Masjida Kristal,Masjid Besi lepas ni masjid magnet!!




"a
Masjid Kristal
Masjid Kristal di taman tamadun Islam(TTI) di pulau wan man,Terengganu, memang nampak cantik,nampak gah sekali apabila terkena silauan cahaya ( kristal la katakan) dan juga kelihatan bayang2 nya di air..memang satu pemilihan tapak yang menarik.

Tapi kita kembali kepada tujuan asal pembinaan,apekah motifnya buat masjid ni?betul ke untuk solat?untuk pameran ke?? adakah masjid kristal ni dibina untuk menarik jemaah lebih ramai datang?

Saya sendiri pernah pergi ke TTI yang seperti 'disneyland muslim'haha..macam taman tema untuk orang islam.Boleh tengok pelbagai binaan masjid yang terkenal yang kononnya untuk education..dan yg paling utama adalah masjid kristal..sampai skrg saya sendiri tak paham kenapa pembinaan masjid perlunya ade kubah(dome) sebagai simbol islam?

menurut sumber,maintenance untuk kubah melibatkan kos yang sangat tinggi.Seperti masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang kubahnya paling besar di Malaysia..tapi dlm binaan masjid zaman moden ni masih lagi gunakan kubah sbg simbol masjid..mmg sgt membazir membuat kubah2 yang sangat banyak seperti di TTI.
masjid An Nadhah,Singapore..






kalau dulu kubah berfungsi untuk menghasilkan gema suara supaya lebih kuat,tapi sekarang untuk apa?mikrofon kan sudah ada..masjid kristal yang tak boleh solat jumaat pon dah berapa banyak kubah..bangunan tepi masjid kristal lagi berkubah2.Senang cerita berpuluh2 kubah boleh dikira dalam taman tu,kalau kira sekali replika masjid2 terkenal tu..bangunan pentadbiran di putrajaya pun menggunakan kubah..Palace of Justice pon berkubah..tapi tak justice pon...

masjid kristal ada 4 menara,di dalam setiapnya ada beberapa buah spotlight,bg saya sangat membazir..masjid tu dari rupa memang nampak ke'islaman'nya tapi dari segi pengisian?isi dlmnya ade apa??tujuan buat masjid utk apa?

jika benar masjid itu dibuat utk orang bersolat,kenapa ruang solatnya berapa kerat jemaah je boleh masuk?kenapa lokasinya jauh dari darat?(pulau)circulation masjid kristal bagi saya gagal kerana tempat mengambil wudhu' yg jauh,yg mana laluan untuk ke ruang wudhu',terpaksa jalan di laluan utama yang mana disitu ramai lelaki dan perempuan??

Dari sini kite dapat lihat yang binaan ini memang tak fikir habis untuk solat dan jelas bukanlah untuk dibuat masjid,tapi untuk kebanggaan dan pembaziran melampau..tapi tetap 'masjid' ,hanya pada nama..

Masjid Besi
kini datang pula masjid baru,Masjid Besi namanye..saya pelik sebab tak berapa ramai tau akan kewujudan masjid yg dijangka siap ujung tahun 2008..terletak di putrajaya,kos binaan RM180juta(gila)

jika lihat pada gambar,masih ade binaan kubah yang besar..dan tiang2 yang byk..sy sendiri tak paham kenapa zaman canggih mcm sekarang masih lg mengekalkan binaan yg byk tiang,yg boleh memutuskan jemaah sedangkn kte sudah ada teknologi yg tnggi utk mengatasi masalah itu?kenapa msh lg nk gunakan kubah utk simbolis kn masjid?

buatlah masjid drpd besi ke,air ke,api ke,kalo takde usaha nk mengimarahkan mmg tak guna..buat ape berbangga dgn masjid jutaan ringgit tp tak hidup?tak functional utk jiwa?bc disini utk keterangan lanjut mengenai Masjid Besi yg gagah berani yg sangat gah binaannya

kawan kepada kawan saya ada cerita sebuah masjid di USA,tingkat bawah untuk bersolat dan tingkat atas ada sebuah lab(makmal)..saya sangat kagum dengan ceritanya..mereka membuat kajian didalam masjid..bagi saya ini br betul fungsi masjid..bukan sekadar tempat solat je..

binaan masjid yang banyak tiang boleh memutuskan ikatan antara jemaah.masalah ini sangat penting dalam binaan masjid sekarang...saya mendapat cerita yang binaan masjid di UTP(universiti teknologi petronas)telah membuatkn tun mahathir marah kerana banyak tiang..mengapa ikatan antara para jemaah sgt penting?ada saintis dr us kaji mengapa umat islam disuruh sembahyg berjemaah,dan bersentuhan bahu ke bahu..sila baca disini utk keterangan lengkap..




ilustrasi ini dibuat oleh penulis utk pemahaman yg lebih

Design Karpet Masjid
saya pernah bersolat di masjid yang menggunakan karpet seperti design sejadah.nampk macam ada kelainan.(lihat gambar)..bagi saya design karpet ini kelemahan nya sangat besar iaitu jemaah akan solat seperti solat di sejadah sendiri.(solat sorang2)sangat jarak antara satu sama lain walaupon berjemaah..mcm mana kita nk dapat keberkatan dan kelebihan solat jemaah ni??mungkin imam perlu beritau jemaah agar merapat2 kn saf terlebih dahulu..itupon kalau jemaah ikut..jadi cabaran untuk kita bagaimana nak design untuk membolehkan jemaah rapat2 kan saf dengan sendiri..boleh ke??

Air Wudhu'
Di masjid2 atau surau,air wudhu' yang diambil akan terus tumpah masuk ke longkang..tak pernah ke kite terfikir untuk gunakan air yg jatuh tu untuk siram tumbuh2an sekitar masjid??bukan kah kita digalakkan tanam pokok,dan buat building yang environmental friendly mcm arkitek ken yeang(arkitek malaysia)buat??..lgpon pokok kan berzikir..kita pula siram dgn bekas air wudhu'..

pokok boleh bagi teduhan selain utk oxygen..saya dah lame terfikir idea ni yang setahu saya takde lagi masjid yang buat macam tu(mungkin ade kot,wallahualam)...ini boleh jadikn masjid lebih functional..banyak hijaun pokok2 di negara panas macam kita ni boleh menyebabkan orang berteduh di bawahnya..dan sekaligus boleh menarik orang ke masjid degan lebih mudah..tak begitu?

ilustrasi penulis.idea kasar


Akhir kata, senibina bukan untuk kecantikan sahaja,lebih2 lagi untuk pembaziran dan tiada fungsi..mengadaptasi binaan lama di zaman moden perlu difikirkan semula kosnya..jangan berbangga dengan masjid yg cantik binaan nya kalau 'isi dalam tiada' dan pembaziran melampau.Masjid lah tempat untuk membetulkan Ummah.....inilah akhir zaman..

WANITA DALAM NERAKA

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali karam allahu wajhah: “Saya dengan Fatimah pergi mengadap Rasulullah s.a.w kami dapati baginda sedang menangis lalu kami bertanya kepadanya:

“Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab:

“Aku lihat ada perempuan rambutnya tergantung, otaknya menggelegak. Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat ke belakang dan Qathran (air yang menggelegak) dicurahkan ke dalam halkumnya. Aku lihat perempuan tergantung, kedua kakinya diikat, tangannya terikat di umbunumbunnya dan disuakan dengan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api. Aku mlihat perempuan yang memotong tubuhya dengan gunting daripada api neraka. Aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisi ke dalam sebuah peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badannya berbau busuk, kerana berpenyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya seperti badan keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dirasainya. Aku lihat perempuan, rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, atau ke mulutnya dan keluar di duburnya. Malaikat memukul kepalanya dengan corong daripda api neraka”.

Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya:

“Ayahanda yang dikasihi, ceritakanlah kepada anakanda; apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?”.

Rasulullah menjawab:

“Fatimah, adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang yang bukan muhrimnya. Perempuan yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya. Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat keizinan daripada suaminya dan tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ia memperkenalkan dirinya kepda orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat ole lelaki lain. Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke arah umbun-umbun dan disuakan dengan ular dan kala, ianya boleh bersembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mandi janabah (junub). Perempuanyang kepalanya itu seperti khinzir dan badannya berupa badan keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan yang seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya”.

DIA writen by: http://jiilun-quraanun-fariid.blogspot.com/


Hembusan sang bayu sesekali menyapa mesra dari tingkap biliknya yang sengaja dibiarkan sedikit terbuka malam itu.

