- Umar Abdul Aziz

"Umar Abd. Aziz merupakan khalifah zaman selepas Dinasti Umayyah. Beliau merupakan cicit Amirul Mukminin Umar Al Khattab R.A, anak kepada Ummi Ashim dan Abdul Aziz Bin Marwan. Kisah Umar Abdul Aziz ini saya sudah mendengar dan membaca sirah kehidupan nya lebih 3 tahun yang lalu.

Peribadi Umar Abdul Aziz ini diterbitkan oleh dewan Bahasa dan Pustaka sewaktu itu. Kepimpinan beliau dalam kekhalifahan memang sepatut di contohi oleh setiap pemimpin.


perkara seumpama ini juga turut dijadikan modal oleh beberapa tokoh politik tempatan yang konon nya mahu mencontohi peribadi Umar Abd. Aziz. Baru-baru ini sahaja yang kita dengar tokoh politik mengisahkan perihal Umar Abdul Aziz.

Ironi nya, ketika 3 tahun lepas, sewaktu saya menceritakan kisah Umar Abdul Aziz kepada segelintir tokoh yang kononnya mahu mencontohi Umar Abdul Aziz ini, saya dicemuh. Saya menceritakan kisah tersebut, tetapi saya ditanya;

"Baca buku Pemimpin, tapi kamu masih menjadi pengikut."

Peliknya, kenapa soalan itu yang diajukan kepada saya, tetapi lain pula yang ditujukan kepada tokoh yang kononnya mahu meniru kepimpinan Umar Abdul Aziz itu sendiri? sedangkan saya Islam, tokoh tersebut belum masuk islam. Pelik org2 dari parti politik ini. itu pandangan saya.
"

No comments: