MERINTIH MENGUBAT KERINDUAN

jika hidup tiada dugaan dan macam macam masalah, mungkin kita akan hanyut dengan kegembiraan dunia..kita tidak akan sedar akan apa kelemahan kita, kesilapan kita , kesedaran berfikir dan juga sebagai pengajaran sebagai makhluk Allah yang khilaf….mungkin kita akan menangis smpai terduduk tersungkur kerana tidak tahan akan tohmahan dunia,tapi sedarlah, itu bermakna kita sedang diuji dengan ujian yang amat berat…

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.Setiap ujian dari tuhan membuktikan bahawa tuhan sedang mengheret kita untuk merintih dan berbicara denganNYA.

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

p/s
semakin berat ujian yang melanda..semakin rindu tuhan akan rintihan kita..sedarlah bahawa insan sedemikian merupakan insan pilihan tuhan..

new place!!!

sudah hampir 3 minggu gua duduk tempat baru ni,iaitu sejak 13rabiulawal(isnin). sementelah tempat baru ni,org baru,kawan baru,rumah baru,persekitaran baru dan semangat pun baru..alhamdulillah hidup gua pun da berubah dan insyaallah akan banyak lagi perubahan yang akn berlaku. duduk di sini da semakin tenang, jadual harian makin tersusun, da kurang bizi, solat juga da makin terjaga waktunya, x seperti dulu slalu berada di penghujung. aminn Tuhan telah makbulkan doa gua ni, hm seusai dengan perubahan ini dengan pantasnya timbul pula impian baru,huhu begitulah manusia ni bila da dapat betis teringin plak hendak memeluk paha,bezanya adalah bersyukur atau tak pada Tuhan (hmm mg mg gua dalam ketogari org yg bersyukur,aminnn),,mudah mudahan Allah juga akan merestui dan memberi peluang pada gua untuk mengecapi impian baharu ini...

dan perkara paling manis yg berlaku kat gua skang adalah,,,,bibir gua sentiasa xputus dr mngucap doa alhamdulillah dan mg ia berterusan selamanya

ya Allah jauhkan lah diri ini dari maksiat
jadikanlah hambaMu ini lebih baik dr semalam amalnya
dan bahagiaknlah daku...aminnn



katanya DR SARAH
Nota 2:
Saya yakin, setiap yang terjadi ini mesti ada hikmahnya. Kalau bukan sekarang, mesti Allah nak bagi kemudian sikit. Tapi mesti ada hikmahnya. Jadi, berbaik sangka sajalah dengan Allah. ;-)

makin jauh

Dia semakin sibuk.
Katanyalah.

Banyak perkara yang nak diselesaikan.
Ya. Banyak.
Katanyalah.

Doakan.
Dia dapat buat yang lebih baik untuk tahun baru ini.
InshaAllah.

Kekuatan

Dia tak kuat..
Dia rasa nak jatuh balik..
Dia rasa nak lari dari sini..
Dia rasa dia tak layak berada di situ..

Mereka hebat-hebat..
Dan...
Dia tak hebat pun macam mereka..
Jauh beza...
Macam langit dan bumi..

[-__-]

~1503~
~21022012~
~Teratak Lima~


Ya Allah.. Pinjamkan kekuatan untuk diri ini istiqamah di jalan-Mu...