Masjida Kristal,Masjid Besi lepas ni masjid magnet!!




"a
Masjid Kristal
Masjid Kristal di taman tamadun Islam(TTI) di pulau wan man,Terengganu, memang nampak cantik,nampak gah sekali apabila terkena silauan cahaya ( kristal la katakan) dan juga kelihatan bayang2 nya di air..memang satu pemilihan tapak yang menarik.

Tapi kita kembali kepada tujuan asal pembinaan,apekah motifnya buat masjid ni?betul ke untuk solat?untuk pameran ke?? adakah masjid kristal ni dibina untuk menarik jemaah lebih ramai datang?

Saya sendiri pernah pergi ke TTI yang seperti 'disneyland muslim'haha..macam taman tema untuk orang islam.Boleh tengok pelbagai binaan masjid yang terkenal yang kononnya untuk education..dan yg paling utama adalah masjid kristal..sampai skrg saya sendiri tak paham kenapa pembinaan masjid perlunya ade kubah(dome) sebagai simbol islam?

menurut sumber,maintenance untuk kubah melibatkan kos yang sangat tinggi.Seperti masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang kubahnya paling besar di Malaysia..tapi dlm binaan masjid zaman moden ni masih lagi gunakan kubah sbg simbol masjid..mmg sgt membazir membuat kubah2 yang sangat banyak seperti di TTI.
masjid An Nadhah,Singapore..






kalau dulu kubah berfungsi untuk menghasilkan gema suara supaya lebih kuat,tapi sekarang untuk apa?mikrofon kan sudah ada..masjid kristal yang tak boleh solat jumaat pon dah berapa banyak kubah..bangunan tepi masjid kristal lagi berkubah2.Senang cerita berpuluh2 kubah boleh dikira dalam taman tu,kalau kira sekali replika masjid2 terkenal tu..bangunan pentadbiran di putrajaya pun menggunakan kubah..Palace of Justice pon berkubah..tapi tak justice pon...

masjid kristal ada 4 menara,di dalam setiapnya ada beberapa buah spotlight,bg saya sangat membazir..masjid tu dari rupa memang nampak ke'islaman'nya tapi dari segi pengisian?isi dlmnya ade apa??tujuan buat masjid utk apa?

jika benar masjid itu dibuat utk orang bersolat,kenapa ruang solatnya berapa kerat jemaah je boleh masuk?kenapa lokasinya jauh dari darat?(pulau)circulation masjid kristal bagi saya gagal kerana tempat mengambil wudhu' yg jauh,yg mana laluan untuk ke ruang wudhu',terpaksa jalan di laluan utama yang mana disitu ramai lelaki dan perempuan??

Dari sini kite dapat lihat yang binaan ini memang tak fikir habis untuk solat dan jelas bukanlah untuk dibuat masjid,tapi untuk kebanggaan dan pembaziran melampau..tapi tetap 'masjid' ,hanya pada nama..

Masjid Besi
kini datang pula masjid baru,Masjid Besi namanye..saya pelik sebab tak berapa ramai tau akan kewujudan masjid yg dijangka siap ujung tahun 2008..terletak di putrajaya,kos binaan RM180juta(gila)

jika lihat pada gambar,masih ade binaan kubah yang besar..dan tiang2 yang byk..sy sendiri tak paham kenapa zaman canggih mcm sekarang masih lg mengekalkan binaan yg byk tiang,yg boleh memutuskan jemaah sedangkn kte sudah ada teknologi yg tnggi utk mengatasi masalah itu?kenapa msh lg nk gunakan kubah utk simbolis kn masjid?

buatlah masjid drpd besi ke,air ke,api ke,kalo takde usaha nk mengimarahkan mmg tak guna..buat ape berbangga dgn masjid jutaan ringgit tp tak hidup?tak functional utk jiwa?bc disini utk keterangan lanjut mengenai Masjid Besi yg gagah berani yg sangat gah binaannya

kawan kepada kawan saya ada cerita sebuah masjid di USA,tingkat bawah untuk bersolat dan tingkat atas ada sebuah lab(makmal)..saya sangat kagum dengan ceritanya..mereka membuat kajian didalam masjid..bagi saya ini br betul fungsi masjid..bukan sekadar tempat solat je..

binaan masjid yang banyak tiang boleh memutuskan ikatan antara jemaah.masalah ini sangat penting dalam binaan masjid sekarang...saya mendapat cerita yang binaan masjid di UTP(universiti teknologi petronas)telah membuatkn tun mahathir marah kerana banyak tiang..mengapa ikatan antara para jemaah sgt penting?ada saintis dr us kaji mengapa umat islam disuruh sembahyg berjemaah,dan bersentuhan bahu ke bahu..sila baca disini utk keterangan lengkap..




ilustrasi ini dibuat oleh penulis utk pemahaman yg lebih

Design Karpet Masjid
saya pernah bersolat di masjid yang menggunakan karpet seperti design sejadah.nampk macam ada kelainan.(lihat gambar)..bagi saya design karpet ini kelemahan nya sangat besar iaitu jemaah akan solat seperti solat di sejadah sendiri.(solat sorang2)sangat jarak antara satu sama lain walaupon berjemaah..mcm mana kita nk dapat keberkatan dan kelebihan solat jemaah ni??mungkin imam perlu beritau jemaah agar merapat2 kn saf terlebih dahulu..itupon kalau jemaah ikut..jadi cabaran untuk kita bagaimana nak design untuk membolehkan jemaah rapat2 kan saf dengan sendiri..boleh ke??

Air Wudhu'
Di masjid2 atau surau,air wudhu' yang diambil akan terus tumpah masuk ke longkang..tak pernah ke kite terfikir untuk gunakan air yg jatuh tu untuk siram tumbuh2an sekitar masjid??bukan kah kita digalakkan tanam pokok,dan buat building yang environmental friendly mcm arkitek ken yeang(arkitek malaysia)buat??..lgpon pokok kan berzikir..kita pula siram dgn bekas air wudhu'..

pokok boleh bagi teduhan selain utk oxygen..saya dah lame terfikir idea ni yang setahu saya takde lagi masjid yang buat macam tu(mungkin ade kot,wallahualam)...ini boleh jadikn masjid lebih functional..banyak hijaun pokok2 di negara panas macam kita ni boleh menyebabkan orang berteduh di bawahnya..dan sekaligus boleh menarik orang ke masjid degan lebih mudah..tak begitu?

ilustrasi penulis.idea kasar


Akhir kata, senibina bukan untuk kecantikan sahaja,lebih2 lagi untuk pembaziran dan tiada fungsi..mengadaptasi binaan lama di zaman moden perlu difikirkan semula kosnya..jangan berbangga dengan masjid yg cantik binaan nya kalau 'isi dalam tiada' dan pembaziran melampau.Masjid lah tempat untuk membetulkan Ummah.....inilah akhir zaman..

2 comments:

Afif said...

Salam, admin...
Saya amat setuju dengan admin, posting yang amat menarik dan bernilai....

Kebanggaan sebuah masjid bukan terletak pada pembaziran pembinaannya, tetapi terletak pada imarahnya masjid tersebut.

Kalau masjid besi atau berlian sekalipun, kalau jemaah Subuhnya tak sampai suku saf, tiada apa yang hendak dibanggakan.

Anonymous said...

sy pwn stuju gak ngan benda cam ni.btul gak psal ap yg awak tulis mngenai binaan kubah untuk masjid.satu lagi hal yg sy pown x setuju dalam pembinaan msjid ni is knape every masjid kena ad kaligrafi di dinding yang diadikan sebagai hiasan??memg kt tau yang ayat2 al_quran memang penting untuk diamalkan...
tapi knapa semua tulisan kaligrafi tersebut x di melayukan@dirumikan memandangkan masyarakat islam d malaysia sndiri pown bagi sy kurang membaca al_quran.jd secara x langsung ayat2 al_quran yang dirumikan tersebut lebih cepat diamati n difahami n secara x langsung ad maksud yang lebih mendalam.n maybe bleh gak menarik masyarakat bukan islam yang maybe mengunjungi masjid untuk lebih memahami keindahan islam...n satu hal lagi,knape x diletakkan kemudahan yang serba canggih seperti wifi,cafe n kedai2 di dalam masjid???at least bnda2 mcm ni lah yang banyk mnarik minat anak2 muda untuk prgi k masjid n bila tiba time smayang,diorang akn tutup sume laptop n hentikan perniagaan n pg smayang kejap.x salah kalau kt letak gak locker untuk simpan barang sprt laptop n all tat..thanhks... asrul interior design student uitm perak.bigboss@asrul90@yahoo.com....GOSSIPGLAMER.blogspot.com