Bertemankan unggas yang saling bersahut-sahutan di luar , kedengaran sayup-sayup bacaan al-Quran memecahkan kesunyian malam. Malam ciptaan Ilahi yang begitu mendamaikan.

Seorang hamba penuh kesungguhan, khusyuk berteleku mengalunkan kalam Ilahi. Tekun menghayati amanah yang di beri.

Menghafaz al-Quran tidak semudah memetik jari. Tanpa putus asa sang hamba tersebut melaksanakan tuntutannya sebagai seorang hamba. Memenuhi perintah Allah s.w.t. yang di sebut di dalam al-Quran yang bermaksud:

“Wahai orang berselimut (Muhammad) , Bangunlah (untuk solat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat.”

(Al-Muzammil;1-5)


Cita-citanya amat murni, impiannya juga begitu tinggi.

Terasa sejuk mata hati melihat dan membaca al-Quran saban hari. Apatah lagi sementelah pulang dari kunjungan ke maahad tahfiz al-Quran dua tahun lepas. Perasaan kuat untuk menjadi hamba pilihan seperti kanak-kanak di situ semakin kuat.

“Ya Allah, sungguh hati ini begitu kepingin menjadi persis mereka.” Hati kecil dia bersuara perlahan.

“Menghafaz al-Quran perlukan persediaan rohani jasmani.” Nasihat akhir Ustazah Kasmah kepada dia semasa kami berjabat tangan sebelum pulang.


Dia menyimpan tekad.

“Mungkinkah ada peluang selepas ini?”

“ InsyaAllah, kau boleh melakukannya.” Hati besar memberikan keyakinan.


Al-Quran terus di baca berulang kali. Dari satu ayat berpindah ke ayat yang lain. Dia membaca dan cuba menghafaznya dengan tekun agar kalam Allah Taala yang dibacanya meresap ke lubuk hati. Membersihkan hati yang penuh noda, berpalitan dosa, karat-karat dunia dan mazmumah.


Dia berdoa dalam lirih dan sendu.

“Ya Allah! Pinjamkanlah ayat-ayat-Mu kepadaku ya Allah. Masukkanlah ia ke dalam hatiku, hamba-Mu yang dhaif agar ia membuahkan peribadi mulia seperti mana yang pernah Engkau kurniakan kepada hamba-hamba-Mu yang telah Engkau pilih sebelumku….Tolonglah hambaMu ini ya Allah…..pilihlah aku untuk menjadi pemelihara kalimah-Mu yang berat ini ya Allah…….”


Biarpun hari-hari yang dilalui penuh ujian. Namun, bertemankan ketabahan, dia teruskan juga hidup menjalani imtihan sekadar daya.


Kata doktor barah tulang belakang yang dihidapinya sudah sampai ke peringkat serius. Sekiranya pembedahan segera tidak dilakukan, harapannya untuk hidup hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.


Biar tuhan saja memberi ganjaran. Dia pasrah segala ketentuan.


“Itulah, sibuk jaga hal orang. Pelajaran sendiri terkandas. Orang lain lulus bahagia tapi awak tu...” Sejak akhir-akhir ini, banyak benar kata-kata sedemikian dilemparkan kepadanya.


“Tidak bukan itu niatku. Aku perlu tabah. Mungkin ini ujian buat memenuhi impianku yang Allah Taala rahsiakan. Pastinya ini juga tarbiyah Tuhan buatku di Ardu kinanah ini..


Air mata dia mengalir deras.


Alhamdulillah, tahun dua dia I’adah pada tahun lepas menyaksikan dia berjaya mengkhatamkan talaqqi al-Quran tamam 30 juzu’. Bermula pada saat itulah dia berazam dan terus berusaha untuk menamatkan hafalannya pula.


Dia bersyukur kerana Allah Taala telah menggantikan tahun tersebut dengan impian yang terlalu bernilai. Dia merasakan nikmat yang Allah Taala telah kurniakan merupakan satu tanggungan yang Maha berat untuk dijaga dan disuburi.


Dalam esak dan tangis dia akhirnya terlena. Terlena bersama impian dan tekad.


Dalam suram berjalan seorang tua berkaki tempang menghampiri dia.

Berbekalkan tongkat jalanya tampak begitu payah sekali.

Lelaki tua itu tiba-tiba tersungkur.

Perlahan-lahan dia cuba mendekati lelaki tua itu. Menyapu habuk kotor yang melekat pada pakaian tubuh tua tersebut.

“Siapa kau?” Dia bertanya lembut.

Lelaki tua itu hanya memandang kepada dia. Pandangan yang sukar di tafsirkan.

Tanpa sepatah kata, lelaki tua itu kembali bangun meski payah. Meninggalkan dia terpinga sendirian.

“Tunggu.” Dia cuba menahan lelaki tua itu.

“Aku sepertinya pernah bertemu dengan engkau sebelum ini. Bukankah kau yang….. Tapi keadaanmu tidak seperti ini. Mengapa Eh…kenapa?....kenapa kau jadi begini??? Kenapa pakaian kau penuh dengan darah??” Dia seakan tergagap dalam bertutur.

“Engkau benar-benar kepingin untuk mengetahuinya? Mari aku tunjukkan…Apa dan siapakah yang menyebabkan aku jadi begini…” Jawab orang tua bersuara parau itu.

Dia terpegun seketika.

Kelihatan sekumpulan siswi sedang tekun membaca dan menghafaz al-Quran.

Tiba-tiba seorang dari mereka menutup Al-Quran lalu mengeluh:

“Hisyyyyyyyyh…..susahlah…. Dari semalam aku ngapai tak dapat-dapat lagi…..macammana nak hafaz ni… dah lah tinggai minggu depan je nak peksa..”

“Hei lisa, hari tu kan aku tengok Amy lah…ya Rabbi…dressing kalah artis…..dengan bunganya…perfume jangan katalah….semerbaknya, sepuluh batu dah boleh bau…lawalah tu agaknya….hai…perasan betul…” Seorang dari mereka tiba-tiba mencelah.

“Eh,eh, apa kau kata?” Sampuk teman mereka yang pertama.

“La……..engkau ni….aku kata, aku ada tengok Amy baru ni….dressing dia kalah artis….tak dengar ke….??”

“Camne ni kitab banyak aku tak usik lagi ni…” Teman yang lain pula bersuara.

“Aku pulak sebenarnya risaukan oral Al-Quran. Fed up lah. Hmmmm, doktor mesti tanya awal maqra je kan…..? aku yakin maqra’ 1,2,3,4 ni mesti masuk punya lah…”

“Aku setuju…Aku nak score malam periksa nanti. Alah, setakat awal maqra’ satu malam boleh prepare punya lah…ngulang untuk masuk peksa je dah lah…asal boleh jawab…kan senang…buat apa nak susahkan diri…”.

“Betul tu….aku memang sibuk giler lah sekarang ni…giler pun tak macam aku…banyak keje beb….hafal gitu memang orait sangat lah…doktor bukannya tanya banyak pun…2, 3 ayat je….alah, kau buat muka seposen...lepas jawab tu kau tiup-tiup lah ayat pengasih kat dia sikit….hahahaha…..

Ketawanya disambut rakan-rakan lain..

Mereka itulah antara yang telah mencacatkan aku….aku benar-benar pedih…tak berdaya….tolonglah, kasihanilah aku… Air mata bercucuran membasahi janggut milik lelaki tua berbongkok itu.

Lihatlah….. Betapa mereka begitu berani mempermainkan Kalam Allah Taala.

“Subhanallah.”

Bagaimanakah aku dapat membantumu?

Tanpa mempedulikan soalan dia, orang tua itu menundingkan jarinya ke satu sudut yang lain. Matanya kelihatan berkaca-kaca.

bersambung..........................................

As Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood


As Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood

( Membicarakan syahid sebelum kesyahidannya)


” ..sesuatu yang mesti diingatkan kepada saudara-saudara yang masih hidup lagi sesudah kami para mujahiddin ini bertemu dengan Allah swt di dalam syurga firdaus. Kalau saudara/i masih hidup lagi akan berdosa kepada Allah sekiranya zuriat akan datang akan kencing di atas kubur-kubur saudara kerana saudara hidup tidak mahu berjuang dan berjihad untuk menegakkan kalimah Allah yang Maha Tinggi. Kami para mujahiddin yang sudah mati syahid dan dikuburkan berserta darah-darah merah.. kami berada di syurga dan saudara-saudara tetap berdosa dengan Allah Taala seandainya saudara masih berdiam diri…”
.
Itulah antara ucapan-ucapan jihad dari Assyahid Ibrahim Mahmood atau turut dikenali sebagai Ustaz Ibrahim Libya dalam majlis tamrin khusus kepada ahli-ahli Pas Kawasan Baling dalam tahun 1985. Beliau seolah-olah telah mengetahui saat kesyahidannya dan membayangkan telahpun berada di syurga firdaus menikmati penghormatan Tuhannya.
.
” Insyaallah kalau kita dapat mati syahid, inilah suatu kematian yang istimewa dalam dunia ini. Tuan-tuan janganlah cuba melangkah kaki berpaling ke belakang dari perjuangan Islam. Ketika kita melangkah berundur dari musuh kita, ketika kita ditembak mati, dalam hal seperti itu maka kita mati seperti mati katak. Tetapi kalau kita berada dan berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang menyekat pergerakan Islam, maka kita akan mencapai mati syahid..”
.
” Orang-orang yang mati syahid ini, tulang temulangnya serta kulit mereka tidak reput untuk selama-lamanya. Mereka tinggal di bawah tanah serta semerbak harum bau mereka. Sesungguhnya orang yang mati syahid adalah orang-orang yang duduk setaraf atau satu saf dengan penghulu para syuhada, Syaidina Hamzah bapa saudara Rasulullah Saw yang gugur syahid di medan pertempuran Uhud bersama 70 orang para syuhada Uhud. Orang-orang yang mati syahid tidak dihisap dan ditimbang menimbang akan dosa dan pahala mereka di padang Mahsyar kelak. Mereka terus masuk syurga dengan izin Allah. Malah mereka dapat pula memberi berkat kesyahidannya itu kepada 70 orang sahabat handai dan saudara mereka untuk memasuki syurga firdaus Allah SWT di akhirat”
.
“..Mereka ini akhirnya apabila mati dalam hal itu dinamakan mati syahid yang telah diambil mereka itu akan dibawa ke dalam syurga Firdaus menjadi burung-burung hijau dan memakan makanan-makanan syurga sejak daripada mula malam mereka gugur syahid itu atau siangnya tanpa ditanya atau dipersoalkan lagi..”
.
Siapa Assyahid Ibrahim Mahmood?
.
Sebelum tragedi itu, namanya kurang dikenali ahli Pas kerana Assyahid lebih aktif di Negeri Kedah sahaja. Apabila mendengar warta berita malam itu dan kejayaan pihak keselamatan dalam operasi membenteras kumpulan ajaran sesat, penyusun terbungkam dengan pertanyaan ’siapa pula penjenayah’ ini kerana terlihat kaum wanita bertudung labuh hitam dan berkopiah putih di kaca TV. Sebelum itu penyusun turut ada pengalaman diserbu pihak keselamatan ketika duduk mendengar ceramah politik di Kuala Lumpur. Memang kecut perut juga bila diserbu begitu dengan silauan lampu kamera dan tubuh-tubuh gempal menerpa ketika kami asyik mendengar syarahan pimpinan.
.
Keesokan harinya, media-media masa negara bertali arus memaparkan kejadian berdarah tersebut dan itulah kali pertama penyusun mengenali nama Ibrahim Libya dan Memali. Tanda persoalan bertambah kusut apabila melihat bendera bulan di pagar rumah mangsa. Sebilangan sahabat-sahabat turut bingung dan berhati-hati untuk mengulas kejadian tersebut. Pihak yang tidak menggemari kerja-kerja dakwah turut menunding jari kepada ahli-ahli Pas kerana terpengaruh tuduhan tragedi itu berlaku kerana angkara puak pelampau agama, pendakwah dan ajaran sesat. Penyusun masih ingat betapa sukarnya rakan-rakan yang aktif dalam kerja dakwah di pejabat berdepan dengan rakan-rakan sekerja yang masih ‘happy go lucky’ dan ada muslimat yang bertudung didiskriminasi dan dimalukan.
.
Beberapa hari berikutnya, satu perhimpunan untuk mendengar taklimat pimpinan telah diadakan di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar. Waktu itu, bangunan markaz masih kecil dan dalam pembinaan. Kami berasak-asak dalam dewan yang kecil dan penyusun duduk betul-betul di tepi rostrum penceramah. Apabila Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berucap menjelaskan keadaan sebenar tragedi itu, hati begitu diruntun sayu dan bila beliau terhenti berucap dan tersedu, tanpa sedar airmata pun jatuh berderai. Penyusun melihat hampir kesemua hadirin turut menangis sehingga ada terdengar suara tangisan lelaki agak kuat. Antara yang penyusun melihat mengesat airmata ialah Ustaz Nakhaei Hj Ahmad Naib Yang Dipertua Agong Pas ( sebelum berpaling meninggalkan jamaah) kerana penyusun duduk bersebelahan beliau.
.
Di majlis tergempar itulah penyusun mendapat maklumat sebenarnya. Apa yang dipaparkan oleh media utama negara cukup bercanggah dengan taklimat pimpinan Pas. Tragedi itu betul-betul menjadi isu besar kepada negara dan paling memilukan dalam perjuangan Pas. Berbulan-bulan media masa melaporkan haru-biru ini dan hampir kesemua pihak lawan menyalahkan assyahid Ibrahim Mahmood dan pengikutnya kerana dianggap penjenayah, mengamal ajaran sesat, pelampau, bughah dan sebagainya. Sebelum itu, kami nyaris termakan pembohongan bila ditunjukkan ada gambar pengikut tersebut memakai tangkal di pinggang dan meminum air yasin dalam kolam untuk kebalkan diri.
.
Majlis Fatwa samada peringkat Kebangsaan atau Kedah diarahkan menyiasat perkara tersebut, apatah lagi bila ahli-ahli Pas mendakwa mereka adalah para syuhada berdasarkan matlamat perjuangan dan tanda-tanda kesyahidan pada batang tubuh mereka. Penyusun kira pihak berkenaan juga panas miang dan terdesak untuk menyakinkan rakyat bahawa para syuhada itu golongan subersif, sesat dan membahayakan negara. Mereka ( pimpinan politik) ada yang tidak sabar mengeluarkan kenyataan sebelum siasatan majlis fatwa. Sebagaimana yang dijangkakan maka fatwa mengatakan mangsa-mangsa di Memali adalah ‘bughah’ dan tidak syahid ma’rakah, iaitu bukan syahid perang menentang golongan yang menentang pergerakan Islam. Antara ulama rasmi yang ditugaskan menyiasatnya ialah seorang mufti dan beberapa hari kemudiannya terpampang pula dalam akhbar beliau meninggal dunia secara mengejut.
.
Mimpi
.
Dalam suasana muram itu, kami mendapat berita terkini oleh pihak tertentu bahawa ada seorang Tuan Guru Pondok di Kedah telah bermimpi bertemu assyahid. Almarhum kononnya memberitahu ‘tunggulah seratus hari’ maka kami pun tertunggu-tunggulah hari tersebut. Penyusun melakarkan kisah ini hanyalah untuk mengimbas kembali situasi gawat waktu itu dan kesimpatian kami yang mendalam terhadap para sahabat yang telah mendahului kami dalam perjuangan ini. Ironisnya, saban hari membelek bilangan hari di kalendar hingga hari ke seratus.. tidak pulak kami melihat sebarang tanda perubahan. Maha suci Allah yang menguasai alam ini, apakala tersibar berita gempar dalam negeri tentang surat perletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, sesalinan surat perletakan jawatan yang tersibar luas itu tercatat tarikh ‘bertepatan’ hari keseratus mengikut kalendar hijrah. Lagi sekali airmata penyusun berlinangan tanpa malu mengenang kebobrokan manusia yang hilang kewarasan demi menyahut kebatilan.
.
Teringatlah penyusun akan kata-kata Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis taklimat selepas tragedi itu:
.
” Apabila engkau melihat umatku takut untuk berdepan dengan orang-orang yang zalim dan berkata kepada orang-orang yang zalim itu, wahai si zalim! ( tidak berani mengatakan zalim kepada mereka) maka diterimalah ucapan selamat tinggal daripadanya” - hadith riwayat Imam Ahmad.
.
“Dalam satu riwayat yang lain, maka perut bumi lebih baik dari atasnya. Suatu amanat dari Rasulullah saw yang menjadi pegangan teguh kepada kita.. “
.
Pada kesempatan yang lain pula, penyusun menghadirkan diri dalam kuliah bulanan almarhum Ustaz Dato’ Fadhil Noor, Presiden Pas di Masjid Ar Rahman, Kuala Lumpur. Di sana secara tidak langsung almarhum telah meriwayatkan kisah seorang sahabat Nabi saw yang bertekad untuk mati syahid dalam suatu peperangan, beliau telah melilitkan sehelai kain merah dan terus ke medan perang untuk syahid. Ini memutarkan ingatan penyusun kepada dakwaan yang mengatakan ada pengikut assyahid Ibrahim Mahmood memakai tangkal kain di perutnya sebagai tangkal kebal( baca perenggan kesembilan di atas). Jelas betapa kekeliruan dan kejahilan jika kita tidak mengkaji perjalanan sirah Nabi sehingga apa yang tersimpul dalam benak kepala itu rupa-rupanya sudah terjawab di zaman Rasulullah saw sendiri.
.
Kemudian, apabila berlaku pergeseran antara dua pihak dalam UMNO sehingga terbentuknya 2 team dan berakhir pula kepada pengharaman parti kebangsaan tersebut. Lagi sekali media masa tanpa sedar memaparkan perang mulut kalangan mereka hingga saling tuduh menuduh punca angkara tragedi berdarah itu. Akhirnya, ahli-ahli Pas khususnya termaklumlah akan siapa banjingan utama dalam kejadian tersebut dan siapa pula pihak yang menjulang panji kebenaran. Mereka membuka pekung sendiri dan tidak mustahil percikan darah syuhada itu telah mengenai pakaian orang-orang memfitnah para syuhada tersebut.
.
Biografi Asy Syahid
.
Ustaz Ibrahim Mahmood dilahirkan dalam tahun 1944 di Kampung Memali, Baling ketika masih dalam zaman pendudukan tentera Jepun. Baling adalah sebuah daerah dalam Negeri Kedah Darul Aman, sebelum ini terkenal sebagai daerah termiskin dan retetannya para petani yang disokong oleh para mahasiswa negara pernah mengadakan demotrasi terbesar di awal tahun 1970an. Di sana jugalah terjadinya perundingan antara pentadbiran kerajaan Tanah Melayu dengan pimpinan parti kominis Malaya pimpinan Ching Peng.
.
Ketika penyusun sempat bertugas di pekan Baling ini beberapa tahun lalu, penyusun dapati pembangunan daerah ini agak perlahan tetapi tidaklah seteruk dalam gambaran pemikiran sebelum menjejakkan kaki ke sana. Keperitan hidup petani mungkin tidak menyamai kepedihan luka-luka peninggalan tragedi berdarah yang ditanggung oleh waris peninggalan para syuhada dan mereka yang cedera. Cemuhan dan lebel sebagai keluarga pengkhianat negara sudah cukup membekas dalam sanubari. Pihak yang tidak menyenangi assyahid di Memali masih menaruh syak wasangka bahawa mereka ‘tidak syahid’ dan terus menyakininya.
.
Berdasarkan latar belakang pendidikan dan kerjayanya, terbukti assyahid mendapat pendidikan yang terbaik. Bermula dari pendidikan Islam asuhan ayahandanya Tuan Haji Mahmood seorang guru agama yang disegani dan kemudiannya ke Madrasah Khairiah Poko Sena. Assyahid meneruskan pengajian di Pusat Pengajian Tinggi di Nilam Puri untuk beberapa tahun sebelum belayar ke Lucknow dan Durban, India mendalami hadith. Beliau sempat berguru dengan tokoh ulama Islam tersohor di abad ini iaitu Maulana Sayyid Abul Hassan Ali Nadwi. Assyahid berada selama lebih kurang empat tahun di India sebelum melanjutkan pengajian ke Azhar, Mesir. Lepas itu menamatkan pengajiannya di Libya pula.
.
Bertugas di Jabatan Perdana Menteri
.
Dalam buku kisah perjuangannya, dinyatakan bahawa assyahid kembali ke tanahair awal tahun 1970an, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengarah di Institut Dakwah Islamiah Malaysia. Sebagaimana telah dijangka bahawa assyahid tidak sanggup berada lama di bawah ikatan pemerintah yang tidak berpaksi kepada tuntutan agama, lalu meninggalkan segala kedudukannya untuk balik ke kampung halaman mencurahkan bakti sebagai pendakwah, pendidik dan bergerak aktif dalam politik Islam.
.
Membina Madrasah
( sambungan kisah ini akan diteruskan setelah penyusun menemubual adik assyahid iaitu Ust. Ismail Mahmood, beliau juga turut tercedera dalam tragedi tersebut)

Suatu hari nanti aku mesti belajar di sini.. Insya Allah taala ( Madrasah Murabit Al-Hajj – Mauritania ) writen by:http://halimislamic.blogspot.com/


Ini adalah pemandangan Madrasah Murabit Al-Hajj. Subhanallah!! Lihatlah ia seperti yang kita lihat, ia adalah suatu tempat yang sangat indah. Semoga Allah memelihara sesiapa yang menuntut di Madrasah ini. Amin!


Lihatlah perjalanan untuk sampai ke Madrasah ini, ia merupakan satu kawasan pergunungan yang amat sukar untuk didaki. Terutamanya apabila hendak kesana kita perlu berjalan 6 jam selepas mendakinya. Hebat bukan? Lebih mujahadah dan lebih tawajjuh bila dapat mengaji kitab di sini.



Ini adalah masjid dalam kawasan Madrasah Murabit Al-Hajj. Semoga Allah memelihara sesiapa yang solat di dalamnya dan mereka yang ingin solat di dalamya. Semoga Allah izinkan daku sempat untuk solat berjemaah di sini.



Ya Allah, Bersolat di dalam masjid ini, terasa sangat menenangkan hati. Seolah-olah bersolat di Masjid al Haram dan Madinah. Putus segala hubungan dunia. Hati tenang dengan mengingati Allah. Adakah sahabat-sahabat semua tidak mahu merasakan suasana belajar dan beribadat seperti zaman Rasulullah saw?

Lihatlah binaan terbesar di sebelah kiri dipanggil Mahmal. Ada di antara pelajar-pelajar yang tidur di situ untuk mengelakkan nyamuk dan ‘pelawat malam’ ( binatang liar ) yang lain. Manakala di sebelah kanan pula adalah khemah-khemah biasa yang digunakan oleh orang kampung di situ. Lebih mujahadah bukan?


Mereka adalah pelajar di sini dan merupakan insan yang paling ikhlas, sederhana, komited dan mesra bila belajar kitab. Kitab-kitab yang di “dobet” pula hanya atas papan kayu. Masha’Allah.. daku azam dapat belajar sini 5 tahun pun jadilah. Tapi kalau 10 tahun lagi sempurna insya Allah.


Lihatlah Tok Guru di Madrasah ini Syiekh Murabit al-Hajj yang umurnya sudah mencapai 100 tahun rasanya. Masha’Allah. Perjumpaan yang menakjubkan. Sahabat ana di pondok menceritakan pada ana, pada umur Syiekh Murabit mencecah 20 tahun pernah beliau ke Mekah hanya berjalan kaki daripada Afrika, samata-semata untuk menuntut ilmu.. Subhanallah.. apakah taraf Murabit ini di sisi Allah taala?.. gambar ini ialah di antara Murabit Al-Hajj dan bekas anak muridnya Sheikh Hamza Yusuf dan kawannya Habib 'Ali.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, Habib ‘Ali telah melawat ( US pada September, 2002 ) ke Mauritania bersama Sheikh Hamza Yusuf untuk melakukan kerja dakwah. Masha’Allah satu perjalanan yang dirahmati Allah.


Habib ‘Ali dan Sheikh Hamza Yusof, dua lelaki yang mengembara mencari ilmu dan menyebarkan untuk kebaikan dan tiada akhirnya. Sheikh Hamza Yusof mula belajar di Pondok ( Madrasah Murabit Al-Hajj ) ini pada usia 17 tahun, selama 10 tahun beliau menuntut ilmu agama di pondok selepas beliau memeluk agama Islam. Agama asal beliau adalah Christian. Selepas berlaku kemalangan, semasa terjatuh, dengan tidak sengaja beliau tersebut nama "ALLAH" dan kemudiannya beliau terus berminat untuk mempelajari Al-Quran. Sekarang beliau merupakan seorang pensyarah di Zaytuna Institute, California, U.S. Beliau juga merupakan seorang ulama' Amerika hebat pada zaman ini yang berpegang teguh kepada tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah. Lihat profile beliau SINI!