tahu apa itu erti menjadi seorang yang baik.


at the end,
WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK.


:)


~~~


p/s : 'awak' dalam dialog di atas, moga menjadi lebih dan lebih baik lagi ye. :)
ingatlah, ibu dan ayah itu tinggi levelnya dari kita, of course respect kita pada mereka juga kena tinggi. :)
diorang hanya nak yang terbaik dan yang baik-baik sahaja untuk kita..
:)


may Allah bless,
out.



♥ 2 akhlak

Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah menyebut di dalam sebuah hadisnya,

♥ 2 akhlak yang Allah suka ialah;

1. Pemurah - dermawan.
... 2. Pemaaf.

~ 2 akhlak yang Allah murka ialah;

1. Perangai (akhlak) yang buruk.
2. Bakhil.

Apabila Allah menghendaki seseorang itu dengan kebaikan, maka Allah akan menjadikannya seorang insan yang suka/mampu menunaikan hajat manusia yang lain.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ya Rabb, pilihlah kami sebagai hamba²-Mu yang suka membantu saudara² kami yang lain, amin.

nasihat dari kawan bila gua susah

Ya Allah, berikanlah insan ini kejayaan, ketenangan dan kebahagiaan agar senyumannya setiasa
terukir.... aminnn

Doa itu senjata orang mukmin, antara waktu-waktu terbaik untuk berdoa:
1)1/3 malam
2) tengah malam
3) semasa sujud dalam solat
4) semasa khatib duduk di mimbar hingga selesai solat jumaat
5) antara azan dan iqamah

(sumber majmu` fatawa bin baz)- anak ini berhajat kepada doa bapanya agar bersemangat dalam
mencari ilmu kerana Allah


Aminnn... semoga Tuhan permudahkan jalan tu dan moga hanya ........... tetap macam tu selalu..

Thinking

Benarlah kata bijak pandai, kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu.

Kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa.

Justeru, pesan bijak pandai lagi, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang.