fastaqim kama umirta [11:112]

hasil tangan Liyana http://yeannanonikki.blogspot.com/

assalamualaikum....

dah lama saya tak update blog. tahu2 saja la. budak ausmat. sibuk memanjang. tak ada masa nak buat benda lain.


baru-baru ni saya ada test untuk setiap subjek dan markah untuk setiap satunya akan diambil kira sebagai carry mark untuk internal assassement. haih. saya sangat tak puas hati dengan markah saya. walaupun masih di tahap OK tapi markah saya dari tahun asyik menurun saja. kalau berterusan habis la saya. sebab itu saya makin takut. macam mana kalau tak dapat pergi Australia. sedihnya.

apabila difikirkan balik, ini salah saya juga. diri saya yang menjadi punca markah test makin teruk dan hidup makin terumbang-ambing. dan perkara ini la yang saya nak cerita hari ini.
sebenarnya banyak kali dah saya terfikir pasal perkara ini. dari awal tahun lagi, tapi usaha ke arah memperbaiki masih kurang.

saya banyak kali terfikir kenapa markah saya asyik berkurang dan saya selalu buat kesilapan yang saya patut tak lakukan walaupun saya dah baca, ulang kaji dan buat latihan. saya sangat pelik. biasanya kalau saya dah buat latihan dan belajar betul-betul insyaAllah saya boleh jawab latihan dengan betul. tapi ini tidak. ketika test, saya kadang-kadang boleh jadi blank atau blurr tiba-tiba. tak tahu apa yang jawapan yang sesuai untuk soalan itu walaupun bila diingatkan balik rupanya saya tahu jawapannya.

saya juga banyak kali terfikir kenapa saya selalu penat, penat yang luar biasa. tiap-tiap hari penat. ya saya mengaku. saya selalu tidur lambat. pemakanan saya tidak betul. saya tak bersukan langsung. semua ini memang menyebabkan badan saya lemah, tapi sebenarnya hidup di KISAS lebih menyeksakan daripada sekarang.

bayangkan, kelas saya dari pukul 7 pagi sampai 3 petang, kemudian ada kelas prep dari 3 30 sampai 5 00. setiap petang kena bersukan kemudian malam harinya, ada kelas prep lagi sampai pukul pkul 11. tapi bukannya pukul 11 saya dapat tidur. kerja sekolah yang bertimbun perlu disiapkan, baju perlu dibasuh, buku perlu dibaca untuk pembelajaran keesokan harinya. paling awal, saya akan tidur pukul 1 pagi dan perlu bangun selewat-lewatnya pukul 5 30 untuk solat subuh berjamaah. tambah tambah kalau hari itu berpuasa. sepatutnya lebih penat. tapi tidak juga. sekarang sangat penat. kadang-kadang nak pegang pen pun tak larat.

satu lagi, saya rasa sangat tak tenang sekarang. takut. cuak. semua perasaan itu bercampur-aduk. tak tenteram. jiwa kacau. tanpa diketahui sebab-sebabnya, saya tiba-tiba boleh rasa takut macam ada perkara buruk akan berlaku. padahal itu cuma mainan perasaan saja. tak ada apa-apa yang berlaku pun.

dah banyak cara saya guna untuk membuang segala kacau bilau yang berlaku dalam hidup sekarang. saya cuba untuk menjadi lebih rajin daripada biasa. saya kurangkan waktu main saya, saya kurangkan masa untuk hobi kesayangan saya -tengok movie- tapi saya juga kadang-kadang tengok move kerana gian dan melepaskan beban yang terpikul ni. saya membeli-belah dengan borosnya sebab orang kata perempuan kalau tension suka beli barang. kadang-kadang perkara yang pelik juga berlaku contohnya, melalak tak tentu pasal, menangis dengan tiba-tiba, telefon mak terus keluar air mata.

dan akhirnya, saya tahu punca utama saya. saya lupa saya ada Yang Maha Esa. saya lupa pada DIA. mungkin kerana itu Dia memberikan segala ujian ini supaya kembali rindukan Dia, supaya saya kembali berbicara dengannya, supaya saya kembali mengadu kepadaNYA. Ya Allah, betapa laghanya saya sejak kebelakangan ini.

beberapa hari ini, banyak perkara yang berlaku menyebabkan saya terfikir kembali akan keadaan diri saya sekarang dan diri saya dahulu. pendek kata, saya tidak istiqamah. banyak amalan yang dipelajari dan dilakukan di KISAS saya tinggalkan. budak-budak KISAS selalu cakap kekuatan kita adalah Allah. sebab itu ramai budak KISAS berjaya. tapi saya tak ambil endah walaupun saya sedar akan kebenarannya. ya, kalau kita menjaga hak Allah, insya Allah, Dia akan menjaga kembali hak-hak kita. tapi kalau kita abaikan tanggungjawab kita sebagai hambaNya macam mana lah Allah nak jaga hak kita.

ya segala yang wajib itu dilakukan. tapi Ustazah selalu cakap, yang wajib itu ialah tanggungjawab kita, perkara yang memang kita lakukan tanpa sebarang komplen. tapi kita juga perlu tambahkan amalan kita untuk rapatkan diri dengan Allah. dalam hadis pun ada, kalau nak dapatkan halawatul iman, salah satu caranya ialah sentiasa berqiamullail dan perbanyakkan amalan sunat. tapi,

saya dah tak jaga waktu solat wajib....
saya dah jarang baca ma'thurat...
saya dah jarang solat hajat...
saya dah jarang solat dhuha...
saya dah jarang berqiamullail...
saya dah jarang berpuasa sunat....
saya dah jarang membaca ayat suci Al-Quran...

Ya Allah, perkara ini lah yang saya lakukan dulu dan tanpa saya sedar sebenarnya memberi kekuatan pada diri saya. jujur saya katakan, saya selau berfikiran saya berjaya kerana saya belajar bersungguh-sungguh bukan kerana perkara lain. betapa takburnya saya, betapa riaknya saya tanpa memikirkan yang Allah sebenarnya memberikan segala kelebihan dan kejayaan.

dan betapa bersalahnya saya kerana meninggalkan perkara ini, kerana tidak mengamalkan apa yang sepatutnya dilakukan kerana saya dah belajar semua ini, saya sudah tahu tapi saya abaikan. saya tidak istiqamah. saya kagum dengan pelajar KISAS terutamanya kawan-kawan saya sendiri yang mampu untuk istiqamah. betapa jauhnya saya menyimpang dari jalan yang lurus.

saya mahu berubah. saya mahu kembali pada jalan yang sepatutnya saya lalui bukan seperti ini. dan sebab itu lah saya tulis pasal ini. mahu mengingatkan diri sendiri. andai kata kamu semua nampak saya lagha, tegurlah saya, nasihatlah saya.

doakanlah supaya saya boleh istiqamah melakukan semua itu. insyaAllah.



p/s: saya juga lupa akan moto KISAS
"fastaqim kama umirta"-surah hud ayat 112
istiqamahlah (atas jalan yang lurus) seperti mana yang diperintahkan

No comments: