MeLAYU Islam Yang Bodoh Nak Berubah...

Kalau Islam jer rasanya tak ler bodoh.. tapi ini

MELAYU (ISLAM) YANG BODOH NAK BERUBAH..! BODOH NYA BANGSA KU SENDIRI.

Memang betul ler bodoh.. sapa suruh terima syarat semasa pi melutut kat british nak minta kemerdekaan.? nak sangat merdeka, setuju jer dengan syarat supaya orang cina dan india dikekalkan sebagai rakyat malaysia.. sapa yang bodoh tu.. melayu ler kan.. kan.. kan... Islam tapi tak macam Islam.. melayu Islam..

Bacalah sejarah dan cuba fikirkan mengapa hanya parti UMNO yang dibiarkan bebas oleh Inggeris dan parti-parti lain yang mendapat sokongan besar diharamkan dan pemimpin mereka dipenjara (ISA) oleh Inggeris.

Mengapa Tunku Abdul Rahman tergesa-gesa merundingkan kemerdekaan Malaysia dengan Inggeris pada masa yang sama Ibrahim Hj. Yaakub (pemimpin yang disenangi oleh kebanyakkan orang melayu) berada dalam penjara.

Pejuang Islam ramai yang dibunuh dan diburu oleh pihak Inggeris.. seperti Tok Gajah, Mat Kilau, Tok Janggut yang diseksa mayatnya selepas dibunuh.. Hj. Abdul Rahman Limbong, peguam yang dibuang negeri ke Mekah. Dato Bahaman.. semuanya diburu, dipenjara dan dibunuh.. lenyap seketika semangat melayu...

Semangat kemerdekaan tercetus semula sebaik Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaludin, dan Hj. Abas Taha (kesemuanya lulusan Al-Azhar).. mencetuskan pembaharuan dalam Islam dan melahirkan tokoh seperti Ibrahim Yaakub yang mendapat didikan di Maktab Perguruan Sultan Idris.

Semuanya berjalan lancar hinggalah kedatangan Jepun dan kembalinya Inggeris selepas Jepun menyerah kalah.. pihak Inggeris menyedari betapa kuatnya pengaruh Islam yang tercetus dalam pejuang kemerdekaan.. semua pemimpin yang berlatar belakang Islam ditangkap, dipenjara, dan parti mereka diharamkan.. dan diganti dengan UMNO.. hinggalah hari ini..

UMNO sebenarnya adalah waris penjajah untuk menjaga kepentingan mereka di sini.

Sumbangan - lah68 ripen

No comments: