Petikan-petikan Kata Para Imam Sebagai Pedoman

"
Petikan-petikan Kata Para Imam Sebagai Pedoman

Imam Malik Bin Annas Rahimahullah:

Jauhilah pendapat orang-orang yang (mengeluarkan pendapat) berdasarkan akal fikiran kecuali jika sudah disepakati oleh para ulama’ (ijma’). Ikutilah al-Qur’an yang telah diturunkan kepadamu oleh Tuhan kamu dan ikutilah Hadis yang telah diturunkan kepadamu oleh Nabi kamu. (Diriwayatkan oleh al-Sya’rani – al-Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 188)

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Imam Abu Hanifah rahimahullah:

Saya mengambil (hukum agama) dari kitab Allah (al-Qur'an); Apa yang saya tidak temui dalamnya, maka saya ambil dari sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Jika saya tidak temui dalam kitab Allah atau sunnah Rasulullah, nescaya saya ambil pula pendapat sahabat-sahabatnya. (Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, jld. 13, ms. 368)

Apabila aku mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, maka tinggalkanlah pendapat aku itu. (Kata-kata oleh Abu Hanifah, Riwayat Salih al-Fulani di dalam Iqaz al-Himam, ms. 50.)

Imam as-Syafi’e rahimahullah:

Setiap hadis yang sah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah juga merupakan ajaran aku walaupun engkau tidak pernah mendengarnya daripada aku sebelum ini. (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim di dalam al-Adab, ms. 93-94)

Dalam setiap permasalahan, apabila seseorang ahli hadis itu menjumpai sebuah riwayat yang sahih daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan riwayat itu pula bertentangan dengan ajaran aku maka aku menarik kembali ajaran aku yang asal tadi sama ada pada ketika aku masih hidup atau apabila aku sudah meninggal dunia nanti. (Kata-kata oleh as-Syafi’e Rahimahullah, Riwayat Ibn al-Qayyim di dalam I’lam al Muwaqqi‘in, jld. 2, ms. 363)

Apabila sesuatu hadis itu sahih maka itulah mazhab (peganganku) aku. (Diriwayatkan oleh Ibn ‘Abidin (1203H/1789M) di dalam al-Hasyiyah, jld. 1, ms. 63 dan Ibn al-Syuhnah di dalam Syarh al-Bidayah. Dari al-Syafi‘e, diriwayatkan al-Nawawi dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 163 dan oleh al-Sya’rani di dalam al-Mizan, jld. 1, ms. 57)

Apabila kamu dapati di dalam kitab-ku sesuatu yang bertentangan dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka berpeganglah kepada Hadis tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan itu (atau tuliskan). (Kata-kata oleh as-Syafi’e Rahimahullah, Riwayat al-Khatib al-Baghdadi di dalam al-Ihtijaj bi al-Syafi‘e, jld. 8, ms. 2 dan al-Nawawi di dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 63)

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah:

Tidak ada perkataan sesiapapun melainkan boleh diterima perkataannya atau ditolak kecuali perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. (Riwayat Abu Daud di dalam Masa’il al-Imam Ahmad, ms. 276)

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah:

Setiap orang boleh diambil dan ditinggalkan perkataannya kecuali Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. (Rof’ al-Malam ‘an A’immat al-A’lam)
"

Hudud hanya untuk orang Islam - Presiden PAS

SHAH ALAM, 28 Dis (Hrkh) - Memahami keresahan masyarakat bukan Islam, Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa pelaksanaan Hudud hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam.

Masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, katanya.

"PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam.

"Pada kita, tidak timbul lagi soal Hudud kerana ia telah diluluskan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kempen 'Jom Sertai Pas' di Dataran Shah Alam semalam.

Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau berkata belum tiba masanya untuk berbuat demikian.

Abdul Hadi dalam pada itu menyatakan hukum Hudud di negara ini hanya akan dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil.

"Masalah pengangguran masih ada lagi dan untuk laksanakan hukum ini kedudukan rakyat Malaysia mesti stabil contohnya daripada segi pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga juga kena dijaga," katanya yang dipetik daripada agensi berita. - azm _

KJ, Husam dan Hudud

"Hudud? Apa itu hudud? Hukum islam... ya betul! Tapi macamana? Kalau tanya orang awam baik Islam mahupun bukan Islam, rasa saya perkara yang pertama mereka akan kata ialah hudud ini hukuman secara Islam, contohnya kalau mencuri potong tangan, kalau berzina kena rejam dll yang serba sedikit mereka tahu.

Tetapi hakikatnya hudud itu lebih dari apa yang orang awam tahu. Dan kalau di takwilkan kepada kecenderongan orang awam mencari ilmu, sumber ilmu mereka terbatas.

Apa yang saya ingin utarakan di sini ialah ramai orang masih belum betul2 faham akan hudud itu. Malah mantan PM, Dr Mahathir dulu pernah berkata kalau orang mencuri kena potong tangan, nanti negara tak produktif sebab orang kena potong tangan dah jadi orang cacat. Macamana nak kerja. (Kalau silap sori lah, tapi saya rasa ingatan saya kuat tentang kenyataan Dr M ini). Oleh itu, yang penting ialah memaahamkan orang awam tentang hudud itu sendiri. Kalau sesuatu hukum itu datang dari Allah, kita tak perlu usul baik atau tidak, sesuai atau tidak. Sebab tugas kita sebagai hamba allah ialah menurut arahan Allah. Tak boleh bangkang.

Selagi kita memegang kalimah La ila ha illa llah, maka kita telah menetapkan hanya Allah sahaja Tuhan kita, yang lain adalah makhluk. Kalau yang lain makhluk, apa perlu kita ambil kira pandangan mereka, sedangkan tugas kita ialah untuk menuruti perintah Allah.

Seorang kawan cina pernah mengatakan babi itu sedap, berkhasiat. Saya katakan ustaz saya kata dalam babi tu ada sejenis cacing yang direbus macamana pun dia tak mati. Nanti cacing ini akan memudaratkan pemakannya, sebab itu babi itu haram dalam Islam.

Balas rakan Cina tadi, atuk dia dah berpuluh tahun dok makan babi,ok je . Sihat walafiat lagi! Mana benarnya kata2 ustaz yang babi ada cacing rebus tak mati? Lama saya mencari jawapan kepada persoalan ini hingga akhirnya melalui satu ceramah radio, Allah berikan saya jawapan itu. Sebenarnya bukan persoalan samada babi itu mudarat atau tidak maka kita tidak boleh makan. Tetapi kita tidak boleh makan atau sentuh babi itu adalah kerana kepatuhan kita kepada perintah Allah. Tak kira lah, kalau Lim kata babi itu manyak bagut, tapi saya punya Allah kata jangan, so saya tak ambik itu babi sebab saya patuh pada Allah punya arahan.

Begitu halnya dalam soal hudud. Apa perlu kita ambil kira pamdangan bukan Islam kalau itu ketetapan dari Allah. Kalau alasan untuk jaga kesepakatan dalam Pakatan, soalan cepu mas di sini adakah betul tindakan menyertai Pakatan ini? Perlu kah kita korbankan kepatuhan kepada perintah Allah demi sebuah kesepakatan untk menumbangkan sebuah kerajaan, walhal kerajaan yang hendak ditumbangkan itu, akar umbi kepercayaannya adalah sama?

Apa pun polemik yang mungkin timbul di sini, saya tetap percaya persoalan utama di sini ialah kefahaman tentang hudud itu sendiri. Apabila kita faham, kita akan kenal. Bila kita kenal, kita akan cinta. Bila sudah cinta, kita akan terima. Jadi, sebenarnya kita masih tidak faham dengan sebenarnya apa itu hudud maka kita berbalah kenapa tak buat hudud.

Jadi, tempelak Khairy kepada Husam itu sebenarnya berbalik ke muka sendiri juga. Husam pun kena, Khairy pun kena. Usah peduli tentang Lim Kit Siang sebab dalam Quran pun ada cakap"

Tidak ada paksaan dalam Agama, telah nyata petunjuk dari kesesatan maka barangsiapa mengkufuri taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia memegang tali yang kukuh yang tidak akan putus, dan Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung (mengasihi) orang yang beriman; mengeluarkan mereka darikegelapan (kekafiran) kepada cahaya 0iman). Dan orang yang kafir, pelindung2nya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.

-

PAS perlu firm dengan perjuangannya untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia ini. Kompromi dengan mengambil kira pandangan rakan bukan Islam hingga menganak tirikan perintah Allah adalah satu langkah politik yang tersasar dari politik Islam. Seolah2 rakan bukan Islam itu lebih besar dari Allah. Maka di mana kalimah La Ila Ha Illa LLah yang kita pegang? Dan UMNO lagi teruk sebab terang2 tolak hudud. Betul kah UMNO tolak hudud? Sila jawab Sdr Khairy.

Memperingati Tragedi Memali

" Mungkin kini kita agak kurang mengingati lagi tragedy Memali yang membariskan pejuang-pejuang Islam yang syahid ekoran mempertahankan hak mereka yang mahu di tangkap oleh Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNO/BN laknatullah Alaih.

Dengan kejadian ini, membuktikan bahawa UMNO/BN merupakan satu-satunya parti Assobiyyah melayu yang sedang memerintah, dan sewajarnya dihapuskan dan lupuskan dari muka bumi Allah SWT ini.


Sabda Nabi SAW;

لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ

Maksudnya;
“bukan dari kalangan kami mereka yang menyeru kepada assobiyyah, bukan dari kalangan kami mereka yang berbunuh-bunuhan kerana assobiyyah, bukan dari kalangan kami mereka yang mati atas dasar assobiyyah[1]

Dalam menafsirkan Assobiyyah, Imam Al-Manawi telah menyatakan dalam kitab kitab Aun Al-Ma’bud, bahawa beliau menyebut;

أَيْ مَنْ يَدْعُو النَّاس إِلَى الِاجْتِمَاع عَلَى عَصَبِيَّة وَهِيَ مُعَاوَنَة الظَّالِم

Maksudnya;
“iaitu mereka yang menyeru manusia kepada perhimpunan atas assobiyyah, iaitu memberi bantuan kepada orang zalim[2]

Lantaran ianya adalah parti yang tidak Islam, bahkan melakukan kezaliman, maka UMNO/BN merupakan parti yang jijik dan kotor.

Dikeranakan kewujudannya, menyebabkan rakyat Malaysia ditimpa dengan berbagai bencana, bermula bencana moral hinggakan bencana aqidah.
Pemimpin-pemimpinya pula, demi mempertahankan “perut-perut” dan “dibawah perut” mereka, sanggup membunuh dan menjahanamkan sesiapa sahaja yang mahu menghalang kerakusan mereka.

antara bukti kezaliman itu adalah dengan kejadian Memali yang kini agak dilupai.
Kejadian yang berlaku pada 18 september 1985 (menurut UMNO, kejadian itu berlaku pada 19 September), yang membariskan kematian 14 orang pejuang Islam yang tidak bersalah, diserang dengan kereta kebal, sedangkan mereka hanya bersenjatakan parang, bahkan ada yang tidak bersenjata langsung.

UMNO PENAKUT


Jika dilihat balik tragedy ini, didapati ianya rentetan dari penangkapan beberapa orang tokoh dalam PAS yang disumbat dalam ISA, iaitu Mat Sabu, Suhaimi Saad dan Bunyamin Yaakob.


Antara yang hendak dikenakan penangkapan itu adalah As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood, atau lebih dikenali sebagai ustaz Ibrahim Libya.


Beliau merupakan seorang yang pernah berkhidmat di Pusat Islam Kuala Lumpur sebagai pegawai dakwah. Beliau mempunyai pendidikan di India, Mesir dan Libya.


Menurut maklumatnya, didapati As-Syahid merupakan pendakwah yang berjaya dan terbaik semasa berkhidmat di Pusat Islam, sehinggakan amat disenangi oleh pegawai-pegawai agama di pusat Islam ketika itu.

Pun begitu, keterlibatan beliau dengan Pusat Islam tidak begitu lama. Beliau pun berhenti pada penghujung tahun 1978, dan terus balik kekampungnya memali dan bergiat cergas dalam PAS.

Pada tahun 1982 beliau sempat bertanding dalam pilihanraya, iaitu di DUN Bayu sebagai Calon PAS, tetapi tidak mencapai kemenangan.


Ustaz Ibrahim bukanlah seorang yang sempat mencipta nama setara Tuan Guru Haji Abdul Hadi awang, yang ketika itu amat dikagumi oleh rata-rata rakyat Malaysia, pun begitu, rangking beliau ketika itu agak tidak jauh terkebelakang dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat yang ketika itu menjadi Ketua Dewan Ulama PAS pernah memuji dan kagum dengan ucapan yang disampaikan oleh ustaz Ibrahim Libya, lebih-lebih lagi ketika memperkatakan soal Jihad Fi sabilillah.


Memandangkan kehebatan beliau dalam pidato, menyebabkan pihak kerajaan amat gerun dan mengisytiharkan agar beliau ditangkap dan ditahan dibawah akta ISA yang zalim, seperti penahanan yang telah dikenakan kepada Mat Sabu, Suhaimi saad dan Bunyamin Yaakob.


Mengetahui keinginan pihak kerajaan, menyebabkan Ustaz Ibrahim libya disembunyikan di Kampung Kerawai, Sik. Pun begitu, ketika itu Ustaz Ibrahim menyatakan bahawa beliau lebih rela mati syahid dari menyerah diri ditahan dibawah Akta ISA yang zalim.


Dengan kenyataan beliau itulah menyebabkan beliau sendiri mahu pulang ke Kampungnya Memali, iaitu dikampung dimana beliau mengajar di sebuah madrasah Usang. Di Madrasah itu, beliau mengajar kitab Mustika Hadis terbitan Jabatan perdana Menteri dan Kitab Futuh Al-Ghaib.


Ustaz Ibrahim sendiri pernah menyebut, daripada beliau ditangkap untuk disumbat dalam ISA, beliau rela menyerahkan diri jika beliau dibicarakan di mahkamah terbuka dimana beliau berpeluang membela diri. Jika tidak, maka beliau lebih rela mati syahid demi mempertahankan hak beliau yang tidak sepatutnya ditangkap secara zalim oleh pihak Kerajaan UMNO/BN.


Pengajian beliau di Madrasah berjalan seperti biasa, yang ketika itu anak-anak muridnya seramai 23 orang sahaja.


Dalam suasana tegang, pihak polis tetap berusaha hendak menangkap Ustaz Ibrahim, tetapi dihalang oleh sebilangan muridnya, sehinggakan berlaku beberapa perbincangan antara mereka dengan polis, tetapi Ustaz Ibrahim tetap berkeras untuk tidak menyerah diri, kerana beliau tidak berjaya dibuktikan bersalah oleh Polis.


Dalam keadaan gawat itu, pihak UMNO Baling berkeras mendesak supaya Ustaz Ibrahim ditangkap juga, disamping mendakwa, kononnya disekitar rumah dan madrasah ustaz Ibrahim terdapat senjata yang tertanam, yang mana semua itu adalah fitnah jahat dari UMNO Baling laknatullah Alaih.

Fitnah ini semakin hangat dimainkan oleh UMNO Baling, sehinggakan pada 21 oktober 1985, ketika pihak PAS baling mengadakan satu kuliah agama yang diadakan di madrasah Ustaz Ibrahim, yang guru jemputan adalah Ustaz Awang Bakar yang ketika itu memegang jawatan Ketua Dewan Ulama Negeri Terengganu, menyebabkan berlaku satu kejadian, yang mana pihak Polis telah mengadakan sekatan jalanraja.


Disebabkan kebiasaan orang kampung tidak mempunyai roadtax motor, menyebabkan mereka hadir di majlis kuliah agama itu dengan menaiki van.

Ada sebuah Van yang dipandu oleh Ustaz Yusuf bin Che Met telah ditahan oleh Polis. Apabila van itu di siasat, dijumpai sebilah pisau. Pisau itu adalah kegunaan untuk menyembelih kambing, yang biasa dibawa oleh orang-orang kampung ketika ada majlis makan kenduri dan majlis makan-makan.


Kewujudan sebilah pisau itu menjadi alasan utama mengatakan Ustaz Ibrahim Libya adalah gerakan pengganas di Baling.


Ekoran dari itulah, menyebabkan 18 oktober 1985, pihak polis telah menyerang Memali untuk menangkap Ustaz Ibrahim Libya. Pada jam 2 petang hari tersebut, ribuan polis yang kebanyakkannya adalah polis hutan mengadakan kepungan sekitar 2 kilometer sekeliling rumah dan madrasah Ustaz Ibrahim yang ketika itu Ustaz Ibrahim berada di rumah.


Apabila waktu malam, kepungan itu semakin hampir. Sehingga pada waktu subuhnya, iaitu selepas menunaikan solat subuh berjemaah, didapati pihak polis semakin ramai. yang mengikut ceritanya, bilangan mereka itu mencecah seramai 4 ribu orang, sedangkan di rumah Ustaz Ibrahim terdapat 50 orang anak muridnya yang mahu mempertahankan Ustaz Ibrahim Libya.


kira-kira jam 7.30 pagi, pegawai tinggi polis yang bernama Yahya Yeop Sani meminta pengawal di depan rumah Ustaz Ibrahim Libya, iaitu anak muridnya agar menyerahkan 3 orang kepada polis, iaitu Ustaz Ibrahim Libya, Ustaz Ahmad Hasan dan Saudara Yusuf Husin.


Memandangkan ketiga-tiga ini tidak mahu menyerahkan diri, menyebabkan 7.45 pagi, gas pemedih mata dilepaskan bertalu-talu ke arah Ustaz Ibrahim.


Apabila gas itu dilepaskan, menyebabkan 50 orang yang berada dalam rumah Ustaz Ibrahim kelam kabut, dan ketika itu dalam rumah Ustaz Ibrahim terhadap seorang anak Ustaz Ibrahim yang masih berumur 3 bulan.


Kemudian itu, Saudara Yusuf Husin mengarahkan agar pintu pagar rumah Ustaz Ibrahim dikunci, menyebabkan sekali lagi dua das tembakan bom asap kedengaran, tetapi kali ini mengena kepala Naziah Hasan, menyebabkan dia tersungkur pengsan dan kepalanya berdarah.


Melihat keadaan itu, Cikgu Syafie amat marah, menyebabkan beliau mengambil sebilah parang dan menghalau agar polis berundur, tetapi menyedihkan, tanpa belas kasihan pihak polis telah melepaskan satu tembakan dengan peluru hidup ke arah beliau, dan mengenai mata kanan beliau lalu rebah dan syahid di situ juga.


Keadaan semakin kalut, menyebabkan sebilangan muslimat yang hadir ketika itu membantah tindakan pihak polis, tetapi tetap tidak dihiraukan oleh pihak polis yang terus melepaskan tembakan gas ke arah dalam rumah Ustaz Ibrahim Libya.


Sejurus kemudian, kereta kebal polis merempuh masuk kawasan dan melepaskan tembakan. Beberapa orang rebah kena tembakan yang tidak berperi kemanusiaan itu. polis kemudiannya beredar dari situ sebentar, tetapi sejurus kemudian masuk semula ke kawasan trersebut dan melancarkan serangan kali kedua.


Melihat ramai anak muridnya yang sudah kena tembakan, menyebabkan Ustaz Ibrahim bertindak keluar dari bawah rumahnya dengan memegang sebilah parang.

Dikala itulah, Ustaz Ibrahim ditembak lalu syahid di situ juga.
Menurut Saudara Yusuf Hussin, dikala As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya diangkat oleh polis, beliau belum lagi syahid, tetapi sedang dalam nazak.

Dikala itu, Yusuf Husin menyatakan beliau mendengar seorang anggota polis mengherdik ”Sudah tembak, belum mampus juga”. (Alangkah bangsatnya si polis itu).


PENUTUP


Inilah kezaliman kerajaan UMNO/BN dalam menghadapi musuh parti mereka. Tidak diketahui siapa dalang sebenar dalam tragedi ini.

Ada pihak yang mendakwa, dalang tragedi ini adalah Tun Dr Mahathir yang memegang jawatan Perdana Menteri. Bahkan ada pula pihak lain mendakwa, dalang bagi tragedi ini adalah Musa Hitam yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Tetapi, yang pastinya, kedua-dua tokoh yang diperselisihkan dalang dalam tragedi ini adalah pemimpin UMNO, yang kedua-duanya juga memimpin Barisan Nasional.

Perbicaraan kes ini sering kali ditangguhkan. Tidak diketahui sampai bila mahu perbicaraan ini akan selesai selagi UMNO/BN masih lagi memerintah.


Apakah dengan kejadian ini, kita mahu menyokong parti UMNO/BN lagi???? Apakah dengan kejadian ini, kita mahu menganggap mereka ini sebagai parti yang boleh dibuat kawan lagi???


Ingatlah !! inilah parti yang paling bangsat atas bumi Malaysia ini. Sesungguhnya, inilah parti yang jijik lagi kotor.


Sekian


Al-Bakistani

http://one-g.blogspot.com

abu_abdillah_azzam@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
15 disember 2008 * 5:16 pagi.



[1] Sunan Abi Daud : 4456.

[2] Aun Al-Ma’bud : 11/161.

"

Solat boleh sembuhkan penyakit kronik


HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalogr aphy) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya.

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahiyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Hukum berjabat tangan lelaki perempuan yang ajnabi

MENGAAPA HARUS TUNDUK KEPADA BUDAYA ORANG LAIN,
SEDANGKAN ISLAM TELAH MENGAJAR KITA SEGALA-GALANYA.
-----------------------------------------------------------------

Kita akan membahagikan pembahasan ini kepada beberapa bahagian:

1. Hukum berjabat tangan/bersalam
2. Hukum mencium tangan
3. Hukum membongkokkan badan
4. Hukum bersujud kepada selain Allah
5. Rumusan

1. Hukum berjabat tangan/bersalam

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Abu Qatadah berkata, aku bertanya kepada Anas r.a.: "Apakah para sahabat Rasulullah s.a.w. dahulu saling berjabat tangan" Dia menjawab: "Ya." (HR Bukhari)

Dari al-Barraa’ bin Azib r.a., katanya telah sabda Rasulullah s.a.w.:

"Tidaklah dua orang Islam bertemu lalu saling bersalaman/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud, al-Tarmizi & Ibnu Majah)

Dari Athaa’ bin Abdullah al-Khurasani, katanya Nabi s.a.w. telah bersaba:

"Hendaklah kamu saling berjabat tangan, nescaya hilanglah rasa dengki. Hendaklah kamu saling menmberi hadiah, nescaya kamu saling mencintai dan hilanglah permusuhan."
(Hadis Mursal riwayat Imam Malik)

Dari al-Barra"bin al-Azib r.a., katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Sesungguhnya jika dua orang Islam bertemu, lalu saling berjabat tangan, saling mengasihi dan saling menasihati, nescaya bertebaranlah dosa-dosa yang ada pada kedua orang itu."? (HR Ibnu Sunni)

Hadis di atas adalah di antara hadis yang menunjukkan bahawa berjabat tangan ketika bertemu adalah sunat hukumnya.

2. Hukum mencium tangan

Al-Nawawi mengatakan bahawa dianjurkan agar mencium tangan orang yang kemuliaannya disebabkan oleh perkara yang bersangkut paut dengan agama. Seperti seorang yang zuhud, alim/ulamak, salih, warak dan sebagainya. Ini termasuklah kedua ibubapa kita yang muslim.
Dimakruhkah mencium tangan seseorang yang dipandang mulia dengan sebab-sebab keduniaan, seperti orang kaya, orang yang berpangkat, berkedudukan tinggi dan sebagainya. Perbuatan ini amat tidak disukai.

Dari Zari’ r.a., yang termasuk di dalam rombongan Abdul Qais, dia berkata: "Kamipun berlumba-lumba turun dari kenderaan kami, lalu kami mencium tangan dan kaki Nabi s.a.w."

3. Hukum membongkokkan badan

Adalah dimakruhkan membongkokkan badan kerana mahu menghormati seseorang.
Dari Anas r.a., katanya: Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w., jika seseorang dari kita bertemu saudaranya atau temannya, apakah dia perlu membungkuk kepadanya? Baginda menjawab: "Tidak." Orang itu bertanya: "Apakah dia perlu memeluk dan menciumnya?" Baginda menjawab "Tidak." Orang itu bertanya: "Apakah perlu dia memegang tangannya dan bersalam dengannya?" Baginda menjawa: "Ya." (HR al-Tarmizi)
Hadis di atas bermaksud:

1. Makruh membungkukkan badan kepada seseorang.
2. Makruh memeluk dan mencium seseorang kecuali jika kembali dari permusafiran.
3. Sunat berjabat tangan ketika bertemu.

Kita sering melihat mereka yang berada di atas pentas kerana berucap atau membuat persembahan. Sebelum atau selepas berucap atau membuat persembahan, mereka akan menundukkan badan sebagai tanda hormat kepada para hadirin. Perbuatan ini adalah dimakruhkan.

4. Hukum bersujud kepada selain Allah

Umat Islam dilarang bersujud kepada selain dari Allah, samada ia berbentuk peribadatan atau penghormatan sahaja. Jika ditanya, bagaimana dengan sujud para malaikat kepada Adam? Bukankah itu sujud dari makhluk kepada makhluk?

Jawab: Sujud yang dilakukan oleh para malaika kepada Adam bukanlah sujud yang berbentuk penyembahan (ibadah), tetapi sebagai penghormatan. Perkara ini disepakati oleh para ahli tafsir. Lagi pula sujud malaikat kepada Adam adalah atas titah perintah Allah yang wajib dipatuhi. Sehingga kita sendiripun, jika seandainya Allah memerintahkan kita agar sujud kepada seseorang, kita wajib mematuhinya. Jika perintah sujud itu diperintahkan oleh selain Allah, maka haram melakukan.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Seandainya aku diperintahkan agar seseorang itu boleh sujud kepada seseorang lain, nescaya aku akan memerintahkan perempuan sujud kepada suaminya." (HR al-tarmizi)

Hadis di atas menunjukkan:

1. Larangan bersujud kepada selain dari Allah, kerana tiada arahan berbuat demikian.
2. Suami wajib ditaati dan dipatuhi oleh si isteri.

Ahli tasir mengatakan ada bebepa kemungkinan di dalam masalah sujud malaikat kepada Adam:
1. Malaikat benar-benar sujud kepada Adam dengan meletakkan dahinya ke tanah. Bukan sebagai penyembahan tetapi sebagai penghormatan serta melaksanakan perintah Allah.
2. Boleh jadi juga para malaikat itu pada hakikatnya bersujud kepada Allah, tetapi dengan menjadikan Adam sebagai kiblatnya. Ini sebagaimana kita diperintahkan bersujud kepada Allah dengan menjadikan ka’bah sebagai arah kiblah kita.
3. Ada juga yang mengatakan bahawa sujud malaikat kepada Adam bukanlah sujud dalam ertikata bersujud yang sebenarnya. Tetapi ia berbentuk sujud maknawi, iaitu dengan berikrar dan mengiktiraf kelebihan Adam.

Perlakuan sujud kerana menghormati (bukan penyembahan/ ibadah) memang berlaku pada umat zaman dahulu. Termasuk pada zaman Ya’qub dan Yusof, firman Allah Taala menceritakan mengenai Yusof a.s.:

"Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf"(Yusof: 100)

Tradisi bersujud kerana hormat ini berlaku hinggalah berakhir pada zaman Rasulullah s.a.w. Umat Muhamad di larang bersujud kepada selain dari Allah. Ketika para sahabat melihat pokok dan unta bersujud kepada Rasulullah s.a.w., mereka berkata: "Kami adalah lebih patut bersujud kepadamu."Rasululla h s.a.w. bersabda:

"Tidak sepatutnya seseorang itu bersujud kepada selain dari Allah Tuhan seru sekelian alam."

Perkara ini juga pernah terjadi kepada Mu’az bin Jabal yang baru sampai dari Syam, lalu bersujud kepada Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: "Apa ini"? Mu’az menjawab: "Wahai Rasulullah s.a.w., aku baru datang dari Syam, aku pernah melihat mereka (penduduk Syam) bersujud kepada pembesar dan pendeta mereka. Aku ingin melakukan itu terhadapmu." Baginda bersabda:

" Jangan lakukan. Jika aku diperintahkan sesuatu itu boleh bersujud kepada sesuatu, nescaya aku akan memerintahkan agar wanita bersujud kepada suaminya.al- hadis." (HR Ibnu Majah)
Oleh itu, bersujud kepada selain dari Allah adalah haram hukumnya. Tidak kira samada sujud itu kerana penyembahan atau hanya semata-mata penghormatan.

Rumusan

1. Berjabat tangan adalah sunat.
2. Mencium tangan adalah dianjurkan kepada mereka yang dimuliakan dari segi keagamaan. Dimakruhkan jika kemuliaan itu dari segi keduniaan.
3. Membongkokkan badan kerana menghormati seseorang adalah makruh.
4. Bersujud kepada selain dari Allah adalah haram.
5. Apabila kita berjabat tangan dengan ibu atau bapa kita, kita terpaksa membongkokkan badan kerana mahu mencium tangannya. Kita membongkokkan badan bukan atas tujuan menghormatinya. Hal ini dibolehkan, cuma tidak boleh berlebih-lebihan.
Wallhu a’lam

Rujukan

1. Al-Quran
2. Tafsir al-Qurthubi
3. Sahih Bukhari
4. Al-Azkar
5. Ahsanul Kalam

the greatest


bermula 23 oct 2008. 1 lagi tarikh bermakna
buat diri gua.lepas je abis clas dlm pkul 1200
tghari tu.barang2 sudah siap sedia dipacked. 1
travel yang penuh marvelous.pkul 0330 ptg
bermulalah perjlanan ke mentakab atau lebih tepatnya
batu 12,kg rantau panjang...bkn rantau panjang kelantan,
tp pahang.

walaupun perjalanan sedikit jauh dan sememangnya memenatkan,
coz xsempat nak rest sebelum bertolak,tp ia cukup2 menyeronokkan.
perjalan yang dipagari pokok2 menghijau di kiri kanan jalan
dan berbackgroundkan bukit bakau dan juga gunung ganang cukup untuk
membuatkan mataku segar bugar. ditokok pulak dgn angin fresh yang
datang dari celah2 pokok merempuh tubuh gua menambahkan lagi semangatku
ini. jalan lama ke mentakab pilihan hati gua sebabnya tak lain x
bukan adalah untuk tidak memboringkan perjalan gua itu, manakan
tidaknya sepanjang perjalanan itu mata gua ditayangkan dengan pelbagai
ragam masyarakat, tumbuh tumbuhan dan juga binatang2 yang hidup
disepanjang jalan berkenaan. 1 lagi sebabnya adalah untuk mengelakkan
dari polis....hehe gua xda lesen lagi da.huhu.sory beb.....

sepanjang perjalanan 2, mulut gua xlekang dari menyebut tahmid, tahlil,
tasbih, takbir, ayat kursi, ayat seribu dinar pun gua hentam gak janji
perjalan gua xlari dari mengingati ALLAH SWT. dan yang paling banyak gua
sebut adalah doa nabi yunus ketika dalam perut ikan nun 2. dan
alhamdulillah perjalan gua xbayak halangan. walaupun ada ngantuk2,biasala 2. mana2 pun gua travel, inilah yang selalu gua amalkan.

pendekkan cerita, jam menunjukkan dekat nak pkul 6 tibalah gua kat
destinasi yang dituju2 itu. syukur rasanya pada TUHAN. hehe tp maye
asar dok gi time 2.....

`menadah kitab` itulah yang nak gua royak, tapi hari khamis malam
jumaat 2 xngaji coz cuti da.sama gak nga hari jumaat. jumaat malam
sabtu baru ada... jadi sepanjang hari jumaat 2, borak2 nga adik gua
la. adik gua ni memang kuat speaking lepas satu tajuk abis timbul
tajuk lain pulak. xpernah jemu.... suasana kat pondok 2 cukup menenangkan
masakan tidaknye kawasan pondok 2 di kaki bukit. segar mata memandang
tumbuh-tumbuhan yang dijadikan oleh ALLAH yang mana tidak lain tidak
bukan adalah supaya hambaNYA sentiasa berfikir dan bersyukur.

HATI GUA BERBUNGA berada kat sini walaupun hanya sekejap jua. sesi menadah
kitab gua hayati dengan penuh khusyuk. tok guru yang mengajar pun sangat
marveluos, idea yang bernas dan kadang2 sangat mencuit hati telah berjaya
menghapuskan ingatan gua terhadap dunia yang penuh kelalaian ini. ALLAHUAKBAR!!!!
pengalaman yang tidak akan dilupakan. sering gua termenung sendirian, alangkah
bertuahnya gua kalau dapat menuntut di mahligai ilmu ini dan inilah jua yang
sentiasa menjadi impian abadi gua...entah bila akan tiba masanya... kalaulah
bukan kerana ilmu kapal terbang yang sedang gua tuntuti ini dan diekori
pulak dengan loannya sekali, dah lama gua bahagia dalam mahligai ilmu itu.
tapi apapun gua redha dengan takdir ILAHI ini. mungkin ada hikmah yang
akan menyusuri nanti.

MEMASAK, inilah tugas OT seorang abang terhadap adiknye hehe. 4 hari jadi
chef untuk adik gua dan yang paling kerap gua masak adalah nasi goreng `SENANGKAN?`


bersambung......

TOK GURU NIK AZIZ

TGNA - Role Model

TGNA - Role Model

Tok Guru Nik Aziz tidak boleh diperkecilkan keperibadiannya..

Orang bukan Islam jatuh hati dan terpikat dengan kesederhanaan Nik Aziz lalu memilih untuk memangkah PAS..

Lihatlah rumahnya, kehidupannya, lemah lembutnya, tidak meninggi diri dan suara, tenang dilanda dugaan ketika orang PAS langsung tak melawan waktu Nik Adli disumbat ke Kemunting!

Pernah aku lihat sendiri beberapa orang cina dengan seluar katoknya berlari turun ke padang dari atas bukit di Cheras Perdana untuk mendekati Nik Aziz sesudah selesai ceramahnya!

Nik Aziz pemimpin yang dilihat bagai tiada bezanya dengan orang biasa yang lain jika beliau duduk dalam satu kumpulan.. (Saidina Umar Al Khattab sewaktu mencari calon pemimpin untuk menjadi ketua atau gabenor melihat ciri2 ini untuk mengisi jawatan tersebut)..namun karismanya terserlah di dalam kelompok itu..

Rumah TGNA

Rumah TGNA

Tubuh sederhananya juga menggambarkan dirinya tenang dan tidak menjadi hamba kepada perut..(Ulama2 muktabar dan zuhud jarang perutnya boroi kerana selalu berpuasa..perut lubuk segala penyakit)

Untuk PAS memerintah Malaysia dengan membawa Islam sebagai cara hidup bukanlah dengan berteriak dan mendakwa membawa Islam - tetapi menunjukkan keindahan Islam itu sendiri sebagai sesuatu yang menyenangkan..

Melihat Tok guru amat menyenangkan - tak kira apa bangsa pun..

Tiada riak garang, angkuh dan kelihatan amat tawadhuk..

Tiada imej “orang kaya” yang menjarakkan si miskin untuk mendekati..

Tiada imej korporat yang membuat marhaen segan menghampiri…

Tanpa Kelibatmu...

CERITA RAYAKU

Ada satu alkisah lucu yang kawan gua cerita ketika gua balik raya lepas........

Dalam satu perkampungan asli, ada seorang penduduknya yang tersangat kaya antara penduduk kampung tu lah. harta yang orang lain xde tapi dia ada adalah JAM DINDING.
guna punya guna (jam tu la)....satu hari jam dia tu mati (xjalan maknanya) jadi dia pun dok tengok je jam tu, nak baiki dia xpandai...lama punya lama dia dah xtahan. jadi dia pun cuba nak ambil jam dari dinding rumah. baru je dia angkat jam tu, tiba2 cicak kering (dah mati) terjatuh, so dia pun cakap "PATUT LA JAM AKU XBERGERAK, DRIVER DIA MATI RUPANYE" hehehe.......

moral value: JANGAN JADI JAHIL LOOOO.....

Sistem Syura Sebagai Penganti Demokrasi

-

Islam adalah aqidah dan perundangan bagi menjadi petunjuk dan mengatur kehidupan manusia menjadi sempurna. Islam datang melalui wahyu melalui Nabi-Nya yang diutus bagi menunjuk ajar manusia corak kehidupan berTuhan dan agar kita sentiasa berada dalam lingkungan jalan yang selamat. Agama Islam telah sempurna malah menjelaskan segala macam persoalan yang diperlukan manusia termasuklah dalam persoalan politik yang meliputi perundangan/pentadbiran sesebuah masyarakat atau negara, ekonomi, sosial, perhubungan serta kemasyarakatan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya),

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagimu.” (al-Ma’idah, 5: 3)

Imam Ibnu Katsir menyebut berkenaan ayat ini (maksudnya),

“Ini adalah nikmat Allah yang terbesar yang diberikan kepada umat ini, di mana Allah menyempurnakan untuk mereka agama mereka sehingga mereka tidak perlu lagi kepada agama selainnya, dan tidak perlu kepada seorang Nabi pun selain Nabi mereka (Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa Sallam). Kerana itu, Allah menjadikan Nabi mereka sebagai penutup para Nabi dan mengutusnya kepada manusia dan jin. Tiada kehalalan kecuali apa yang dihalalkannya, tiada keharaman kecuali apa yang diharamkannya, dan tiada agama kecuali apa yang disyari’atkannya. Segala yang disampaikannya adalah kebenaran dan kejujuran.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Pustaka Ibnu Katsir, Cet. Pertama Oktober 2007 (Bogor), jilid 3, m/s. 26)

Dengan ini, demokrasi bukanlah suatu sistem yang bertunjangkan Islam malah bukan juga merupakan ideologi politik yang lengkap atau sempurna yang boleh dianggap suatu yang bersih lagi adil. Ia diasaskan oleh idea-idea falsafah dan pemikiran manusia yang memiliki banyak kelemahan. Malah, sistem demokrasi itu sendiri memiliki banyak versi dan corak perlaksanaannya agak berbeza-beza bagi setiap tempat atau negara. Ia juga sentiasa berevolusi dari masa ke semasa.

Berbeza dengan konsep Islam, ia adalah bertunjangkan agama yang tujuannya adalah kerana Allah. Konsep Islam adalah konsep mentauhidkan dan mengesakan Allah. Setiap asas perundangan dan peraturan kehidupan adalah diambil dari ketetapan yang telah ada di dalam agama dengan merujuk melalui Kitab-Nya atau Sunnah Rasul-Nya. Dengan menepati kehendak yang Maha Pencipta, maka barulah keadilan sejagat sebenarnya akan dapat dicapai. Kerana kita mengimani bahawa Dila yang Maha Mengatur dan maha mengetahui.

Di dalam Islam, soal pentadbiran, perundangan, dan kaedah memilih pemimpin adalah melalui suatu sistem yang dinamakan sebagai Majlis Syura. Ianya terbina di bawah pentadbiran Islam dan terdiri dari kalangan “Ahlul Hal wal Aqdi” iaitu para ulama dan ilmuan yang soleh, bijaksana, zuhud, adil lagi taat kepada Allah bersesuaian dengan kedudukan mereka sebagai pemimpin masyarakat Islam yang bertanggungjawab dalam memutuskan sesuatu permasalahan dalam pentadbiran sesebuah masyarakat atau negara. Keadaan perbincangan di dalam Syura ini berlaku dalam keadaan ilmiyah, sopan, berakhlak, tenang, dan berpandukan fakta-fakta agama yang betul serta maklumat yang tepat.

Kaedah Syura amat berbeza sekali dengan perbahasan di dalam sistem demokrasi yang mana sistem demokrasi berpandukan kepada parlimen yang bertunjangkan Britain (The Mother of Parliments) yang ia memiliki kuasa utama dalam pembentukan perlembagaan (sistem yang mentadbir negara). Parlimen bagi sesebuah negara demokrasi boleh dianggotai sama ada oleh parti yang berbeza ideologi, kewujudan kaum lelaki mahu pun wanita (percampuran/ikhtilat), oleh orang kafir, fasiq, berilmu, jahil, mahu pun dari mereka yang memiliki aliran pemikiran yang pelbagai. Setiap usul dan cadangan yang dikutip dari suara mejoriti rakyat dibawa oleh setiap anggota atau perwakilan (termasuklah para pelobi) ke dalam parlimen untuk diputuskan. Yang mana di sini setiap perkara diputuskan berdasarkan terma-terma perlembagaan dan akal. Dengan tersebut, setiap perbincangan dan perbahasan sering melahirkan suasana yang tegang, saling mengkritik, merendah-rendahkan, pelepasan perasaan, pertikaman lidah, pertengkaran dan seumpamanya sebagaimana yang sering berlaku di Korea, Taiwan, Eropah, dan beberapa negara lain. Ini sekaligus menunjukkan betapa tidak matangnya perbahasan seperti itu dan sistem yang mereka duduki.


Berbeza dengan Islam melalui sistem Syura, Ia bertunjangkan kepada dasar-dasar agama wahyu berpandukan al-Qur’an dan as-Sunnah. Ini kerana setiap Muslim beri’tiqad bahawa tiada suatu teori atau falsafah yang lengkap kecuali Kitab Allah (al-Qur’an) yang merupakan wahyu dari Allah sebagaimana dalil yang dibawakan tadi, “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagimu.” (al-Ma’idah, 5: 3) dan juga firman-Nya yang bermaksud, “Tiadalah Kami lupakan sesuatu pun dalam al-Kitab (al-Qur’an)” (al-An’am, 6: 38). Oleh kerana itulah, Islam menolak apa jua teori dan pemikiran yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam yang telah sempurna bagi manusia.

Di dalam perundangan Islam, pemimpin adalah dipilih melalui sistem Syura yang melibatkan ahlul hal wal aqdi yang terdiri daripada para ulama lagi ilmuan yang mengetahui selok-belok kepimpinan, yang soleh, bijaksana, zuhud, adil lagi taat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Majlis Syura mungkin terdiri dari 2 orang anggota, tiga orang, empat orang, lima orang, atau enam orang. Ia juga sah dengan satu orang keanggotaan berdasarkan atsar (riwayat dari sahabat) tertentu. (Ikuti perbahasannya di dalam al-Ahkam as-Sulthaniyyah oleh Imam al-Mawardi)

Mereka dari kalangan anggota majlis Syura (ahlul hal wal aqdi) perlulah mengetahui dan menyelidiki peribadi seseorang yang hendak dipilih sebagai pemimpin. Sama ada dia layak atau pun tidak. Sama ada dia memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik atau tidak. Kemudian mereka memilih siapa di antara orang-orang tersebut yang paling banyak kelebihannya, paling lengkap kriterianya, mampu berijtihad di dalam soal hukum tertentu di dalam pentadbiran, yang mampu mendapat sokongan (ketaatan) daripada rakyat, dan mereka tidak menolak dalam membai’atnya (mentaati dan mengangkatnya). Seseorang yang ingin dilantik untuk menjadi pemimpin tidak boleh dipaksa dan jika dia menolak untuk dijadikan sebagai pemimpin, maka jawatan kepimpinan haruslah diberikan kepada orang lain yang memiliki kelayakan. Ini kerana jawatan kepimpinan adalah aqad atas dasar kerelaan dan tidak boleh mempunyai unsur-unsur paksaan di dalamnya. (Rujuk: Imam al-mawardi, al-Ahkam as-Sulthaniyyah, Darul Falah (Jakarta), Cet. 3 (Mei 2007), m/s. 6)


Perlantikan pemimpin juga adalah berdasarkan kriteria semasa. Menurut Imam al-Mawardi di dalam persoalan ini katanya:

“Jika individu pertama lebih pandai dan individu kedua lebih berani, maka yang dipilih adalah siapa yang paling tepat pada zaman tersebut. Jika pada zaman tersebut yang diperlukan adalah keberanian kerana wujudnya pelbagai ancaman dan perlunya kepada pertahanan dan perjuangan, maka mereka yang lebih berani diperlukan. Jika yang diperlukan pada zaman tersebut adalah ilmu, di mana mungkin pada masa tersebut bermunculan ramainya ahli bid’ah dan banyaknya kejahilan maka individu yang berilmu adalah lebih diperlukan.” (Rujuk: Imam al-mawardi, al-Ahkam as-Sulthaniyyah, Terbitan Darul Falah (Jakarta), Cet. 3 (Mei 2007), m/s. 6)

Maka, melalui majlis Syura, pemilihan utama bagi suatu jawatan kepimpinan adalah berlegar di dalam pemesyuaratan dan perbincangan dalam kalangan barisan para ulama, mereka yang benar-benar berilmu dan arif lagi bijaksana dalam soal tersebut. Ia tidak diserahkan kepada orang awam atau kelompok sembarangan yang tidak berkelayakan yang mana terdiri dari pelbagai latar belakang yang sama ada diketahui atau sebaliknya. Maka, pemilihan dapat berlaku dengan aman, ilmiyah, dan pemilihan berlaku dengan tepat di atas dasar ketelitian serta pengetahuan yang menepati keperluan.

“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan bermesyuarat (syura) antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka.” (Surah asy-Syuraa, 42: 38)

Melalui aspek Syura juga, asas piawaian pada setiap permasalahan akan dirujuk kepada al-Qur’an dan bimbingan as-Sunnah. Begitu juga asas, kaedah, serta peraturan untuk suatu ketetapan hukum tertentu dan perundangan diteliti berdasarkan Kitabullah (al-Qur’an) dan as-Sunnah sebelum tindakan dilaksanakan. Setiap persoalan dinilai secara ilmiyah berdasarkan dua sumber tersebut yang merupakan perlembagaan tertinggi umat Islam. Persoalan-persoalan ini diserahkan (dikembalikan) hanya kepada mereka yang mengetahui (yang memiliki ilmu) lagi ahli dalam setiap bidangnya.


“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan sesat yang nyata.” (Surah al-Ahzaab, 33: 36)

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (Surah an-Nisaa’, 4: 59)

“Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (tentang isi al-Qur’an dan sunnah) jika kamu tidak mengetahui” (Surah an-Nahl, 16: 43)

Berbeza sekali dengan kaedah-kaedah yang dibentuk di dalam sistem demokrasi, semua perkara dan permasalahan rakyat dikembalikan kepada kebijaksanaan rakyat, kuasa di tangan rakyat (dan melalui wakil-wakilnya di parlimen), dan fokus perlembagaannya adalah juga dibentuk berdasarkan pemikiran manusia yang terbuka kepada pelbagai kelemahan sekaligus membelakangkan perlembagaan tertinggi iaitu al-Qur’an dan sunnah Rasul-Nya.

aku benci

aku benci tv.espcaly tv1,2,3,nt7,n 9 tapi ok sikit...buat tambah dose je
tengok tv,lebih baik aku main laptop,ad sikit faedahnye. time berita
gua tengok gak r,untuk mengetahui perkembangan mutakhir. tidak lebih
dari itu. tp secara tak langsung keluar gak komen2 individu dari mulut
gua.

tengoklah cerita2 yang bermain di kaca tv,penuh dengan ketololan,
kebodohan,kekhayalan,yang paling teruk adalah siaran yang penuh
kemaksiatan kepada ALLAH. antara contoh ceritanye adalah BAWANG MERAH
BAWANG PUTIH,EZORA,PAPAYA,ANAKKU BUKAN ANAKKU, n banyak lagi lah.
semua ini membawa kepada kemurkaan ALLAH.

adakah penerbitnya tidak tahu halal haram.yang telah digariskan dalam al quran?
kalau xpandai bahasa arab leh tengok tafsir.kalau xmahu gak pegi ar masjid2,surau2
untuk mendengar ceramah agama. sedarkah berapa banyak dosa yang ditanggung
oleh pelakon,pengurus,penerbit,n semua krew2 yang terlibat dalam menjayakan
program LAWAN TUHAN itu? mereka hanya tahu tentang kehidupan dunia fana sahaja.

manakah bekalan untuk mereka menghadapi sakaratul maut,alam kubur,
n yang paling besar adalah perhitungan hari kiamat nanti? timbang kebaikan
atau keburuka yang mereka idamkan?

majalah 3 august23,08


lepas je solat insya` dan duduk sebentar mendengar santapan roh(sedikit tazkirah) oleh kawan gua. then solat sunnat ba`diah, walaupun ari tu ada tabligh suruh solat sunnah dulu sebelum baca tazkirah. tp xleh laksanakn. coz kat sini kalu solat sunat dulu,makmum akan terus balik.so kena baca dulu la hehe.... memang kat sini kami bergilir2 baca tazkirah. malam ni giliran kawan gua baca tazkirah tentang BALA YANG DISEGERAKAN ALLAH. insaf gak r dengar....

balik je umah(sewa), tv jadi santapan. apa yang menarik perhtian gua adalah rancangan majalah 3. memang sonok tengok. dia wat dokumentari pasal borio(klu xsalah) tempat 2 kat timur sarawak. nak gi sana kena naik flight. MAS WINGS nama syarikat yg mengendalikan penerbangan.2 x sehari je penerbangannye... sampai je kat sana cameramen terus fokus kat gunung. FUH!!!!WAH!!! memang cantik sungguh alam ciptaan TUHAN. xterucap leh kata2...memang sejuk mata memndang. itulah bumi yang belum dilacur oleh manusia yang rakuskan pembangunan. sayu n terasa kerdil melihat KEAGUNGAN pinjaman ALLAH. gunung2 terpacak megah di timbusi awanan memutih bak kapas segar....

jalan berbatu ditambah padang rumput sebagai devider jalan menambahkan keaslian kampung pedalaman. rumah2 di kaki gunung berhadapan baruh padi yang menghijau dan awan sebagai peneduh dari sinar matahari liar.sejuk suhu antara 14c-24c memutihkan kulit penduduknye dan menyegarkan seluruh badan setiap pengunjung.kabus suci begitu rendah memudahkan dicapai tangan kerdil. semua itu adalah kejadian KHALID buat makhlukNYE supaya mereka bersyukur tetapi malangnye hanya sedkit dari mereka yang mengerti. kebanyakan mereka adalah penganut kristian yang jelas akan neraka tempat kembalinye jika mereka tidak kembali kepada asal. gua tertanya2 tidak adakah usaha untuk mengislamkan mereka?

sugguh sedih bila memikirkan tentang meraka, terlena dengan keindahan dunia semata yang mana kadang2 ALLAH jadikan untuk menyesatkan lagi mereka itu. itulah dunia, tidak semua yang indah itu baik dan tidak semua yang hodoh itu buruk. wahai manusia yang punya akal, berfikirlah kamu sebaiknye........

Terharu dengan 'petugas' ber'tshirt' pagoda yang kini seorang MB

Tarmizi Mohd Jam

Walaupun cerita lama, terungkap di dalamnya kesedaran dan ukhwah sesama manusia. Bahkah lebih dari itu, terasa kemesraan dan tingginya nilai pertolongan sewaktu terdesak. Semuanya ini terjadi, ketika negara terkejut dengan isu "Deepa raya".

Rakan saya, yang kini Timbalan Pesurujaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Nazir Zakaria menceritakan pengalamannya itu. Suatu ketika keretanya pernah mengalami kerosakan gearbox di Lebuh Raya Utara Selatan, dekat susur keluar Tapah.

Ustaz Nazir berasal dari Kuala Kedah tetapi sudah lama menetap di Putrajaya. Kerosakan kereta itu terjadi sewaktu beliau hendak ke Kuala Lumpur.

Setelah tercari-cari siapakah yang boleh membantu, beliau menghubungi Setiausaha PAS Putrajaya, Wan Hasrul Affendi. Kebetulan kereta Proton itu dipinjam darinya dan Ustaz Nazir adalah Yang Dipertua PAS Putrajaya. Wan memberikan nombor telefon yang boleh dihubungi di kalangan aktivis PAS Perak.

Ustaz Nazir menghubungi nombor tersebut. Amran Harun, pemilik nombor telefon itu memberi jaminan akan menghantar seseorang ke sana. Ketika itu, Amran adalah Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS (JPN) negeri berpangkalan di Ipoh. Tidak lama kemudian, seorang petugas PAS sampai dan membawa Ustaz Nazir serta kereta tersebut ke sebuah bengkel.

Sikap bertanggungjawab Amran cukup terpuji. Setelah seminggu berlalu, Amran sendiri menghantar kereta yang sudah siap dibaiki ke rumah Ustaz Nazir di Putrajaya, dari Kampar. Amran juga adalah Setiausaha PAS Kawasan Kampar, waktu itu.

Ketika ummat Islam mahu menyambut hari raya Aidulfitri, yang dikongsikan oleh kerajaan Barisan Nasional dengan hari raya Depavali dan disebut "Depa Raya", sekali lagi Ustaz Nazir ditimpa kecelakaan. Tayar kereta Citra miliknya terbelah akibat terlanggar gigi jalan yang agak tajam di stesyen Petronas Hentian Rehat Tapah.

Ustaz Nasir bersama isteri dan anak-anak dalam perjalanan ke Kuala Kedah. Untuk berhari raya di kampong.

Waktu itu, tiada satupun kedai beroperasi kerana esoknya umat Islam akan menyambut hari raya Aidulfitri. Dan hari tersebut pula, orang sibuk menyambut hari raya Depavali. Ustaz Nazir bertambah panik, tiada tayar simpanan dalam kereta.

Tiba-tiba, beliau teringat Amran Harun yang pernah menolongnya kira-kira setahun sebelum itu. Beliau terus menghubungi Amran. Nampaknya, Amran masih mengenal Ustaz Nazir dan berjanji akan menghantar "petugas" ke Hentian Rehat Tapah itu dalam masa 30 minit.

Ketika itu, umat Islam masih berpuasa dan esok akan menyambut hari raya. Bayangkanlah, terbelahnya tayar kereta itu dalam suasana terik matahari. Tayar simpanan tiada. Selang beberapa minit, telefon berbunyi. Seorang "petugas" terus bertanya Ustaz Nazir, saiz tayar dan jenis tayar bagi memudahnya mendapatkan tayar berkenaan.

Kira-kira 30 minit kemudian, "petugas" berkenaan sampai dan membawa tayar terpakai. Seorang yang sederhana kurus, bercermin mata dan kelihatan peramah. Barangkali "petugas" itu tinggal tidak jauh dari Tapah.

Malangnya, tayar yang dibawa (terlekat bersama rim) tidak sesuai dengan kedudukan skru pengikat rim. Akhirnya, "petugas" itu mengajak Ustaz Nazir mencari kalau-kalau ada kedai atau bengkel yang beroperasi hari itu sekitar pekan Tapah.

Dengan menaiki kereta "petugas" itu, mereka menuju Pekan Tapah. Semua kedai kelihatan tertutup kaku. Tiada satupun bengkel yang membuka pintunya. Tiada juga kedai tayar yang menggamit pelanggan hari itu. Semua bercuti, sebab hari itu hari raya Depavali dan esok hari raya Aidulfitri.

"Petugas" itu melurukan keretanya ke arah Pekan Bidor. Jauh juga perjalanan dari Tapak ke sana. Patah semula ke arah Kuala Lumpur mengikut jalan lama. Mereka bernasib baik, terdapat satu bengkel yang masih beroperasi. Dan ada pula, tayar yang dicari-cari.

Dari jalan lama itu, mereka keluar ke susur Bidor dan masuk semula ke Lebuh Raya Utara Selatan menuju Hentian Rehat Tapah, tempat kereta Ustaz Nazir ditinggalkan bersama anak dan isterinya. Sebaik tiba, "petugas" itu terus membuka baju kemejanya. Yang tinggal hanya tshirt pagoda nipis berwarna putih.

Ustaz Nazir cuba untuk membantu tetapi ditegah oleh "petugas" itu. Kerana katanya, ini sudah jadi tanggungjawab beliau untuk menolong sesiapa sahaja khususnya ahli-ahli PAS sepanjang lebuh raya mahupun jalan lama yang merentasi negeri Perak.

Amranpun pernah memberitahu perkara itu. "Petugas" itu juga mengesahkan bahawa mereka ada team yang boleh dipanggil, jika berlaku musibah menimpa ahli-ahli PAS sepanjang perjalanan. Baik membabitkan kereta, motosikal mahupun kenderaan lain.

Peluh jantan mencurah-curah keluar. "Petugas" itu terus gigih memasang semula rim kereta. 'Tshirt' pagodanya sudah lenjun basah. Terik mahatari bukan kepalang. Hari itu, umat Islam berpuasa. Tentu sekali letih, dahaga dan tidak bermaya. Namun, "petugas" itu tekun menjalankan amanah parti, menolong sesama manusia.

Setelah selesai, dan "petugas" itu mengesat peluhnya, dia mengenakan semula baju kemejanya. Ustaz Nazir menghulurkan sedikit wang sebagai sagu hati. "Petugas" itu menolak, kerana katanya dia menolong dengan ikhlas. Bukan untuk mendapatkan wang.

Sebagai tanda ukhwah, rasa tanggungjawab dan tidak sampai hati, Ustaz Nazir menjadi serba-salah dengan penolakan "petugas" itu. Ustaz Nazir terus menghulurkan duit saguhati itu, kalau "petugas" itu tidak mahu menerimanya, beliau minta dimasukkan ke dalam tabung jamaah (PAS).

Sambil berpeluk-pelukan, Ustaz Nazir mengucapkan berbanyak terima kasih kepada "petugas" yang cukup baik hati itu. Beliau menghulurkan kad nama kepada "petugas" itu, kalau-kalau selepas ini boleh berjumpa di mana-mana, makan-makan sebagai tanda ukhwah.

"Ustaz Nazir Zakaria. Oh... Ustaz, Bendahari PAS Wilayah. Jadi Yang Dipertua Kawasan Putrajaya juga," kata "petugas" itu sambil membaca bait-bait yang ditulis pada kad nama Ustaz Nazir. "Petugas" itu juga turut mengeluarkan kad namanya dan menghulurkan kepada Ustaz Nazir.

"Ini kad ana. Manalah tau, kalau-kalau berlaku apa-apa, hubungi terus ana," ujar "petugas" itu sambil menghulurkan sekeping kad nama kepada Ustaz Nazir.

Tertera pada kad itu, nama Ir Mohamad Nizar Jamaluddin; Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan (Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar, Perak). Rupa-rupanya, "petugas" itu adalah kini, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan Amran Harun pula menjadi Pegawai Khas beliau. - tmj/mks._

Cerpen: Sulaiman Hanya Untuk Balqis

Sudah seminggu dia berada di rumah kakaknya Siti Mariam sejak kembali dari menunaikan umrah, kebetulan kakaknya baru sahaja melahirkan anak kedua, Luqman Hakim. Sudah semestinya ibunya turut berada di situ untuk menjaga kakaknya yang sedang berpantang.

"Hmmm... bila Angah nak mula bertugas semula?" tanya Siti Mariam yang baru sahaja menidurkan anaknya.

"Lagi dua hari Kak Long, rasanya Angah nak berehat puas-puas, sebab... bila dah mula bekerja nanti... tak ada pula masa nak rileks! Banyak kerja. Ialah, dah tiga
minggu saya bercuti' jawab Sulaiman sambil menyuapkan roti bakar bersapu kaya ke
mulutnya.

"Hmmm kamu tu Sulaiman, dalam otak lain tak ada ke? Asyik ingat kerja... je, sesekali tu fikir-fikirkanlah tentang hidup dan masa depan," sampuk Puan Asiah yang dari tadi membisu.

"Maksud mak?" Tanya Sulaiman pura-pura tak faham.

"Cuba Angah tengok Kak Long, dah 2 orang anak, kamu tu bila lagi? Nak tunggu puteri kayangan pinang kamu ye?" Leter ibunya lagi.

"Belum ada calon yang sesuai mak... lagipun perempuan-perempuan yang saya jumpa tu, semuanya tak memenuhi citarasa saya mak!"

"Kamu nak yang macam mana lagi? Yang mak berkenan kamu pula tak berkenan.."

"Alaa yang biasa - biasa cukuplah, sama seperti semua lelaki impikan... gadis yang lemah lembut, berbudi bahasa, beragama dan sedap mata memandang. Tapi, yang paling penting... namanya Balqis!"

"Susahlah kalau macam tu" ujar Puan Asiah. Dia menggelengkan kepalanya memikirkan kerenah anak bujangnya yang sorang ni.

"Mak, saya harap-harap Luqman dan Aidil bila besar nanti tak la ikut perangai buruk Pak Ciknya!"

"Isshh... itu tak apa juga Yam, dia nakkan orang yang bernama Balqis, kalau dibuatnya nakkan omputih... err.. apa ke namanya? Alaa.. yang bebudak muda suka sekarang ni...apa...orang panggil?
Britney Spears ke Christina Aguilera ke..kan ke naya kamu Yam!" Suasana hening pagi itu dipecahkan dengan ketawa tiga beranak itu apabila berbelit lidah Puan Asiah yang ingin menyebut nama penyanyi barat yang terkenal itu. Terpegun juga Sulaiman apabila mendengarkan kedua-dua nama itu disebut oleh ibunya, tapi...biasalah, ibu millenium!

"Emmm... mak nak tahu tak, Yam dengar di tadika Aidil ada guru baru. Orang cakap cantik orangnya, berbudi bahasa... kalau nak dikira , sesuailah untuk dijadikan calon..." Sengaja Siti Mariam menguatkan suaranya.

"Iya ke Yam? Anak siapa tu?"

"Anak ustaz Haji Syukri, yang selalu mengajar di surau tu. Baru je tamat universiti, kursus psikologi. Saja dia mengajar di tadika tu, katanya nak cari pengalaman," terang Siti Mariam panjang lebar.

"Amboi, elok benarlah tu Yam, kalau sesuai..bolehlah kita kenalkan pada Sulaiman... tapi apa namanya?"

"Namanya? Nurain mak.." jawab Siti Mariam pendek.

"Nurain? Hmm tak payahlah kau nak kenalkan pada adik kau Yam, kalau Balqis tu bolehlah dipertimbangkan...."

"Apa nak buat mak, melepaslah lagi nampaknya kita," ucap Siti Mariam dengan nada yang agak kesal.

Sulaiman dari tadi hanya mendengar perbualan ibu dan kakaknya. Sesekali dia menghirup milo panas kegemarannya. Geli hati Sulaiman melihat gelagat mereka berdua, pantang ada anak dara yang berkenan di hati mereka, pasti kepada Sulaiman diberitahu. Cis, ada konspirasilah pula! Komplot mencari jodoh! Memang Sulaiman sedar, kebimbangan kakak dan ibunya itu berasas, kerana usianya bukan di tahap remaja yang baru akil baligh lagi, tapi dah layak jadi bapak orang lagi! Ialah dalam usia 31 tahun dia belum menemui jodoh yang sesuai lagi. Tetapi, bagi Sulaiman itu bukan menjadi masalah kerana menurut pepatah Inggeris 'life begins at 40'! Dia tersenyum sendirian. Ramai orang bertanya, mengapa gadis bernama Balqis jua pilihan di hati? Kenapa ye?

Kerana Sulaiman hanya untuk Balqis! Itulah jawapannya. Memang ringkas, namun tetap timbul kekeliruan. Sukar untuk Sulaiman terangkan dengan lebih lanjut apa yang tersirat di hati, kerana dia tahu pasti tiada yang memahami.

Dia masih ingat, ketika dia masih kanak-kanak lagi, arwah Tok Wan suka bercerita kepadanya tiap kali ada waktu terluang. Suatu hari Sulaiman pernah bertanya kepada Tok Wan satu soalan yang sehingga kini terpahat di dalam dirinya.

"Tok Wan, kenapa saya dinamakan Sulaiman?"

"Sebab mengambil sempena nama nabi Sulaiman" jawab Tok Wan ringkas, sambil menyedut asap rokok daunnya dalam-dalam.

"Siapa tu Tok?" tanya Sulaiman lagi.

"Baginda merupakan salah seorang nabi yang hebat. Banyak keistimewaan yang tuhan kurniakan kepadanya. Contohnya, baginda boleh bercakap dengan haiwan, memerintah jin dan manusia selain daripada menggunakan angin sebagai kenderaannya."

"Wah, hebat betul nabi Sulaiman tu ye Tok?"

"Ya, tetapi kisahnya yang paling hebat ialah dakwahnya kepada ratu Balqis seperti yang tercatat dalam kitab Al-Quran, mengikut pendapat para ulama, akhirnya nabi Sulaiman berkahwin dengan ratu Balqis. Oleh itu, Tok harap bila Sulaiman dah besar nanti Sulaiman akan contohi sifat terpuji nabi tu ya! Jadilah seorang yang hebat dan bertakwa sama sepertinya."

"Ooo begitu kisahnya ye Tok? Nanti Sulaiman pun kena cari calon isteri yang bernama Balqislah ye Tok?"

"Iya" jawab datuknya sambil ketawa kecil melihat telatah cucunya itu. Sejak dari itulah telah tertanam dalam dirinya, Sulaiman hanya untuk Balqis!

Jam telah menunjukkan pukul 10.55 pagi. Sulaiman masih lagi tersengih sendirian apabila mengingatkan memori-memori indahnya bersama Tok Wan. Tiba-tiba dia tersentak apabila namanya dipanggil.

"Sulaiman.. ooo Sulaiman ... eh, tengok tu, kita panggil dia buat tak reti je...hmmm, beranganlah tu!" panggil Siti Mariam. Dia terus menggoncangkan bahu adiknya itu.

"Err..kak Long panggil saya ke?" tanya Sulaiman sambil tersengih.

"Iyalah, takkan Kak Long nak panggil Luqman pulak?!"

" Ada apa Kak Long?"

"Dah dekat pukul 11 ni. Boleh tolong jemput Aidil di tadika? Hari ni Cik Bakar yang selalu jemput Aidil tu tak dapat jemput, katanya dia ke rumah saudaranya yang sakit"

"Boleh, apa salahnya." jawabnya pendek.

"Ha Man, sambil-sambil kau dah ke situ, jeling-jelinglah Cikgu Nurain tu. Manalah tahu... kalau - kalau berkenan. Terlanjur mak ada di sini, bolehlah berkira apa yang patut." pesan Puan Asiah.

"Eh, emak ni ke situ pulak! Kan saya dah cakap kalaulah bukan bernama Balqis, biar secantik manapun, biar seribu yang datang, huh..sebelah matapun takkan dipandang!"

"Amboi, tak sayang mulut.. jangan cakap besar Angah, kalau sekejap lagi hati dah mula suka, baru kelu lidah nak berkata, maka berputiklah cinta... baru kau tahu langit tinggi ke rendah!
Ha masa tu baru tahu betapa azab menanggung panahan asmara! Pesan orang tua, terlajak perahu boleh diundur Angah.." sindir Siti Mariam sambil membetulkan duduknya.

"Panas.. panas... okeylah mak, saya pergi dulu ye? Karang kalau lama lagi...hmmm mahunya rentung saya mak... kena fire!."
Cepat - cepat Sulaiman meninggalkan meja makan dan terus berlalu meninggalkan ibu dan kakaknya.

Dengan berhati-hati Sulaiman meletakkan keretanya di hadapan tadika An-Nur. Dia bergegas ke tadika tersebut agar tidak lambat menjemput Aidil. Lega hatinya kerana kanak-kanak tadika itu belum keluar lagi. Sulaiman menanti dengan sabar walaupun bahang mentari kian terasa. Sambil membetulkan kaca mata hitamnya dia mendengar dan menghayati kanak-kanak menasyidkan Asma-ul - Husna. Sayup-sayup kedengaran suara seorang wanita yang begitu merdu sekali.
Dia terpesona seketika apabila terdengar suara itu mengalunkan nasyid tersebut. Terdetik di hatinya mencari siapakah gerangan empunya suara yang begitu mempersonakan. Melalui celahan cermin tingkap, samar-samar kelihatan seorang wanita yang bertudung biru lembut. Setelah selesai bernasyid, seorang demi seorang kanak-kanak bersalaman dengan guru itu. Tersentuh hati Sulaiman apabila melihat guru tersebut mengucup dahi setiap muridnya.

"Ah, dia benar - benar seorang wanita yang penyayang" bisik hati kecil Sulaiman dan dia benar-benar terpana.

"Cik Man, Cik Man.." Sayup-sayup suara itu mengejutkan lamunannya.

"Eh, Aidil, bila Aidil keluar? Puas Cik Man tunggu... tapi tak perasan pula Aidil dah keluar" ujar Sulaiman sambil melemparkan senyuman kepada anak saudaranya itu.

"Dah lama Aidil berdiri tepi Cik Man, tapi Cik Man buat tak tahu je... haa...Cik Man tengok Cikgu Ain ye?"

"Eh, tak adalah... yang mana satu cikgu Ainpun Cik Man tak kenal. Betul, Cik Man betul- betul tak perasan Aidil tadi sebab semuanya nampak sama je bila pakai uniform. Hmm, pandai-pandai ajelah Aidil nak usik Cik Man ye?" ujar Sulaiman tersipu malu. Dalam hatinya terdetik 'kantoilah pulak!'

"Aidil, itu ke cikgu Ain?" tanya Sulaiman sambil menunjuk ke arah seorang wanita muda yang berpakaian serba biru yang sedang tersenyum sambil melambaikan tangan ke arah murid-muridnya.

"Ye, itulah cikgu Ain. Cik Man nak tahu...cikgu Ain tu baik sangat. Bukan itu je, Cikgu Ain tu cantikkk.... macam Aiswarya Rai, heroin yang Aidil suka!"

"Iya?"

"Ha aaa... cikgu Ain pandai bernasyid juga tau Cik Man? Suara dia sedap..macam Siti Nurhaliza. Dia selalu ajar Aidil nasyid!.

'Perrgghh.. baik dia punya promote Si Aidil ni! Ingatkan ummi dengan neneknya saja yang promote cikgu tu lebih - lebih...Aidil pun sama? Ni mesti ada pakatan anak beranak ni?' Fikir Sulaiman sendirian.

"Jom kita balik, dah panas terik ni. Karang kalau Aidil demam, tak boleh pula nak ke sekolah," ajak Sulaiman. Berat juga dia ingin melangkah, kerana dia belum puas menatap wajah ayu Cikgu Nurain itu. Dalam diam dia mengakui bahawa Cikgu Nurain memang cantik. Kulitnya putih melepak, alis matanya hitam dan lentik, bibirnya mungil kemerahan, bersopan, ayu, dan penyayang.
Tapi sayang, namanya Nurain, bukannya Balqis... ah, lupakan saja!

Kesejukan bilik yang berhawa dingin itu tetap tidak menyejukkan keadaan pegawai muda itu. Suasana bilik itu tetap hangat dengan kesibukannya. Banyak betul kerja yang perlu diselesaikannya. Masih bertimbun fail - fail yang tidak diusiknya lagi. Maklumlah, hampir sebulan dia bercuti. Dia agak tertekan. Keserabutan fikirannya ditambah pula dengan kehadiran Rina, sekretari Tuan Ramli yang 'gelenyarnya' tidak terkawal. Apa tidaknya, dari pagi dia mengganggu Sulaiman. Baru sahaja Sulaiman melabuhkan punggungnya di kerusi, Rina sudah terpacul di muka pintu menanyakan khabar. Katanya dah dekat seminggu dia demam sebab teringatkan Sulaiman. Lepas itu dia datang lagi meminta ole-ole dari Mekah. Lepas itu dia datang lagi..dan lagi dan lagi. Ada - ada sahaja perkara yang membuatkan dia ke bilik Sulaiman.

"Man... nanti kita lunch sama?" ucap Rina sebaik sahaja sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di kerusi empuk bilik pegawai muda itu.

"Hmm, I sibuk la Rina. Banyak betul kerja yang perlu I siapkan. You cuba tengok fail-fail ni, petang ni Tuan Ramli nak tengok laporannya. Sorry ye.." elak Sulaiman.

"Kalau macam tu, I bungkuskan untuk you ok? You nak makan apa? I belikan untuk you."

" No, thanks. I dah makan heavy breakfast tadi. Kenyang lagi.."

"Alaa you ni! Ada- ada je alasan kalau I ajak. Hmm jangan menyesal Man, kalau silap-silap nanti you terlepas I... kalau masa tu you merayu, I dah tak layan...mmm baru you tahu!."
Rina terus berlalu pergi.

Lega hati Sulaiman bila dia tidak lagi diganggu. Harapannya selepas waktu rehat nanti Rina takkan mengganggunya lagi. Memang Sulaiman tidak nafikan, Rina cantik, gaya persis model.
Make-upnya entah berapa kilo, pakaiannya up to date habis. Tapi perangainya? Tuhan saja yang tahu. Satu ofis tahu, dulu dia cuba memikat Tuan Ramli sewaktu pegawai itu mula-mula bertukar ke pejabat itu. Tapi, Tuan Ramli tak layan... maka dia beralih pula kepada bos kecik, siapa lagi kalau bukan Sulaiman Hadi!

Malam semakin larut, di luar rumah kedengaran cengkerik galak menyanyi. Tetapi Sulaiman masih tidak dapat melelapkan matanya. Entah apa masalahnya, matanya masih tidak mahu dilelapkan. Sudah puas dia berkalih tempat tidur, sekejap miring ke kanan,sekejap ke kiri. Sejak pertama kali terpandang wajah itu, di matanya sentiasa terbayang- baying keayuan Cikgu Nurain. Sudah puas dia menidakkan perasaan hatinya bahawa Cikgu Nurain memang hebat! 'Ah, mengapalah namanya Nurain? Mengapa tidak Balqis?" Bentak hati kecilnya. Tanpa menunggu dengan lebih lama dia terus berwuduk dan melakukan solat istikarah agar dia diberi petunjuk...

Suasana itu memang indah dan mendamaikan. Pohon-pohon hijau merendang dan dihiasi dengan bunga-bunga yang berwarna-warni serta harum baunya. Dari jauh, Sulaiman terpandang seseorang yang berkerudung hijau muda di pinggir tasik. Dengan perlahan dia menghampiri lembaga itu. 'Ah, wanita rupanya' bisik hati kecil Sulaiman. Dia memberanikan diri untuk menyapa wanita itu.

"Assalamualaikum ."

" Wa'alaikummussalam, Sulaiman," jawabnya.

"Eh, saudari tahu nama saya?"

"Ya," jawabnya pendek.

"Bagaimana pula saudari tahu nama saya? Siapa saudari ni?" tanya Sulaiman keliru.

"Saya Balqis."

"Balqis?." Tersentak dengan itu, Sulaiman terjaga. Cepat-cepat dia beristighfar. Sayup- sayup kedengaran suara azan berkumandang memecah kesunyian pagi. Sulaiman kaget, sudah tiga malam berturut-turut dia mengalami mimpi yang sama. Pagi itu dia segera mengisi borang cuti kecemasan. Dia terus memandu ke rumah

Kak Longnya.

"Sebenarnya Angah, mak dan kak Long kau adalah merisik serba sikit tentang cikgu Nurain tu, Daripada pandangan mata mak , dia baik, sesuai kalau kau nak jadikan isteri. Tapi, sayangnya namanya Nurain, bukannya Balqis seperti yang kau idamkan."

"Itulah sebabnya saya balik ke mari hari ni juga sebab nak bincangkan perkara inilah mak," ucap Sulaiman sambil membetulkan silanya.

"Tapi masalahnya, bila saya buat istikarah, saya tetap dapat petanda yang nama gadis tu Balqis... ini yang merunsingkan saya mak, sebab saya rasa saya dah jatuh hati pada cikgu Nurain."

"Angah, petunjuk dari Allah tu macam-macam. Kata orang, tak semestinya kita nampak wajah orang tu... kadang-kadang ia bergantung kepada kekuatan perasaan kita juga," sampuk Siti Mariam yang baru saja meletakkan Luqman ke dalam buaian.

"Betul tu Sulaiman, cuba kamu fikirkan mengapa selepas kamu terjumpa Nurain, perasaan kamu dah lain? Sebelum ni kamu tak pernah berperasaan beginikan? Walaupun dah ramai orang kamu jumpa ?" Tanya ibunya. Sulaiman hanya mengangguk lemah.

"Macam nilah Angah, kak Long cadangkan supaya Angah berjumpa dengan Cikgu Nurain tu. Terangkan hal yang sebenar."

"Biar betul Kak Long ni? Nak suruh saya pergi buta macam tu je... cakap saya sukakan dia? Terkejut beruk cikgu tu karang! Mahunya dia pengsan seminggu!"

"Ishh.... gentleman la sikit Angah, lagipun kita berhajat baik. Cikgu Nurain tupun berpelajaran juga, takkanlah dia nak cepat melatah. Kalau dah suka tu... cepat- cepatlah sikit, nanti terlepas susah pulak! Lagipun apa yang kak Long tahu, dia belum berpunya tau."

"Eh, macam mana Kak Long tahu ni?"

"Alahh, kami ni kan perempuan?" Ujar Siti Mariam tersenyum lebar.

"Macam ni Sulaiman. Hari tu terlanjur Kak long kamu menghantar Aidil ke tadika mak ikut sekali, dapatlah bersembang dengan cikgu tu" terang Puan Asiah.

"Hmm.. mak promote le serba sikit tentang Angah.. tapi tak la lebih-lebih" sampuk Siti Mariam.

"Eh, iya ke mak? Terima kasihlah sebab bersusah payah pasal saya. Kalau dah macam tu, rasanya eloklah saya bertemu dengan Nurain sendiri," ujar Sulaiman bersemangat.

Dalam pejalan ke Tadika An-nur fikiran Sulaiman semakin berkecamuk. Degupan jantungnya semakin kuat. Pelbagai persoalan bermain di fikirannya. Adakah tindakan yang bakal diambilnya itu tepat? Mengapa egonya selama ini musnah kerana seorang wanita bernama Nurain? Di manakah ikrarnya? Sulaiman hanya untuk Balqis? Dia semakin keliru. Namun dia sudah nekad. Setibanya dia di perkarangan tadika itu, jam telah menunjukkan pukul 11.40 pagi. Suasana sekeliling tadika lengang kerana kanak-kanak telahpun pulang dari tadika. Dari jauh Sulaiman ternampak kelibat dua manusia, Cikgu Nurain menemani Aidil di taman permainan kecil di sebelah tadika.

" Assalamualaikum," sapa Sulaiman.

" Wa'alaikummussalam ," jawab Cikgu Nurain lembut.

"Saya Sulaiman, pakcik kepada Aidil. Maaflah buat cikgu terpaksa menunggu Aidil. Emaknya tak dapat jemputnya. Dia minta saya jemput," terang Sulaiman membuka bicara. Hatinya semakin berdebar-debar. Aidil yang tadi leka bermain terus berlari menghampirinya apabila ternampak kelibat Sulaiman.

"Cik Man... nak jemput Aidil ke? Boleh tak Cik Man tunggu sekejap? Aidil tak puaslah main buaian..." rengek anak kecil itu.

"Pergilah main, lagipun Cik Man ada hal sikit dengan cikgu Nurain. Nanti Cik Man panggil Aidil ok?" Beritahu Sulaiman sambil melemparkan senyuman.

"Cikgu Nurain, boleh saya bercakap sekejap?" Tanya Sulaiman agak gugup.

"Boleh, apa salahnya, cakaplah saya sudi mendengarnya" jawabnya lembut. Bibirnya terukir segaris senyuman manis, lantas dia menundukkan wajahnya. Sulaiman terpesona melihat cahaya mata Nurain buat kali pertama. Hatinya semakin berdebar. Lidahnya bagaikan kelu untuk berkata, namun digagahi juga.

"Sebenarnya apa yang saya ingin katakana ini agak berat sedikit. Saya harap Nurain tak terkejut mendengar apa yang ingin saya katakan nanti." Sulaiman tarik nafas dalam-dalam, lalu dihembuskannya perlahan-lahan. Dia mencari sedikit kekuatan dan ketenangan untuk meneruskan bicara. Nurain yang dari tadi duduk, tenang menunggu bicara apa yang bakal diluahkan.

"Sebenarnya, sejak pertama kali saya bertemu Nurain, hati saya terpaut. Namun, saya telah cuba menafikan perasaan itu tetapi saya telah gagal. Masa tu saya agak gementar dan takut untuk menuruti kata hati saya kerana.."

"Kerana nama saya Nurain dan bukannya Balqis?" pintas Nurain.

"Err... mana Nurain tahu?" Tanya Sulaiman kaget.

"Adalah, rahsia.." ujar Nurain sambil menekup mulutnya menahan tawa.

Dalam fikiran Sulaiman terbayang wajah Kak Long dan emaknya. Ini mesti kerja pakatan komplot dua beranak tu, entah-entah Aidil pun terlibat tak? Detik hati kecilnya. " Betul, tapi itu dulu. Saya terlalu mengikut perasaan, tenggelam dalam ilusi saya sendiri. Mungkin saya tidak berpijak di dunia yang nyata waktu tu. Tapi setelah saya fikirkan masak-masak, apa ada pada nama?"

"Boleh saya tahu..itupun kalau Sulaiman tak keberatanlah, boleh ceritakan sikit tak... kenapa nak sangat dengan orang yang bernama Balqis ni? Girlfriend lama ke?"

"Eh, tak adalah... saya ni belum pernah ada teman istimewa, sebab sebelum ni saya terlalu komited terhadap studi dan kerjaya... sampaikan terlupa hal-hal lain. Tapi kalau saya ceritakan kenapa saya sukakan orang yang bernama Balqis, Nurain jangan ketawakan saya tau. Janji?" tanya Sulaiman besungguh.

"Ok, saya janji."

"Ceritanya begini. Masa saya kecil-kecil dulu, arwah datuk saya suka bercerita tentang nabi-nabi. Salah satu daripadanya, tentang nabi Sulaiman dengan ratu Balqis. Sejak dari situlah saya terpengaruh untuk mencari pasangan hidup bernama Balqis juga! Sebab kebetulan nama saya pun Sulaiman." ujar Sulaiman jujur. Nurain tertawa kecil.

"Pelik betul awak ye? Kalaulah semua orang lelaki di dunia ni macam awak... " Nurain tidak meneruskan kata. Geli hatinya mendengar cerita Sulaiman itu.

"Hmm kalau saya tanyakan sesuatu boleh?"Tanya Sulaiman. Nurain hanya menganggukkan kepalanya.

"Nurain sudah berpunya?." Nurain menggelengkan kepala.

"Sudi tak Nurain terima saya?" tanya Sulaiman berani. Nurain terdiam seketika. Pandangannya dilemparkan jauh-jauh. Beberapa ketika kemudian dia bersuara.

"Saya ni belum berpunya. Tentang pilihan jodoh, saya serahkan kepada bapa saya. Kalau dia setuju, setujulah saya. Bagi pihak diri saya tiada halangan."

Hati Sulaiman sedikit berbunga, halangan pertama rasanya sudah dilepasi. Namun dia perlu berjumpa dengan keluarga Nurain sendiri.

"Kalau begitu, bila agaknya masa yang sesuai saya bertemu dengan keluarga Nurain?"

"Hmm.. datanglah ke rumah Ahad ni. Ada sedikit kenduri kesyukuran. Majlis doa selamat untuk adik saya yang nak ke oversea. Bolehlah Sulaiman berjumpa dengan saudara-mara sekali."ujarnya sopan.

" Insya-Allah" jawab Sulaiman pendek.

"Hmm, saya rasa dah lewat ni. Lagipun tak manis dipandang orang. Kalau tak ada hal lain lagi, saya minta diri dulu ye.”Assalamualaikum." Pinta Nurain dan berlalu pergi.

" Wa’alaikummussalam" balas Sulaiman pendek sambil matanya menghantar Nurain jauh hingga keluar pintu pagar tadika. Malam itu selepas menikmati makan malam, Sulaiman sekeluarga duduk di anjung depan rumah. Aidil dan Luqman sudah lama dibuai mimpi. Dari tadi emak dan abang ipar Sulaiman membisu seribu bahasa. Sulaiman pula entah melayang ke mana.

"Ha Angah, apa keputusannya? Jadi ke rumah Nurain?"

"Kalau diikutkan hati, memanglah jadi, tapi risau pula saya kalau-kalau keluarga Haji Syukri tu tak dapat terima kehadiran saya nanti. Silap-silap Haji Syukri tembak saya dengan senapang gajah, naya saya!"

"Janganlah risau dan fikirkan yang bukan-bukan. Haji Syukri tu baik orangnya. Untuk pengetahuan kamu, mak ada berjumpa dengannya merisikkan Nurain. Setakat ni mak belum dapat kata putus darinya. Rasanya dia tiada halangan cuma dia ingin berjumpa dengan kamu" ujar Puan Asiah bersahaja.

"Eh, mak risikkan Nurain tanpa pengetahuan saya?"

"Hmm.. mak kenal benar dengan citarasa anak mak ni. Tak payah nak berselindung, sekilas ikan di air, mak dah tahu jantan betinanya! Lagipun mak berkenan benar dengan Nurain. Sekarang ni cuma bergantung kepada kamu, kamu yang nak berkahwin... terpulanglah. Emak tak mahu memaksa" ujar Puan Asiah panjang lebar. Dengan perlahan Sulaiman menarik nafasnya dalam-dalam, lalu dihembusnya lama-lama... dia benar-benar lega!

Suasana rumah Haji Syukri agak lengang. Kelihatan hanya saudara mara rapatnya sahaja yang masih tinggal. Dari tadi Nurain tak menang tangan melayani tetamu- tetamu wanita di bahagian dapur. Kini dia sibuk menghidangkan sedikit jamuan untuk ibu dan kakak Sulaiman yang datang agak lewat. Di anjung rumah, kelihatan Haji Syukri sedang rancak berbual dengan Haris, abang ipar Sulaiman. Di sebelahnya kelihatan Sulaiman yang sedang 'control macho' . Kalaulah ditoreh mukanya... entah-entah tak berdarah kot?

Sesekali terdengar mereka tertawa kecil,entah apa yang melucukan. Sulaiman dapat merasakan kemesraan antara dia dan Haji Syukri kian terjalin. Tanggapannya tentang Haji Syukri sebelum ini ternyata meleset. Haji Syukri peramah dan pandai menyusun kata. Maka tak hairanlah jika dia mengajar di surau pasti penuh sesak dengan jemaah.

" Ha Syukri, mana bakal menantu kamu?" tanya seorang lelaki yang umurnya hampir seabad. Namun lelaki itu kelihatan masih sihat dan wajahnya tenang mendamaikan. Perbualan Haji Syukri, Haris dan Sulaiman terhenti seketika.

"Hmm, ini dia ayah" ucap Haji Syukri sopan sambil menunjukkan ke arah Sulaiman yang berada di sebelah Haris. Dia tersenyum tenang. Sulaiman tiba-tiba gugup! 'Eh, biar betul Haji Syukri ni.... kalau nak berguraupun janganlah buat aku terkejut macam ni' detik hati Sulaiman.

"Sulaiman, inilah datuk Nurain, baru semalam sampai dari kampung" perkenal Haji Syukri.

"Apa khabar Tok? Saya Sulaiman" ujar Sulaiman sambil bersalam.

" Oh, inilah bakal suami Balqis ye? Hmm secocok benarlah!" ucapnya sambil tersengih menampakkan beberapa batang gigi yang masih tinggal.

"Balqis?" Sulaiman tersentak apabila nama itu disebut. Dia keliru. Dikumpulnya kekuatan, lalu dia bertanya dengan sopan.

"Maafkan saya, tadi Tok menyebut nama Balqis, siapa tu Tok?" Tanya Sulaiman dengan wajahnya penuh persoalan. Datuk hanya tersengih, lalu memandang tepat ke muka Haji Syukri. Haji Syukri turut tersenyum. Seketika kemudian Haji Syukri bersuara tenang

"Balqis tu, Nurainlah. Nama sebenarnya Nurain Balqis. Datuk yang memberikan nama tu padanya. Hanya datuk yang memanggil namanya Balqis, sedangkan ahli keluarga yang lain memanggilnya Nurain. Dah panggil Nurain dari kecil, jadi melekatlah hingga ke besar", terang Haji Syukri memecahkan kebuntuan. Penerangan Haji Syukri itu membuatkan semua orang faham, lebih-lebih lagi Sulaiman. Dia tersenyum sendirian. Dalam hatinya mengucap kesyukuran. Doanya di depan Kaabah telah diperkenankan.
Ikrarnya Sulaiman hanya untuk Balqis bakal terlaksana... dan senyumannya semakin lebar.

Petikan daripada Majalah Remaja 15 September